Mungkinkah kita ? [siri 2]

|

“Ustaz, biarpun saya ni tak bertudung, pakai seksi dedah sana dedah sini, tapi dalam saya baik taw ustaz. Saya jaga solat, 5 waktu tak tinggal. Saya ni macam suci dalam debu la ustaz..”

Dalam Islam, tiada istilah suci dalam debu. Suci tu suci la. Debu tu debu la. Kalau ada orang datang kat ustaz cakap macam tu, ustaz akan kata :”Kamu debu !! Sebab solat kamu tidak mampu mencegah kamu dari perbuatan keji & mungkar !! Solat kamu tidak mendatangkan faedah buat diri kamu !! “ Ingat !! Hijab ni hukum syarak. Pakai tudung hukumnya wajib. Memang tak semua yang bertudung tu baik. Baik dalam ke tak baik isi hati seseorang, serahkan pada Allah.
Yang penting, hukum tudung tu adalah untuk semua, tak kisah la isi hatinya baik ke buruk. Perintah tu wajib dilaksanakan kepada semua yang mengaku beriman.

Sekian saja perkongsian tausyiah dari Ustaz Fadhil. Semoga bermanfaat buat semua.
[sebenarnya banyak dah intipati ceramah beliau yang saya lupa...mohon maaf sebab tidak dapat dikongsikan di sini]

Mungkinkah kita ? [siri 1]

|

Berikut adalah mutiara hikmah yang sempat saya kutip melalui seorang ulama’, al-fadhil ustaz Mohd Fadhil, iaitu adik kepada Ustaz Zulkifli Haji Ismail. Penyampaian kuliah beliau yang santai, diselang-selikan dengan alunan ayat Quran & bacaan qasidah oleh beliau sendiri , ditambah lagi dengan perkongsian pengalaman dakwah beliau menyebabkan kuliah dhuha hari ni (14 November 2010) memberi impak ekstra kepada jiwa.

[Maka, saya pun dengan suka hatinya, ingin menggunakan gaya bahasa santai dalam penulisan kali ni…hehe]

Persoalannya, mengapa blogging? Hehe..sudah tentulah sebab exam dah habis. Saya teringin sangat untuk meneruskan minat dalam bidang penulisan ilmiah macam ni. Ok la…tanpa bercakap panjang, jom ikuti tausyiah dari Ustaz Mohd Fadhil, dalam olahan mengikut gaya bahasa saya sendiri :

“Pada fitrahnya, sebenarnya setiap jiwa cintakan kesucian & kebaikan. Nak jadi orang bagus, demikianlah sifat semulajadi jiwa kita. Akan tetapi, maksiat yang dilakukan menyebabkan fitrah ini tercemar. Dosa punca kegelapan hati, lantas menjadikan fitrah ini tidak menyerlah. Seakan-akan suatu sinaran cahaya yang menjadi suram.


Di akhir zaman ni, kalaulah manusia & iman dapat diibaratkan sebagai manusia yang berjalan di malam yang gelap gelita sambil membawa lampu suluh, maka kita akan jumpa pelbagai jenis lampu suluh. Ada yang terang-benderang hingga mampu menyuluh jalan orang lain; ada yang suram jalan tak berapa nampak; ada yang sekejap terang sekejap lesap macam kelip-kelip; ada yang tiada cahaya langsung, tapi tapak lampu suluh ada; ada pula yang cahaya tiada, tapak lampu suluh pun tiada.

Bagi yang suram tak berapa nampak, ni lampu suluh kebanyakan orang. Bateri dah nak ‘kong’, entah pakai bateri jenama apa.

Bagi yang macam kelip-kelip, muncul terang-benderang tapi tiba-tiba lesap tu ibarat orang yang solat Subuh tapi balik terajang isteri. Solat Subuh berjemaah, masya Allah tabarakallah, tapi bila pergi kerja tipu sana sini. Bayangkan, kalau ada lampu yang berkelip-kelip di rumah kita (flickering lamp ~ lampu bakal rosak), adakah kita akan biarkan lampu tu terus hidup atau kita padam suis?

Buat yang tiada cahaya langsung, tapi tapak lampu ada : Ibarat orang yang memiliki sifat ihsan@belas dalam hati, tapi dia kufur kepada Allah. Mereka akan simpati melihat anak yatim, kanak-kanak miskin, budak didera dan sebagainya tapi tak solat, tak buat perintah Allah dll. Orang kafir yang baik2 pun digolongkan dalam kategori ni ~ berbuat baik tapi semua tu tak mendatangkan faedah di sisi Allah sebab dia tak beriman.

Bagi lampu suluh yang terang-benderang, yang bukan sahaja boleh menyinari jalan untuk diri sendiri, malah mampu menerangi jalan utk orang lain, ni diibaratkan sebagai para ulama’. Lampu suluh besar la katakan.

Maka, bila menyedari fitrah tadi telah tercemar, antara cara untuk membersihkannya adalah dengan mendampingi orang-orang soleh. Dengan mendekati ulama’ & orang-orang soleh, mereka mampu “menyuluh” jalan kita dengan “lampu suluh”nya yang terang-benderang. Tumpang cahaya lampu suluh mereka la katakan. Mereka arif tentang jalan kebaikan tersebut, maka dampingilah mereka untuk mendapat petunjuk dalam menelusuri jalan-jalan itu.
Masalahnya, kadang-kadang ada orang yang tidak suka “disuluh” sedangkan dia tahu lampu suluhnya malap. Akhirnya, dia terus duduk bersama kawan-kawannya yang turut malap lampu suluhnya. Pelik tapi benar, dia bertanya kepada kawannya: “Kamu nampak tak? Kamu nampak tak?” Bagaimana nak nampak sedangkan tiada cahaya??

Hakikatnya, jalan kebaikan memang ada & terbentang luas. Cuma kebiasaannya kita tidak nampak jalan ke arah kebaikan tersebut, maka dengan itu dampingilah para ulama’ & orang-orang soleh.

©2009 .:[Biarlah pena mewakili bicara]:. | Template Blue by TNB