Kali ni nak buat revision skit pasal ilmu penaakulan. Rasanya semua pernah belajar dulu time form 4 atau form 5 dalam subjek Math Moden.
Katakanlah :
Premis A - Penantian adalah suatu penyiksaan
Premis B - Lama sudah tunggu internet masuk, last2 masuk jugak hari ni =p
Kesimpulan??
Haha..secara logiknya kita akan membuat kesimpulan : Berakhirnya sebuah penyiksaan.
Sekian saja untuk posting hari ni. =p (gurau jer)
Alhamdulillah, masuk jugak internet hari ni.
3 minggu penantian dan 2 minggu menggesa TM. Rasa2nya orang TM Point dah naik muak tengok muka ni di menara PERTAM, Batu Berendam. Asyik2 berulang - alik ke sana. Macam la Durian Tunggal ni dekat sangat dengan Batu Berendam. Operator TM bahagian Melaka pun dah boring dengar suara ni, tak sudah2 mengadu kerosakan di talian bernombor 100. Akhirnya desakan tu berjaya membuahkan hasil.
Saya memang sangat2 bersetuju dengan kata2 lecturer CCNA tempoh hari. Katanya, dia bukanlah pengguna@penyokong P1 WiMAX, tapi kehadiran pesaing2 TM ni menjadikan mereka bukanlah lagi pe'monopoli' internet Malaysia. Dalam masa yang sama, harga bil bulanan akan turun dan TM Staff will definitely work harder in order to ensure their customer stick to their service. Mesti isu macam saya ni mesti tak akan dialami oleh pelanggan2 TM lain di luar sana, andai pesaing tu ada. Yalah kan, nak jaga periuk nasi kenalah jaga hati pelanggan. Hah..baru korang nak menggelabah improve customer service korang !!
[Thanks to my housemate that helped me very much in urging those TM staffs to action !!]
Berakhirnya Sebuah Penyiksaan
Label: perkongsian | author: Fareed MujaheedTahfiz dari Yala
Label: perkongsian | author: Fareed MujaheedAngin timur laut bertiup kuat petang itu. Cuaca cerah, dengan sedikit taburan awan fracto cumulus menghiasi langit biru. Desiran dedaunan pohon dan rumput, ditambah dengan sayup-sayup bunyi unggas menambahkan keindahan petang itu. Simfoni alam ciptaan Allah yang sungguh mempesona.
Beranda pondok menjadi saksi kepada sebuah perbualan yang sukar dilupakan pada petang yang menakjubkan tersebut.
Buku “Bahaya Ancaman Sekularisme” karangan Ustaz Zulkifli Haji Ismail saya katup rapat-rapat. Mata sudah terlalu berat dan otak mencapai tahap tepu. Dinding pondok menjadi sandaran untuk melepaskan lelah. Tamparan angin di pipi terasa ibarat mendodoi diri yang sudah lama menahan kantuk. Kalau tidur, bimbang mensia-siakan masa pula. “Cukuplah dengan tidur tengah hari tadi,” bisik saya sambil melawan nafsu tidur.
Entah bagaimana mulut saya boleh terdorong untuk bertanya: “Adik datang dari mane?” , sambil menoleh kepada seorang adik yang tika itu turut bersandar pada dinding pondok. “Adik dari sekolah tahfiz Negeri Sembilan ke?” saya menambahkan soalan.
Adik itu hanya mengangguk, kemudian menjawab: “Yala.”
“Thailand?”Saya mengajukan persoalan untuk mendapatkan kepastian, bimbang tersalah dengar tadi. Dia hanya mengangguk.
Saya terdiam seketika. Terkejut dengan jawapan tadi.
Yala, Pattani, Narathiwat. Negeri jiran Kelantan yang sedang bergolak. Kisah penuh tragis dalam konflik berdarah itu mula memenuhi ruang fikir. Mudir madrasah yang sedang memberi kuliah di madrasah dibawa pergi secara paksa oleh kumpulan lelaki berpakaian serba hitam. Jemaah surau ditembak secara rambang ketika sedang menunaikan solat Subuh. Imam ditembak mati dalam kereta ketika berada di bandar. Sekolah agama dibakar.
Sebak. Marah. Perasaan saya bercampur baur. Ingin saja saya mengajukan soalan :” Ibu bapa adik masih ade ke?” namun hasrat itu dilupakan atas dasar takut menyinggung perasaannya.
Rupa-rupanya adik itu adalah sebahagian daripada pelajar yang ‘diselamatkan’, dibawa masuk ke Malaysia dengan tiket tajaan MAS dan dihantar mengaji di sekolah tahfiz dengan pembiayaan penuh oleh pihak berkenaan. Mudah-mudahan pengajian agama akan menjadikan mereka insan yang berguna bilamana mereka kembali ke negara tanah tumpah darah mereka, demikianlah harapan pihak penaja menurut hemat saya.
Pihak penaja akan menghantar individu ke negara jiran untuk mencari pelajar tahfiz, sebelum dibawa masuk ke Malaysia. Daripada seorang kenalan kepada yang lain di negara jiran, suatu jaringan pencarian terbentuk lantas usaha pencarian berlaku secara meluas. Lantas, bukan sahaja dari Thailand, malah pelajar tahfiz dari Kemboja pun ada. Akan datang, mereka cuba menembusi Laos. Masih banyak lagi jiwa cinta Islam yang perlu ‘dihijrahkan’, gara-gara keadaan tanah air mereka yang tidak mengizinkan .
Tak sangka, di zaman ini yang penuh dengan kehancuran masyarakat; budaya Barat yang menghanyutkan fityanul muslim melalui media massa; golongan dewasa yang sibuk mengejar dunia sambil membelakangkan agama; masing-masing hanya menjaga ‘periuk nasi’ sendiri; masih terdapat insan yang sebegini. Mereka ambil berat dengan keadaan umat Islam.
Rasanya cukuplah dahulu dengan kita membuat sedikit refleksi diri, sejauh manakah kebersamaan kita dengan rakyat Palestin dalam isu penjajahan negara mereka yang tidak sudah-sudah? Pernahkah kita memberi sedikit sumbangan, hatta dengan sekadar menadahkan tangan membaca doa sesudah solat buat saudara seIslam kita di Palestin? Andai perkara paling basic sebegitu pun tak pernah buat, apatah lagi dengan perkara yang lebih sukar? Sehingga mendorong kita untuk mengorbankan harta, tenaga dan masa buat membela nasib saudara kita yang tertindas?
Fikir-fikirkanlah.
… … … … … …
Agak banyak juga soalan saya ajukan kepada adik tersebut. Dengan loghat Kelantan berbaur loghat ammi, iaitu Thailand, agak sukar buat saya untuk memahami percakapannya. Azan Asar merupakan titik penamat kepada perbualan petang itu.Sebuah perbualan yang sukar dilupakan. Perbualan yang diselang selikan dengan bunyi simfoni alam yang mempesona.
“Allahu yubarik fik !” ungkap hati saya terhadap insan yang melaksanakan perjuangan mulia ini. Moga-moga cahaya Islam terus bergemerlapan di bumi Asia Tenggara amnya, & di Malaysia khususnya melalui jerih perit usaha dakwah kalian. Jangan biarkan sinar itu malap ya akhi, apatah lagi terpadam !
Glosari
- Frakto kumulus ialah awan putih berupa cebisan kain koyak. Awan ini menunjukan kewujudan atmosfera kering
- ammi – tempatan
- Allahu yubarik fik – Allah memberkatimu