Pucuk pimpinan IsrAeL telah berubah stlh pilihan raya baru2 ni. Namun, adakah ia menjanjikan sinar baru buat penduduk Palestin? Setakat ni, suara media2 dari Palestin melaporkan sebaliknya. Kali ni, saya nak ulas skit ttg berita hari ni, ditambah dgn info dari peristiwa kebelakangan ni.
Bermula dgn laporan akhbar, Abbas meminta dunia memberi tekanan kpd Tel Aviv gara2 Benjamin Netanyahu,PM baru isRAEl hinggalah ke kenyataan khas yg dikeluarkan menteri pimpinan Ismail Haniyeh, semuanya membawa kepada kesimpulan mudah: Kerajaan baru IsraEl tidak bersungguh2 dalam mengadakan perdamaian kekal dgn Palestin.[calon yg bertanding dalam pilihan raya lalu: Benjamin Netanyahu(gmbr 1) dan Lieberman(gmbr 4)]
"Benjamin Netanyahu tidak pernah menerima penyelesaian berdasarkan dua negara atau menerima perjanjian yang dimeterai sebelum ini. Beliau tidak akan menghentikan pembinaan kawasan pendudukan haram Yahudi,"demikianlah kata2 Abbas stlh majlis angkat sumpah kerajaan baru IsrAel. Ucapan Netanyahu telah menunjukkan permulaan yg tidak memberansangkan, lantas Abbas menggesa Obama memberi tekanan kepada Tel Aviv agar tunduk kepada perjanjian damai.
Agak2nya siapa yg akan tunduk?Obama atau Netanyahu?
Apa pula kata kerajaan HAMAS td? “Kami suka untuk memberikan peringatan tentang keperibadian dan ideologi melampau yang dianuti Lieberman. Beliau amat fanatik dengan fanatik yang tidak sihat serta menafikan hak orang lain dan berusaha untuk memusnahkan rakyat Palestin serta menafikan hak mereka sepenuhnya.Dunia hari ini juga telah mendengar bahawa dia hanya mengiktiraf pelan ‘jalan damai’ dengan menolak segala pelan-pelan damai yang lain sebelum ini.”
(Lieberman yang dimaksudkan adalah menteri luar IsraeL)
Setakat ni,kenyataan2 Lieberman dibuat dgn bongkak dgn mengatakan bhw inisiatif damai oleh Olmert adalah mainan dan sia-sia. Ttg Lieberman ni, sbnrnya semasa pilihan raya hari tu saya dah dengar mala petaka yg bakal menimpa penduduk Palestin andainya dia mentadbir. Sbg sorang yg paling radikal, Lieberman percaya tiada istilah usaha damai dgn penduduk Palestin--hanya kekerasan semata2. Bagi saya, semua pemerintah IsraEL sama jer.
Teringat lagi reaksi saya ketika membaca gelaran2 mulia yg diberi orang IsraeL kepada pemimpin mereka, iaitu gelaran yg berbaur keamanan.Ariel Sharon yg mendapat gelaran "wira perang" sebenarnya adalah The Butcher, dan ada lagi nama2 berbaur pejuang keamanan lain yg saya tak ingat dah, padahal sebenarnya merekalah yg paling teroris !! Agak2nya "bangsa Genius" Yahudi tidak tahu menilai apa itu keamanan kot?(dari satu segi, mmg konsep 'bias' tak dpt dielakkan,tp klu kita menilai sesuatu isu scr menyeluruh,kita takkan memberi gelaran baik kpd pemimpin Israel--gelaran menyumpah adalah!!)
Kenapa Sharon tidak layak utk gelaran tu?Terlalu banyak sebabnya..cuma secara ringkasnya dia adlh org bertanggungjawab terhadap penyembelihan 700-3500 lelaki, wanita dan kanak-kanak dlm tragedi Shabra-Shatila 1982. Kasualiti itu berlaku hanya dlm 40 jam shj, di mana kanak-kanak disembelih, wanita mengandung dibelah perutnya, bayi dibunuh dan dibuang ke dalam tong-tong sampah, wanita dirogol dan dibunuh. Tidak tergambar keadaan mayat mereka yang begitu menyayatkan.Yg saya sebutkan baru satu,kalau nak senaraikan semua..huh..ada yg tak sanggup baca nanti.
Apa2pun, tahniah diucapkan bagi sesiapa yg membaca posting ini sehingga ke penghujungnya. Bukan nak berleter, cuma nak berkongsi ilmu.Bagi sesiapa yg tahu kebenaran, pasti mereka ingin turut serta dlm perjuangan membebaskan bumi Palestin.
Bagaimana?Tak perlu beli tiket air Asia hari ini dan terbang ke sana utk berjihad, memadailah dgn buat apa yg termampu, misalnya melobi, berdoa, memboikot dll.
Netanyahu(kiri)dan Olmert(kanan)
Kerajaan baru IsraEL
Label: isu semasa/palestin | author: Fareed MujaheedPANAS !! Mossad rancang bunuh Erdogan?
Label: isu semasa | author: Fareed MujaheedBagi pemerhati isu politik Islam global, sudah tentu nama Recep Tayyip Erdogan tidak asing lagi. Yalah, siapa tak tau betapa Mustafa Kamal Attartuk [baca: Mustafa Kamal Terkutuk] telah mensekularkan Turki, dan dari situlah wujudnya golongan sekular yang fanatik giler terhadap ideologi tersebut. Saya masih ingat lagi pd 2007, ketika golongan sekular Turki berkumpul di Dataran Mustafa Kamal Attartuk utk mengatakan bangkangan terhadap terhadap pertandingan Abdullah Gul (presiden Turki sekarang) dalam pilihan raya, gara2 isterinya yg bertudung. Konon2nya tudung isterinya "mengancam" kesekularan yg selama ini 'memajukan' Turki.
Sebenarnya saya pun kurang tau mengenai 'hitam' atau 'putih'nya Erdogan ni, cuma saya tahu dia adlh bekas Parti Islam Refah yg diharamkan kerajaan, lantas menubuhkan parti AKP, sebuah parti muslim moderat. Tindakan saya membaca artikel dari dua perspektif berbeza utk mendapatkan kesimpulan yg lebih adil telah memeningkan kepala sendiri. Apa tidaknya, selama ini saya hanya disajikan dgn artikel berpandangan positif terhadap kerajaan baru Turki. Minda saya telah diberitahu, bahawa parti AKP yg menerajui Turki kini bakal meruntuhkan kesekularan yg selama ni mencengkam Turki. Siapa tak gembira? Sebaliknya, ada pula yg mendakwa:
Kisah di belakang tabir Erdogan, Abdullah Gul dan AKP di Turki..
Ok, kembali ke topik utama. Klu nak cerita ttg isu Turki, nanti tak tercapai plk hasrat saya utk mengulas isu utama ni.He..he...nak tau lebih, carilah sendiri !
Ni la antara isu dunia dlm Berita Harian hari ni (1 April 09):
"Sumber akhbar Turki menyatakan pertubuhan bwh tanah Turki yg didakwa mengatur rampasan kuasa, Ergenekon menerima 3 e-mel dari wartawan IsraEL yg menyatakan kesediaan mereka membunuh Erdogan. E-mel tersebut menyatakan sokongan kepada sorang lelaki bernama 'Dugo' bagi menentang Erdogan selepas berunding dengan ketua Mossad, Meir Dagan.Sumber Turki mendakwa, Dugo adalah ketua Parti Buruh, Dugo Prinitchek, yang disyaki mengetuai pergerakan rahsia itu.
Berita dakwaan pembabitan Israel dalam plot itu timbul selepas laporan bulan lalu menunjukkan Tel Aviv mahu menukar pentadbiran di Turki sebagai reaksi kepada kritikan Ankara terhadap jenayah rejim Zionis itu di Semenanjung Gaza."
Samada ini semua satu konspirasi Amerika-IsraEL ataupun hakikat kejadian, satu perkara saja yg kita semua tau - IsrAeL takkan membenarkan sesiapa pun menentangnya terlepas begitu saja, hatta ahli politik di Amerika sekalipun. Ahli politik yg tidak menyokong agenda Yahudi di sana, samada mati tanpa sebab yg diketahui ataupun hilang tanpa khabar berita. Ada beberapa cth "pembunuhan profesional" Mossad yg tidak dapat saya sebutkan di sini. Terpulang pada anda utk mengkajinya sendiri.
Apa2pun, kesemua ni menunjukkan bahawa KEBENARAN sebenarnya tidak disukai sesetengah org, lebih2 lagi pemuja taghut. Adalah perkara yg sgt mencabar utk mengatakan kebenaran, lebih2 lagi bila memikirkan nasib yg bakal menimpa pendokong kebenaran.
"KATAKANLAH KEBENARAN WALAUPUN IANYA PAHIT"
[Video: Erdogan terus meningggalkan majlis stlh ucapan Presiden IsrAeL, Shimon Peres mendapat tepukan gemuruh di Forum Ekonomi Dunia(WEF 2009) yang berbunyi: “Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza.” Kesal dengan tepukan gemuruh para hadirin dan masa singkat itu menyebabkan Erdogan menempelak ; “Kamu bunuh mereka.Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah.Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri Israel berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus.”]