Switzerland haramkan bina menara masjid

|

"Mula-mula mereka minta kebenaran untuk membina menara masjid, kemudian mereka menuntut pelaksanaan syariah. Andai perkara ini diluluskan dari segi undang-undang, orang Islam akan lebih berani untuk meminta lebih pada masa akan datang."

Itulah komen yang diberikan oleh seorang rakyat Switzerland yang keluar mengundi. Parti Rakyat Swiss (SVP) yang berhaluan kanan menganjurkan undian untuk melarang pembinaan menara masjid. Mereka sanggup mengumpulkan 100,000 tandatangan daripada pengundi layak dalam tempoh 18 bulan semata-mata untuk medesak undian itu berlangsung.

Tuduh SPV : menara masjid tidak mempunyai ciri-ciri seni bina yang ada kaitan dengan agama, tetapi sebaliknya melambangkan ‘tuntutan keagamaan-politik terhadap kuasa, yang mencabar hak asasi asas. SVP yang berkempen dengan poster menunjukkan seorang wanita memakai burqa dengan latar belakang bendera kebangsaan bersama beberapa menara berbentuk peluru berpandu, telah mencetuskan berang, lantas mendapat kritikan daripada Suruhanjaya Menentang Perkauman Switzerland. Suruhanjaya itu mengatakan kempen tersebut menghina golongan minoriti Islam di negara itu. Lantas, kerajaan menggesa rakyat menolak kempen itu kerana ia menyebabkan salah faham di luar negara di samping merosakkan imej negara.

Poster kempen SPV

Namun undian masih diteruskan.
Hasilnya - 57.2% menyokong larangan tersebut, keputusan undi yang mengejutkan dunia kerana sebelum ni negara Swiss tersebut dikenali dengan sifat neutral dan kebebasan mengamalkan agamanya.

Bagi saya, kalau betul dakwaan 'neutral dan bebas beragama' maka sudah tentu terdapat sesuatu skandal di sebalik semua ni, sepertimana kata menteri luar Perancis, Bernard Kouchner. Beliau menganggap warga Switzerland tidak bersikap toleransi selepas keputusan itu didedahkan, sambil menambah keputusan undi itu sebagai negatif kerana ia seolah-olah perbuatan menindas agama.

Hasil undian akan menyebabkan larangan itu kini akan dimasukkan dalam Perlembagaan negara berkenaan. “Majlis Persekutuan (kerajaan) menghormati keputusan itu. Justeru selepas ini menara masjid tidak dibenarkan dibina lagi di Switzerland,” kata kerajaan.

Amnesty International menyifatkan larangan itu ‘mencabul kebebasan beragama dan tidak sesuai dengan perjanjian yang ditandatangani Switzerland.’ Switzerland hanya mempunyai empat masjid dan menaranya tidak dibenarkan menyampaikan azan.

Parti Green bercadang membuat aduan kepada Mahkamah Hak Asasi Kesatuan Eropah di Strasbourg kerana tindakan itu mencabul kebebasan beragama seperti yang dijamin oleh Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia.

MODEL menara masjid diletak berdekatan lilin dan sepanduk membawa maksud 'Ini bukan Switzerland saya' dilihat di kawasan medan Bundesplatz, Bern sebagai tanda membantah kelulusan mengharamkan pembinaan menara masjid.

Di Maghribi, seorang Ahli Parlimen Parti Islam Keadilan dan Pembangunan terkejut dengan keputusan Switzerland itu.

“Saya berpendapat Muslim Switzerland dan mereka yang tinggal di negara Eropah, perlu berusaha lebih keras bagi menunjukkan lebih banyak toleransi,” kata Saad Eddine Othmani.

“Keputusan itu petanda rakyat Switzerland membenci Muslim. Mereka tidak mahu lihat orang Muslim ada di negara mereka dan kebencian amat sangat ini punca mereka tidak boleh bertolak ansur,” kata Maskuri Abdillah, ketua kumpulan terbesar Muslim di Indonesia, Nahdlatul Ulama.

Beliau menggesa orang Islam membalas dendam terhadap keputusan itu dengan apa cara sekali pun. Mufti Mesir, Ali Gomaa turut mengutuk larangan itu dan menyifatkannya menghina Muslim di seluruh dunia.

“Cadangan ini saja bukan saja mencabul kebebasan beragama, tapi juga cubaan untuk menimbulkan kemarahan masyarakat Muslim di dalam dan luar Switzerland,” katanya yang dipetik agensi berita rasmi Mesir.

Switzerland mempunyai hubungan tidak selesa dengan penduduk Muslim, yang mewakili lima peratus daripada 7.5 juta penduduknya. Islam adalah agama kedua terbesar di sini selepas Kristian.

Sebuah masjid di Geneva diganggu tiga kali ketika kempen antimenara itu, lapor media tempatan.

Bagi kira-kira 400,000 masyarakat Muslim di sini, ‘apa yang paling menyakitkan bukan sekadar larangan bagi pembinaan menara itu, tetapi mesej simbolik yang dihantar dalam bentuk undi.’

“Masyarakat Muslim terasa mereka tidak diterima di sini,” kata Farhad Afshar, yang mengetuai penyelaras pertubuhan Islam di Switzerland.

~[ maaf sebab tak dapat hurai maklumat. Entri kali ni merupakan cantuman daripada berita selama beberapa hari]~

Pembunuh Marwa dipenjara seumur hidup

|

Dresden, Jerman - Pembunuh Dr. Marwa el-Sherbini, Alexander Wiens dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup di mahkamah daerah Dresden pada 11 November (Rabu).

"Dia membunuh Marwa bukan kerana takut tapi kerana dendam",kata ketua hakim Birgit Wiegand.
Marwa Sherbini bersama anaknya, Mustafa

Hukuman itu mendapati Alexander, 28 seorang penganggur bersalah atas pembunuhan Marwa dan cubaan untuk membunuh suami Marwa, Elwy Okaz. Elwy yang kini bertopang memberikan kenyataan menyayat hati dalam sesi perbicaraan. Beliau turut memaklumkan mengenai anaknya yang amat merindui ibunya, kini telah tinggal bersama keluarga di Mesir.

Elwy Okaz

Akhirnya pembunuh Marwa dikenakan tindakan undang-undang. Saya tumpang gembira buat keluarga Marwa. Si zalim Alexander dijatuhkan maximum possible sentence.Siapa tidak tahu mengenai kisah pembunuhan ni?
Kisah yang menunjukkan betapa Islam dipandang rendah oleh non-muslim.
Kisah yang mencetuskan kemarahan umat Islam sedunia.
Kisah yang mendapat reaksi perlahan dari ahli politikus Jerman dan media Barat sehingga mencetuskan tunjuk perasaan dari Cairo hinggalah ke Tehran.

Bagi sesiapa yang tidak sempat mengikuti isu ni dari mula, ingin saya nukilkan serba sedikit dalam entri kali ni, mudah-mudahan menjadi sesuatu yang bermanfaat buat kita semua.

Kisah pembunuhan tragis ni terjadi pada 1 Julai 2009. Seorang wanita hamil 3 bulan ditikam di hadapan hakim sebanyak 18 kali ketika perbicaraan sedang berlangsung. Suaminya tangkas menerpa untuk menyelamatkan isteri namun turut ditikam sang pembunuh. Malangnya suaminya pula ditembak oleh polis yang 'menyangkakan' dia adalah penyerang. Wanita itu mati di tempat kejadian, disaksikan anaknya sendiri yang baru berusia 3 tahun. Dialah Marwa Sherbini, yang kini digelar Hijab Martyr.

Yang peliknya, bagaimana si pembunuh Alexander boleh membawa pisau 18 sentimeter ke mahkamah?
Tambah membingungkan, bagaimana dia boleh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan dari pengawal & orang sekeliling? Adakah mereka sekadar menonton, macam di panggung wayang?
Lagi menyakitkan hati adalah alasan murahan oleh pihak polis - 'tersilap sangka' lantas menembak kaki Alwy Okaz.

Kisah ni bermula di sebuah taman di Dresden Park. Marwa yang membawa anaknya bersiar meminta izin untuk meletakkan anaknya di buaian, namun Alexander tidak membenarkan. Tidak cukup dengan itu, dia mengherdik Marwa dengan kata-kata "terrorist" & "Islam whore".
Sebagai seorang muslim yang punya maruah diri & sedar agamanya dihina, Marwa membela diri. Tercetusnya pertengkaran di situ.

Alexander, yang anti-Islam dan menaruh kebencian terhadap non-European diheret ke mahkamah dan didenda sebanyak 780 Euro. Namun dia membuat rayuan mahkamah, membolehkan dia bersua sekali lagi dengan Marwa di medan perbicaraan. Kala itulah insiden menyayat hati tersebut terjadi.

Berita ini lansung tidak dihebahkan dan disenyapkan oleh media barat khususnya. BBC senyap sunyi, sedangkan berita mahkamah Dubai yang menjatuhkan hukuman kpd 2 warga British yang mengadakan hubungan seks terbuka di pantai Dubai dihebohkan, dikritik seolah-olah melakukan satu tindakan jahat. Namun, kisah wanita Islam yang mengandung dan ditikam dalam sebuah mahkamah di hadapan hakim di sebuah negara membangun kononnya langsung tidak diambil endah..

[p/s : Nampak sangat bias media Barat yang dikuasai Yahudi. Kuasa media yang mampu membentuk pemikiran rakyat telah dimanipulasi oleh golongan berkepentingan. Trend ni nampaknya telah digunapakai di Malaysia. Oleh siapa agaknya? Hehe.. =p]

Kedamaian yang memudaratkan?

|

[Pasti ramai yang tertanya-tanya, tidak kurang juga dengan yang tidak bersetuju dengan tajuk posting kali ni. Mengapa sedemikian? Haha…kalau nak tahu, bacalah entri ni sampai habis. =p]

Bermuhasabah merupakan hobi saya terutamanya menjelang hujung semester. Segala macam aktiviti akan diimbau, untuk membuat justifikasi : Adakah semester ni lebih baik dari sebelumnya?

Hmm…semenjak tinggal di Murai Jaya ni, banyak pengalaman baru yang ditimba. Tidak kurang juga dengan insiden menarik yang berlaku sepanjang semester ni. Namun, posting kali ni bukanlah bertujuan untuk sharing dengan para pembaca kalian mengenai pengalaman tersebut. Saya ingin menyentuh mengenai kedamaian yang ‘tampaknya’ berbahaya kepada sesetengah mahasiswa di sini.

“ Di Murai Jaya ni terlalu damai sampai student malas nak keluar rumah,” demikianlah seloroh seorang junior, membuatkan saya tersenyum. Tersenyum dalam setuju tentunya. Ketika perbualan ini berlangsung, seorang teman yang merupakan anggota JAKSIS ( Jawatankuasa Kolej Kediaman Siswa Siswi) baru sahaja meluahkan ketidakpuasan hatinya mengenai kehadiran mahasiswa dalam program anjuran pihak universiti. Apa tidaknya, sering kali sesuatu program peringkat kolej kediaman dianjurkan, hanya muka yang sama sahaja muncul. Kalau jumlahnya ramai tidak mengapa, tetapi jumlahnya bisa dihitung dengan jari.

Mengapa saya setuju? Sebab saya sendiri pun merasa sedemikian. Suasana damai ala kampung di Murai Jaya membuatkan kaki susah melangkah keluar. Tambahan lagi dengan rumah yang begitu selesa. Mahasiswa prefer untuk stay dalam rumah berbanding keluar mengikuti program. Itulah antara sebab yang mampu saya senaraikan, yang menyumbang kepada kurangnya penyertaan mahasiswa dalam program.

Malangnya, menurut pemerhatian saya ada yang terlalu selesa dengan keadaan ini sehingga mendorong kepada pengabaian akademik. Ia tidak berlaku secara langsung, namun ia adalah penyakit sifat yang dibiar melarat. Bagaimana?

Lazimnya, kerja adalah kurang pada permulaan semester. Student memang agak relaks pada awalnya, ditambah lagi dengan ‘pemangkin’ Murai Jaya. Lama-kelamaan, beban kerja akan meningkat dan seterusnya memuncak di ambang peperiksaan akhir tahun. Yang malangnya sifat relaks student tersebut adalah malar, tidak berubah mengikut suasana. Lantas, akademik menjadi korban akibat penyakit sifat yang dibiar melarat tanpa ubat.

Saya agak bersimpati dengan student sedemikian, terutamanya melihatkan mereka terkapai-kapai dalam akademik. Kerja ditangguh, revision ditinggalkan, kuliah selalu skip, dan kebiasaannya mereka akan menderita pada kemuncak semester. Beban kerja pada klimaksnya membuatkan mereka terkejar-kejar membuat assignment, dalam masa yang sama sakit kepala memikirkan pasal revision untuk final exam. Akhirnya, bila result keluar, muka mencebik masam kerana pointer yang merudum. Aduhai…

Nasihat saya simple jer, hidup ni bukan untuk berhibur semata-mata. Bila ada keperluan, korbankanlah relaks tu. Bilamana tugasan habis, enjoylah seadanya. Marilah kita merenung firman Allah dalam kitab suci Al-Quran yang bermaksud:

“...Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.” (Q.s. Ali Imran: 185).

Memang keinginan untuk berhibur dan bersenang lenang adalah sebahagian daripada naluri manusia, tetapi jika dibiar berlebihan akan membawa mudarat. Sejarah telah mengajar kita, bahawa bangsa yang lena dibuai hiburan akhirnya menjadi lemah dan terjajah.

Jadi, adakah kedamaian itu yang memudaratkan?
TIDAK SAMA SEKALI !

Ia berpunca daripada diri sendiri, terlalu relaks lantaran damainya suasana. Sewajarnya kedamaian yang ada di Murai Jaya digunakan untuk pelbagai tujuan baik seperti study, menenangkan fikiran dsb. Fikir-fikirkanlah… =)

[posting ni mengingatkan saya pada kata-kata seorag ustaz: "Di Malaysia ni tak macam di Palestin, kita diuji Allah dengan kedamaian. Di Palestin, mereka dihimpit kesukaran dari segenap aspek hidup. Mengapa begitu? Supaya umat Islam Malaysia dapat membantu umat Islam lain yang dalam kesusahan, bukan sahaja di Palestin, malah di serata dunia. Damai yang kita kecapi ni bukan untuk relaks." INGAT !]

Selamat Aidiladha !

|

Bukanlah Aidiladha ni sekadar menumbangkan lembu, melapah beramai-ramai kemudian membahagikan bahagian korban, tetapi antara intipatinya adalah kesanggupan mengorbankan apa jua yang kita cintai. Sanggupkah kita mengorbankan benda kecintaan kita di jalan Allah? Yang lebih penting, andai keperluan agama bertembung dengan keperluan dunia, maka keperluan agamalah yang didahulukan.

Semoga kita semua menghayati semangat pengorbanan yang ditunjukkan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.

Selamat Menyambut Aidiladha !


Di tebing jurang mutassaqit (bhgn 2)

|

Malam itu A dikelilingi anak-anak muda. Melihatkan wajah mereka yang dahagakan pengisian agama, dia terharu. Usaha mendidik & membentuk jiwa Islami cuba digalas dengan sebaik mungkin, sungguhpun kini dia terkapai-kapai tanpa input. Tanpa input, bagaimana menghasilkan output? Bukan mudah mendidik manusia.

Sesekali, A terkenang pada seorang tokoh. Namanya harum mewangi dalam lipatan sejarah Turki. Kegigihannya dalam mencari lalu membentuk jiwa-jiwa Islam cukup memberi inspirasi kepada setiap pendidik pasca 1924. Tatkala tangan-tangan jahat sekularisme mengetuk setiap pintu rumah umat Islam Turki, beliaulah yang berusaha menyelamatkan anak-anak muda daripada hanyut dibawa arus duniawi, lantas mengusir sekularisme ibarat anjing kurap daripada hidup mereka.

Suleyman Hilmi Tunahan. Penghormatan A terhadap tokoh ini bukanlah semata-mata kerana gelaran sayyid ataupun sharif yang dimiliki beliau, lantaran nasab beliau yang bersambung dengan Rasulullah s.a.w. Akan tetapi semangat kental dalam mendidik yang mendorong penghormatan tersebut.

Katakan sahaja di mana. Kereta api? Teksi? Bas? Kebun? Semuanya menjadi tempat buat Suleyman hoca mencurahkan ilmu. Halangan dari pemerintah pimpinan Mustafa Kamal Attaturk mendorong beliau membawa anak muridnya bersiar dalam pengangkutan awam untuk pengajian Quran.

Suleyman hoca juga sering berkitar di pasar sambil menanyakan buruh yang wajar,’Beritahu aku duhai anak berapa yang kau mahu?’, ‘Satu lira memadai untuk hari ini’, ‘Mari ikut bersamaku untuk mempelajari Quran dan agama Islam, aku akan beri kamu 3 lira’.


Suleyman hoca. Suleyman Hilmi Tunahan…

Seakan-akan memahami keinginan hati yang mendesak, insan yang dirindui A muncul dalam lelap. Lelaki itu menyambutnya dengan senyuman di pintu madrasah.Mereka berdakapan. Ternyata ia sebuah pertemuan bermakna antara guru dengan anak muridnya. Di dalam, kelihatan beberapa kelibat insan sedang khusyuk menekuni kitab, di bawah bimbingan lelaki itu.

Pertemuan itu memang tidak lama. A terjaga daripada tidur. Dadanya terasa sebak menanggung rindu. Tanpa disedari, mata A bergenang. Sungguh, lelaki yang muncul dalam mimpi itu banyak mencurahkan ilmu kepada A. Dia sangat merindui tunjuk ajar seorang mu’allim seumpamanya. Seorang ustaz, seorang hoca

Dalam simpuhan sesudah tahajud malam itu, A menadahkan tangan kepada Yang Maha Kuasa. Lama dia bermunajat, mengharapkan agar Tuhan menemukannya dengan seorang mu’allim, dipermudahkan jalan mengikuti majlis ilmu. Semoga dengan proses islah tersebut akan meluruskan apa jua yang bengkok dalam diri dan memberi kekuatan untuk terus memikul beban dakwah agar tidak menjadi golongan mutassaqitun.

Benarlah ilmu itu umpama hujan yang dinanti-nantikan di tanah tandus. Tanah tandus milik A. Ia menghidupkan hati yang gersang dengan curahan cahaya dari langit. Hanya hati yang terang sahaja dapat membezakan haq dengan batil, lantas menuntun jiwa dalam meredah arus duniawi. Sementalahan jiwa yang tidak terbimbing akan hanyut. Kalau tidak diselamatkan, dibimbangi jiwa tersebut akan hanyut ke neraka. Na’uzubillah.

* hoca : Secara mudah, ia bermaksud guru (bahasa Turki)
* Untuk info yang lebih lanjut mengenai Suleyman Hilmi Tunahan, bolehlah rujuk sini.

~[Watak A hanyalah rekaan semata-mata. Fiksyen]~

Di tebing jurang mutassaqit (bhgn 1)

|

Hati yang gersang umpama gurun,
Menanti tibanya majlis ilmu;
Berkatnya bak hujan yang turun,
Menyegar lantas menghidup kalbu.

A merenung jurang itu. Dalam bagai tidak berdasar. Sesekali terdengar bisikan halus, mengelus gegendang telinga kanan: “Jomlah join kami… kita muda sekali jer. Bile lagi nak enjoy !” Belum sempat A membalas, muncul lagi bisikan. Kali ni dari kiri: “Gua tau lu suka enjoy. Prefer to be relax. So kenapa nak melawan naluri? Come on la beb.” “Tengok macam kami ni. Relax & enjoy! Kasihan diri kau. Sibuk terkejar ke sana ke mari, sampai tak ada masa relax.” ujar suara halus tu lagi.

Bisikan halus berupa hasutan sering bertandang, menambahkan celaru minda. A kehabisan bicara.Diam seribu bahasa. Malah mati akal. Tension mengundang murung. Kerja yang suatu masa dahulu dipikul kerana cinta, terasa amat menjerut diri sekarang.

Racun sekularisme semakin menular ke seluruh tubuh A. Bukan A tidak tahu gejala penyakit yang dihadapinya, cuma penawarnya sukar ditemui di kawasan perumahan baru itu. “Syaitan tu ibarat serigala. Dia akan menyerang kambing yang bersendirian,” suara ustaz terasa melantun dalam jiwa.

“Akukah kambing itu?” fikir A bersendirian. Jauh daripada sahabat yang boleh membimbing, dia terasa dirinya semakin hanyut. Leka dibuai arus dunia. Tenggelam dalam gelombang hedonisme sepertimana kawan-kawannya yang lain.

Hari-hari yang mendatang diisi dengan kegembiraan. Gurau senda dan hilai tawa. Semuanya palsu. Tuhan sahaja yg tahu jiwa A kosong. Dia tidak bahagia dengan hidup begini. Kedamaian suasana kampung di Megah Raya ternyata bukan ubat derita jiwa yang dihadapinya.

“Mutassaqit?Argh…tidak sesekali!”bentak A sendirian sebagai jawapan bisikan halus yang tidak henti mendatangi dirinya.

* mutassaqit : Orang yang keciciran dari jalan dakwah. Dalam kata yang mudah, orang yang mengikuti kerja-kerja dakwah namun kemudian meninggalkannya@ tercicir atas sebab-sebab tertentu.

~[Watak A hanyalah rekaan semata-mata. Fiksyen]~

5 careers for $60k+ salaries

|

[I'm writing this not because I don't have any idea on new entry, but merely because of I found out that this topic is too interesting to be shared with you all]

This is not the first time I read similar topic in Yahoo! news. Recently, I'm interested in making research about careers for computer science graduate (I'm care about my future of course!). However, these facts I'm gonna provide to you perhaps not valid in our country. You should already knew that employees are paid high in America.

As I said, this is only a sharing that I hope is beneficial for all readers.

1. Postsecondary Education Teacher

- Teachers that instruct in areas related to education, such as counseling, curriculum, guidance, and English as a second language. Some teach exclusively while others do a combination of teaching and research. A master's degree will likely be required for university teachers, while those teaching at career institutes will mostly need to demonstrate experience and expertise in their field.
-Mean annual salary: $60,080.

2. Registered Nurse
- Registered nurses help the sick and assist doctors and other medical professionals, usually in a hospital setting.
- Mean annual salary: $65,130



3. Network and Computer Systems Administrators
-Network and computer systems administrators can be found in offices, small businesses, and government organizations -- really, anywhere where a computer system is vital to business operations. In today's society, this is just about everywhere, perhaps explaining why this career is expected to see much faster than average growth over the next seven years. Network and computer systems administrators are responsible for designing, installing, and maintaining an organization's computer systems. They usually need a bachelor's degree in an area like computer science or information systems. Without a degree, prior experience in the field is considered essential.
- Mean annual salary: $69,570

4. Occupational Health and Safety Specialist
- These guys enforce the rules for health, safety, and environmental regulations in the workplace. Their job description is primarily concerned with keeping workers and the general public safe, and may include designing work spaces, testing air quality, or inspecting machinery
- Mean annual salary: $63,030

5. Technical Writer
- I firstly heard this term while following a Software Engineering talk recently. They actually putting technical or specialized information into understandable terms. hey make technical manuals, catalogs, and assembly instructions easily digestible for the general reader. Technical writers are mainly found in the information technology industry, planning and editing technical materials, and overseeing the layout of these publications.
- Mean annual salary: $64,210

Yahudi sekat masuk al-Aqsa

|


Gara-gara satu upaca keagamaan Yahudi, umat Islam disekat daripada memasuki masjid al-Aqsa. Tindakan itu diambil sewenang-wenangnya oleh negara haram Yahudi, setelah berlaku pertempuran petang semalam antara kira-kira 150 penduduk muslim dengan polis Yahudi. Penduduk muslim dilaporkan mendapat maklumat bahawa kawasan Haram al-Sharif atau 'Temple Mount' bagi orang Yahudi, 'diambil alih' atas sebab keselamatan dan gesaan dikeluarkan agar penduduk Islam mempertahankannya, yang kemudiannya mencetuskan pertempuran tersebut.

Sejumlah besar anggota polis membuat rondaan di Kota Lama pagi semalam, ketika beribu-ribu penganut agama Yahudi membanjiri kota itu dan kawasan sekitarnya untuk upacara Birkat Hakohanim yang diadakan dua kali setahun.

Yang pastinya, ketegangan terus meningkat antara penduduk Palestin & negara haram Israel yang tidak henti-henti menodai kesucian masjid suci ketiga umat Islam.

[Birkat Hakohanim bermaksud Raising of The Hands, yang diketuai oleh Kohen(lebih kurang macam paderi) merupakan upacara keagamaan Yahudi yang melibatkan Kohen membaca doa sambil mengangkat tangan ke arah hadirin. Para hadirin akan menyebutkan Amen pada setiap penghujung rangkap doa.]

Coretan di ambang Syawal

|



"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 20 Sept, 2009".

Esok 1 Syawal. Saya hampir tidak mempercayainya. 1 bulan sudah berlalu? Biar betul !!

Terasa sedih untuk meninggalkan Ramadhan, namun dalam masa yang sama saya berasa gembira menyambut ketibaan Syawal. Perasaan saya bercampur baur malam ni.

Sesekali saya terimbau kisah para sahabat mengenai Ramadhan. Mereka girang menyambut ketibaannya, dan mengalirkan air mata meninggalkannya. Sifat sedemikian kurang dimiliki generasi kini. Keadaan sudah terbalik. Syawal lebih dirai berbanding Ramadhan. Itukah juga sebabnya artis2 mainstream di Malaysia lebih ramai yang mendendangkan lagu Raya berbanding puasa? Bukankah puasa yang lebih layak untuk diraikan?

Apa2pun, saya merasakan Ramadhan tahun ni kurang bermakna berbanding tahun lalu. Ketiadaan elemen2 tertentu menyebabkannya puasa kali ni agak hambar. Tiada majlis ilmu sempena Ramadhan yang dapat diikuti, majlis tadarus Quran yang tidak berjalan lancar serta tidak mendapat sambutan, kesibukan melampau dengan pelbagai aktiviti sehingga menyebabkan saya terkejar2, dan macam2 lagi sebab....

Saya masih merindukan iftar meriah di kolej kediaman Bunga Raya pada tahun lalu.
Saya masih terkenang2 kuliah Ramadhan ustaz Sayuti di Kolej Matrikulasi Labuan 2 tahun lalu.
Saya masih lagi mendambakan tadarus Quran yang penuh dengan input sepertimana di MRSM Kota Kinabalu 3 tahun lalu.

Namun, di sebalik keadaan serba kekurangan ni, ataupun segala macam kebaikan yang kalian kecapi pada Ramadhan kali ni, tarbiah Ramadhan telahpun berlalu.
Madrasah Ramadhan tutup sementara hinggalah tahun depan.
Sekarang ni sesi praktikal.
Adakah anda mampu carry on & istiqamah dengan ibadah anda sehinggalah 11 bulan berikutnya?

Salam lebaran buat semua pembaca blog ni. Maaf zahir & batin saya pinta, tulus dari nurani insan daif ni. Manfaatkanlah masa kegembiraan ni dengan mengeratkan silaturrahim di samping memohon kemaafan sesama kita.

Bermula dari 0

|

Murai Jaya. Nama baru tu agak memeranjatkan saya. Nama tu asing. BARU.

Namun itulah penempatan baru untuk fakulti saya. Semuanya masih baru. Fasiliti pun belum lengkap. Saya masih teringat lagi bagaimana saya membersihkan rumah yang baru selesai dibina bersama seorang housemate saya pada hari pertama memasuki penempatan baru ini. Kamilah 'perasmi' rumah ini.

Sebenarnya saya tak kisah dengan fasiliti yang kurang lengkap, cuma ketiadaan surau memberikan impak yang besar kepada banyak perkara di sini. Kala saya menulis artikel ni, surau baru sahaja dibuka 2 minggu lalu. Ruang yang terhad, ketiadaan PA sistem tambahan lagi keterbiasaan solat jemaah di rumah membuatkan kaki ni terasa berat untuk mengimarahkan surau baru.

Segalanya tampak sukar. Segalanya bermula dari 0.

[Maaf kerana tak dapat update blog ni. Internet tiada di Murai Jaya ~ tiang telefon pun tiada, macam mana nak guna Streamyx? Kalau nak guna di Kampus Induk pun, blogging telah disekat]

Your time is up!!

|

Masa anda telah tamat ~ kata2 itu timbul dalam benak mengenangkan cuti saya yang bakal berakhir dalam tempoh 2 hari lagi.

Sepi. Jiwa kosong.
Walau apapun pengisian saya di kala cuti, 2 perasaan ini mesti hadir. Adakah ianya manifestasi keengganan saya untuk melepaskan pemergian sebuah CUTI?

Pagi ni adik saya sudah kembali ke asrama. Kembalilah saya menyendiri di bilik ni, walaupun pada asalnya saya lebih gemar duduk sendirian. Kesepian mula bertandang...
Segalanya tampak kembali ke keadaan asalnya ~ sebuah rumah yang semakin kosong lantaran penghuninya bertebaran mencari ilmu. Akhirnya, tinggallah ibu dan adik bongsu saya. Jarang2 rumah ni dihias keceriaan dan hiruk-pikuk sepertimana dahulu, sungguhpun musim CUTI sedang berlangsung.

Di kala kesepian inilah saya banyak berfikir...

Terkenangkan program KRIS(Kem Remaja Islam) yang baru sahaja berlalu Khamis lalu.
Penganjurannya yang ke 4 menyaksikan penyertaan sebanyak 370 peserta dari serata sekolah daerah Tawau, lebih 100 daripadanya adalah muslimin.
Suka duka, pahit manis sepanjang berprogram akan menjadi satu lagi kenangan terindah buat saya.

Teringat lagi bagaimana saya bergabung tenaga dengan seorang sahabat, Azlan Sakka untuk menguruskan LDK. Gandingan kami agak pelik, kerana kami berkongsi kelemahan yang sama, iaitu kelemahan mengatur bicara. Bukankah team mate kita sepatutnya berfungsi sebagai pelengkap kita? Apa-apapun, kami seronok bekerjasama.

Program islamik sebegini sering menjadi 'teropong' saya untuk merenung keadaan generasi kini, sungguhpun para peserta yang hadir tidaklah mewakili keadaan seluruh masyarakat Tawau.

Memang ramai yang menjadi mangsa arus sekularisme. Kejahilan masih melata sungguhpun terdapat subjek Pendidikan Islam di bangku sekolah. Adakah ia sekadar teori tanpa praktikal? Dengan bantuan Azlan, kami seronok menjadi fasilitator kumpulan 1(betik/Cecia.spp)yang gigih menuntut ilmu (walaupun ada yang lembik tidak bermaya).

Saya percaya gabungan karakteristik peserta menjadikan setiap LDK unik dan menarik untuk diselami. Kumpulan saya telah memenangi Malam Kesenian Islam melalui cerita seorang pondan yang insaf, hasil gabungan idea mereka sendiri tanpa penyeliaan kami. Memang, proses dakwah adalah proses menyelami isi hati mad'u sepertimana yang dikatakan oleh fasilitator yang lebih senior.

Sesi lambaian ukhuwah agak menyentuh hati. Dabs, nama gelaran ketua kumpulan, tanpa disangka-sangka menitiskan air mata terharu dalam dakapan perpisahan kami. Masih segar lagi di ingatan tentang masalahnya yang tidak tahu mengaji. Selama ni, dia belajar al-Fatihah hanya melalui pendengaran - cabaran besar untuk kami memperbetulkan bacaan Fatihahnya. Menjelang perpisahan, kami tidak henti-henti berpesan agar dia mencari guru mengaji di kampungnya. Mudah-mudahan keinginannya tercapai. Ameen...

Sunyi..
Sepi..
Bukan khali..
Bukan juga abadi..

Di kala saya memikirkan kesudahan posting yang kian meleret ni, saya teringat pada sesetengah sahabat saya yang memilih GURU sebagai profesion mereka. Masa yang berlalu banyak merubah keadaan. Dulu, kami teman bermain. Kini, mereka guru bagi sekolah sekian-sekian. Kelibat penasihat am, yang juga merupakan seorang guru tidak lagi kelihatan. Beliau telah beralih ke peringkat yang lebih tinggi. Jelaslah, kini telah tiba peranan generasi pelapis untuk mengemudi bahtera perjuangan di bumi Tawau, satu perjuangan yang belum selesai...

Orientalisme

|

"Para aktivis liberal Islam sering memuji pemikiran golongan Orientalis, seolah-olah menggalakkan umat Islam belajar Islam daripada mereka yang tidak mengimani ajaran Islam"

Samada sedar ataupun tidak, hidup kita dikelilingi oleh suara-suara orientalis. Petikan daripada majalah i di atas membakar hati untuk menulis posting ni, dengan harapan agar para pembaca sedar ancaman "berhala moden" ni terhadap agama kita. Gagasan orientalisme telah banyak mencemar pemikiran orang Islam umum, lebih dahsyat lagi pencemaran pemikiran ini seterusnya membawa kepada kerosakan akidah. Semoga Tuhan sentiasa melindungi akidah kita. Ameen...

#Orientalisme: Sekilas pandang

  • Definisi: Ilmu tentang keTimuran (bahasa Arab ~ Al-Istisyraq)
  • Definisi mendalam: Kajian akademik yang dilakukan oleh para ilmuan Barat mengenai Islam dan kaum Muslimin dari seluruh aspeknya termasuk akidah, syariah, kebudayaan, peradaban, sejarah dan manusia.
  • Asal-usul: Banyak pendapat. Salah satunya mengatakan orientalisme bermula sejak perang Salib, kerana ada tokoh Kristian berpendapat bahawa perang bukan kaedah tepat untuk menewaskan kaum muslimin.
  • Orientalisme juga berkait rapat dengan missionari. Hal ini dapat dilihat melalui banyaknya kaum Kristian dan Yahudi yang bekerjasama dengan kaum orientalis untuk melakukan kajian Islam yang bertujuan untuk mengetahui celah-celah yang dapat dimasuki untuk memutar belit fakta kebenaran Islam, menaburkan keraguan dan berusaha untuk menjauhkan mereka daripada ajaran Islam.

#
Tokoh awal
Peter The Venerable atau Petrus Venerabilis (1094-1156M).
Dia adalah 'tokoh' misionaris pertama yang merancang keadah untuk menakluk umat Islam bukan dengan senjata, tapi dengan pemikiran. Ketika itu, dia merupakan ketua Biara Cluny, Perancis – sebuah biara yang sangat berpengaruh di Eropah pada Abad Pertengahan.

Sekitar tahun 1141-1142, Peter mengunjungi Toledo, Sepanyol. Di situ dia menghimpunkan sejumlah cendekiawan untuk menterjemahkan karya-karya kaum Muslim ke dalam bahasa Latin. Terjemahan itu akan digunakan sebagai bahan untuk misionari Kristian terhadap dunia Islam.

Menurutnya, Islamic Studies perlu dilakukan oleh kaum Kristian, agar mereka dapat “membaptis pemikiran kaum Muslimin”. Dia pernah membuat pernyataan berikut:

"But I attack you not, as some of us [Christians] often do, by arms, but by words; not by force, but by reason; not in hatred, but in love…"

Dahsyat bukan?

#Tokoh Nusantara

Christian Snouck Hugronje(1857-1936M).
Rasanya kebanyakan kita mengenali dia melalui buku sejarah, sebagai sebahagian daripada silibus pelajaran peringkat menengah.
Semasa menjadi mahasiswa dalam Fakulti Teologi di Universiti Leiden, dia pernah mengujar: "Adalah kewajipan kita untuk membebaskan penduduk negeri jajahan(warga Indonesia) agar terbebas dari Islam"

Untuk mengubah wajah Islam, Snouck sanggup berpura-pura masuk Islam. Dalam masa sama, dia masih berhubungan dengan gurunya, Theodor Noldeke seorang orientalis terkenal di Jerman. Dalam suratnya, dia pernah menegaskan bahawa keIslamannya adalah permainan untuk menipu orang Indonesia semata-mata. Baginya, itu merupakan satu-satunya cara untuk membolehkan dirinya diterima masyarakat Indonesia yang fanatik.

Snouck pernah menegaskan bahawa Islam harus dianggap sebagai faktor negatif, kerana menimbulkan semangat fanatik agama dalam kalangan kaum muslimin. Pada masa sama, Islam menimbulkan kebencian rakyat Aceh terhadap Belanda. Jika "pembersihan" pengaruh ulama dapat dilaksanakan, maka Islam tidak lagi memiliki kekuatan. Setelah itu, para tokoh adat boleh menguasainya dengan mudah.

Theodor Noldeke
Dalam sebuah ceramah yang pernah saya ikuti, saya masih ingat lagi fakta bahawa Snouck telah memperkenalkan pelbagai zikir kepada masyarakat Indonesia untuk melekakan mereka daripada perjuangan membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah. Lantas, usaha penentangan yang hebat suatu ketika dahulu hanya tinggal kenangan, kerana mereka hanya sibuk berzikir di atas sejadah, demikianlah ujar ustaz penceramah tersebut.

Dia pernah memasuki Makkah untuk menjalankan ibadat haji. 6 bulan kemudian dia diusir kerana kepura-puraannya terbongkar. Saya juga pernah dimaklumkan bahawa Snouck pernah mengajar di Universiti Azhar.

#Perbahasan lanjut

Sebenarnya saya tidak ingin untuk memanjangkan posting ini, kerana ia meletihkan mata yang membaca. Tapi saya rasa posting ni tidak lengkap tanpa sedikit contoh pemikiran orientalis. Tanpa perbahasan lanjut ni, saya risau para pembaca akan berada di awang-awangan kerana tidak disajikan contoh untuk menjelaskan keadaan. Kata orang, TEORI tanpa APLIKASI. Pemahaman terhadap sesuatu isu adalah motif saya.

Bermula dengan sesuatu yang biasa didengari: Islam tersebar melalui mata pedang. Mereka cuba menunjukkan bahawa muslim sememangnya teroris sejak zaman permulaan Islam lagi, iaitu sebuah agama yang tersebar melalui perang(mata pedang). Dakwaan ini ternyata tidak benar sama sekali. Menelusuri Sirah & kisah para sahabat, kita tahu bahawa agama Islam dianuti secara sukarela oleh penduduk yang negaranya ditakluki pemerintahan Islam tika itu. Pihak pemerintah Islam mengamalkan kebebasan agama.

Mereka juga cuba menonjolkan 'keganasan' Islam berdasarkan peristiwa semasa, misalnya September Eleven dan pengeboman keretapi bawah tanah London. Mereka mendakwa Islam masih ganas kepada mereka berdasarkan kepada hanya beberapa kerat pemimpin Islam yang berani tampil memberi pendapat yang bertentangan dengan pendapat mereka ataupun beberapa peristiwa ganas yang dilakukan oleh segelintir pejuang Islam kerana kezaliman Barat sendiri.
Natijah daripada itu, mereka tidak perlu memberi alasan lagi dalam merasionalkan sebarang kekejaman terhadap orang Islam..

Lagi contoh?
  • Kemunduran umat Islam berpunca daripada tradisi Islam yang "ketinggalan zaman". Lantas, jalan keluarnya adalah dengan mengadaptasi tamadun dan materialisme Barat. Kelompok-kelompok yang ingin bertahan dengan identiti dan pandangan hidup Islam, dilabel dengan istilah-istilah yang negatif seperti “radikal”, “fundamentalis”, “militan”, “eksklusif”(hanya satu agama benar), “literalis"(makna selapis/berfikiran sempit), dan sebagainya.
  • Menimbulkan keraguan umat Islam: Quran adalah karya Nabi s.a.w, hadith Nabi tidak boleh dijamin kebenarannya, Islam tidak lebih daripada gerakan politik di dunia Arab sahaja, Islam anti kehidupan metropolitan dan sebagainya. Anggapan-anggapan keliru hampir selalu mewarnai potret yang ditulis oleh kaum orientalis mengenai agama, kebudayaan, sejarah dan peradaban Islam.
Huraian lebih lanjut boleh didapati di allah-esa.blogspot.

#Kesimpulan

Sebenarnya terdapat orientalisme yang positif, iaitu yang mengkaji masalah-masalah keislaman semata-mata dengan tujuan ilmiah murni yang dijiwai semangat dan sikap objektif. Dunia orientalis telah melahirkan sejumlah sarjana yang bersimpati. Jika bukan kerana jasa-jasa mereka, banyak karya ulama' Muslim klasik barang kali tidak dapat ditemukan sekarang. Yang lebih positif lagi, tidak sedikit di antara mereka yang memeluk Islam setelah terlebih dahulu mengadakan kajian. Kemudian mereka menangkis karya-karya orientalis yang lain yang diwarnai sikap bias dan kedengkian.

Namun, melihatkan sikap permusuhan yang banyak diamalkan orientalisme Barat, kita tidak boleh sekadar main tangkap-muat sahaja dalam hal ehwal agama. Sepertimana dibincangkan di atas, mereka mempelajari Quran dan hadis bukan untuk diimani, tapi untuk dirosakkan ajaran murni Islam itu sendiri. Mereka mengubah atau menambah, membuang dan menokok serta menyelewengkan fakta-fakta serta huraian-huraian untuk mengelirukan umat Islam yang jahil dan untuk menakut-nakutkan orang di luar Islam agar mereka jangan menganut agama Islam.

Wallahu'alam...

Menyingkap CRI

|

Perjuangan yang dipinggirkan...

Saya tak pasti samada penggunaan istilah itu betul ataupun tidak.
Yang pasti, saya sangat terkejut semalam apabila mendapati ada isu BESAR yang saya tidak tahu-menahu pun, padahal saya sering memberi perhatian pada isu yang saya anggap BESAR.
Tambah menghairankan, isu melibatkan umat Islam itu disangkakan telah berakhir pada 1990-an, padahal ia masih berlaku sekarang.
Apa sudah jadi ni??

Semuanya bermula bila saya melayari laman YouTube. Seperti biasa, eksplorasi 'related video' membawa saya ke pelbagai perkara baru. Di bawah ni merupakan titik mula ekplorasi:



Dari situ, saya mula menemui site mereka, Kavkaz Center dan menemui pelbagai lagi fakta mengejutkan. "Segalanya berada di hujung jari anda". Sungguh, globalisasi telah mencetus kebanjiran maklumat yang boleh diakses oleh sesiapa jua walau di mana dia berada.

Penemuan yang saya maksudkan di sini sebenarnya adalah mengenai kisah Mujaheedeen Kaukasia. Mereka masih lagi berperang hingga ke hari ni. Lihat berita ni, jangan lupa perhatikan tarikh yang tertera iaitu 23 Mei 2009. Pertempuran tercetus antara mereka dengan tentera Rusia. Ia merupakan kesinambungan perang Chechen fasa 2 yang bermula sejak 1999 lagi hingga hari ni. Media Rusia melabelkan golongan ni sebagai teroris ataupun gerakan pemisah.

Siapa tak kenal dengan Chechnya? Ia merupakan sebahagian daripada Rusia pada asalnya. Negara ni telah ditubuhkan dengan nama "Chechen Republic", namun ia telah mewujudkan masalah negara dalam negara. Akhirnya Rusia mengalah dan wilayah tersebut telah dipecahkan kepada 4 wilayah baru. Chechen boleh dikatakan sebagai negara Islam baru yang membentuk pemerintahan Emir, namun kewujudannya tidak diiktiraf antarabangsa. Untuk sejarah perang Chechnya yang panjang lebar(hingga saya tidak sanggup membacanya), sila rujuk sini.

Pada 1998, namanya Islamic Republic of Ichkeria. Nama sekarang CRI (Chechen Republic of Ichkeria). Presiden CRI, yang juga merupakan amir kepada mujaheed Kaukasia adalah Dokka Umarov(Abu Usman). Bagi sesiapa yang berkelapangan, anda digalakkan untuk membaca perutusan beliau di sini, dan menonton video YouTube di bawah user name KavkaskiEmirati2007's.


Apa2pun, di sebalik semua kejutan yang saya alami, saya menyedari masih banyak lagi perkara yang saya belum tahu, lebih2 lagi yang terlepas pandang. Isu umat Islam ditindas tidak boleh dipandang ringan. Lagipun kisah Chechnya ni merupakan peristiwa jihad yang merupakan subjek kajian favorite saya.

Berbalik kepada persoalan, kenapa saya tidak tahu-menahu peristiwa BESAR ni?
Saya rasa media Malaysia kurang membuat liputan mengenai perkara ni. Saya tidak pernah pula melihat laporan sedemikian di televisyen dalam segmen luar negara.
Ajaib!!

Amerika cabul konvensyen Geneva

|


Tamparan buat Amerika, tempias kebaculan pemerintahan Bush terkena pada legasinya, Obama. Akhirnya tenteranya sendiri mengaku bahawa mereka pernah mencabuli konvensyen Geneva. Ibarat dijangka, Kolonel Janis Karpinski yang mengetuai pentadbiran di penjara Abu Ghraib mengaku bahawa Amerika mengingkari Konvensyen Geneva di pusat tahanan itu, termasuk menyembunyikan tahanan daripada pertubuhan Palang Merah.

Dalih Amerika sebelum ini cukup menyakitkan hati. Mereka mendakwa bahawa tahanan bukan anggota tentera dari negara lain adalah 'musuh dalam peperangan' dan bukan 'tahanan perang'. Justeru tahanan tersebut tidak layak untuk menerima perlindungan dari konvensyen Geneva, kerana konvensyen itu hanya diperuntukkan untuk tahanan perang.

Apa sebenarnya konvensyen Geneva?
Secara mudahnya, ia merupakan garis panduan terhadap tahanan perang. Di sini disertakan beberapa protokol:
  • Tentera yang cedera, sakit & tidak bersenjata tidak boleh diserang. Kalau ditawan, mereka hendaklah dilayan sepertimana tentera musuh melayan anggota tentera sendiri.
  • Pasukan perubatan tidak boleh dianggap sebagai kombatan. Justeru, mereka tidak boleh diserang.
  • Tawanan perang tidak boleh didera dan diancam(seperti tidak diberi makan,mengurung) untuk mendapatkan maklumat
  • Tawanan perang mesti dilayan dengan baik. Mereka tidak boleh didera ataupun dijadikan bahan eksperimen sains.
Untuk maklumat lanjut, klik sini.
Sekali imbas, saya terus teringat pada pencabulan IsraeL terhadap konvensyen Geneva sepertimana yang dilaporkan media sebelum ini. Daripada semua poin yang disenaraikan, semuanya telah dilanggar. Israel memang pencabul undang-undang antarabangsa!!

Konspirasi Social Network?

|

Marah..
Seram sejuk..
Ngeri..
Malah rasa terkena!!

Perasaan saya bercampur baur bila mengetahui betapa bahayanya Social Network seperti Facebook, Tagged dll... Punca?

[Video sama dalam bentuk Flash]
Saya rasa saya agak terlambat..Ramai yang sudah tahu tentang perkara ni. Posting ni ditujukan buat mereka yang belum tahu lagi - BERHATI-HATILAH DENGAN SOCIAL NETWORK SITE !! Jangan mudah memberi maklumat peribadi, atau lagi tepat lagi jangan terlalu jujur@skema, jika anda ingin memelihara privasi anda.

Bagi sesiapa yang tak sempat menonton video tersebut, site ni merumuskan sedikit sebanyak mengenai bahayanya Facebook, berdasarkan video tersebut. Penulisannya cukup baik hinggakan saya rasa tak perlu sebarang penambahan lagi.

Apa-apapun, mungkin ada yang kata semua ni sekadar teori KONSPIRASI. Sikap paranoia semata-mata. Tak berasas langsung untuk dipercayai. Namun, persoalannya, bukti sudah ada, apa lagi yang nak diragukan? Siapa tak kenal dengan sikap paranoia US dalam 'mengekalkan keamanan'?

Tentu semua masih ingat dasar pemantauan segala panggilan(phone call) rakyat Amerika yang dijalankan oleh Bush. Protes tercetus kerana ia merupakan suatu bentuk pencerobohan terhadap hak privasi individu. Seperti yang dijangkakan:"Ini semua utk mengekalkan keamanan kita", menjadi jawapan bekas presiden itu.

Lagi contoh, tahanan Guantanamo yang dizalimi. Ditangkap lalu dipenjara tanpa peluang dibicarakan, kemudian diseksa tanpa perikemanusiaan. Malangnya, setelah melalui semua penderaan fizikal & mental yang boleh menyebabkan gila, tahanan tersebut didapati tidak bersalah lalu dibebaskan. Bolehkah Amerika memulihkan trauma yang dialami tahanan tersebut, semudah mereka mengungkapkan MAAF kepada mangsa? Ini membuktikan sikap paranoia tahap ekstrim yang menyebabkan penahanan dilakukan gara2 kaitan dengan jaringan 'teroris' yang terlalu sedikit, lantas menjadikan kebanyakan mangsa adalah insan2 pemurah yang banyak terlibat dengan aktiviti kebajikan domestik. Layar perak Hollywood tidak sunyi daripada memaparkan sikap gila Amerika ni, misalnya dalam filem WarGames: The Dead Code.

Paranoia Amerika - bukan sekadar teori konspirasi !! Sekali imbas, kisah penahanan suspek tanpa diberi peluang untuk dibicarakan tak tumpah dengan sistem zalim ISA di Malaysia. Ibarat adik beradik, saya berasa sungguh hairan apabila sistem sebegini boleh wujud di negara ISLAM Malaysia. Pelik bin Ajaib!! Adakah orang yang dikatakan 'mengancam keselamatan negara' ni tidak layak untuk menerima walau sekelumit pun peluang untuk dibicarakan di mahkamah?? Atau sesetengah pihak memang menginginkan suspek itu dipenjarakan??Sila rujuk sini.

Sebenarnya, saya baru sahaja selesai menonton sebuah filem politik independent, Extraordinary Rendition.<
Extraordinary Rendition, ER merujuk kepada kaedah CIA menghantar suspek tahanan secara haram ke negara yang dikenal pasti mengamalkan sistem penyeksaan. Dalam keadaan suspek tidak tahu dirinya dihantar ke mana, mereka akan menyeksa suspek higgalah dia memberi maklumat. Semenjak September 2001, lebih 1100 orang telah 'dieksport' secara haram. Pendakwa raya Eropah telah mengeluarkan sebanyak 39 waran tangkap ke atas agen CIA yang melaksanakan ER.

Zaafir Ahmad, seorang muslim sekular yang mengajar subjek Hak Asasi Kemanusiaan diculik di jalanan ketika sedang bersenam. Dia dibawa ke tempat dan negara yang tidak dikenali untuk diseksa. Penderaan yang dahsyat menyebabkan dia terpaksa menandatangani borang pengakuan yang mengesahkan penglibatannya dengan aktiviti teroris, semata-mata untuk berhenti didera. Sungguhpun dibebaskan kemudian, insiden itu telah merubah diri Zaafir yang jelas mengalami gangguan jiwa. ER sedikit-sebanyak memaparkan teknik penyeksaan Amerika yang hangat diperkatakan kebelakangan ni. Misalnya waterboarding, pembogelan tahanan utk sesi fotografi dan sebagainya.Ulasan yang lebih terperinci boleh didapati di sini.

Sedar atau tidak sedar, suatu penjajahan senyap secara besar-besaran sedang berlaku melalui dunia maya. Percaya tak bahawa Amerika boleh menggenggam dunia melalui jaringan internet? Believe It or Not!?

Gaza diancam serangan Zionis lagi!

|

Israel melalui helikopternya telah menggugurkan fliers yang mengarahkan penduduk Gaza menjauhi sempadan Palestin-Israel sebanyak 300 meter atau mereka bakal ditembak tentera Zionis.

Fliers dalam bahasa Arab itu digugurkan dengan banyaknya. Seorang budak cedera ringan akibat terkena kotak yang digugurkan. Setelah menyepi seketika selepas gencatan senjata, fliers tesebut merupakan petanda bahawa IsrAEL akan mengganas lagi.

Dalam perkembangan lain, pasukan bantuan kemanusiaan Eropah - The Hope turut tidak terlepas dari kerenah kerajaan Mesir pimpinan Hosni Mubarak. Bermula dengan penghalangan total penggunaan Rafah sebagai pintu masuk ke Gaza, kini kerajaan Mesir pula mengenakan kuota kemasukan ke Gaza. Bagaimanapun kumpulan itu tidak bersetuju dan menyatakan mereka tetap ingin masuk ke Gaza secara kolektif. Rombongan kali ni bakal membekalkan peralatan perubatan khas khususnya buat mereka yang kurang upaya.

PNN pula melaporkan pasca operasi Cast Lead, terdapat sekurang2nya 75 tan sisa Uranium di bumi Gaza. Siapa tak kenal Uranium? Sisa radioaktif ni bakal menyebabkan kecacatan dan kanser buat penduduk Gaza yang terselamat tempoh hari.
Penemuan mengejutkan(namun tak menghairankan bagi saya) itu dibuat oleh United Nations Environment Program (UNEP) yang bertandang ke Gaza pada April 2009 dengan bantuan badan hak asasi manusia Arab. Melalui penggunaan makmal canggih, sampel tanah dan debu yang diambil turut mengesahkan kehadiran:

  • Cesium: Bahan karsinogenik yang radioaktif
  • Asbestos: Bahan karsinogenik mudah meruap; penyebab masalah kesihatan kanak2, penghidap asma dan orang tua
  • Fosfat: Hasil pengoksidaan fosforus putih
Zionist Holocaust EXPOSED !!!

Gila perang & gila akibat perang

|

George H.Bush dan George W.Bush yang gila perang telah menyebabkan ramai rakyat negaranya gila akibat peperangan. Perkaitan antara dua entiti tersebut sugguh jelas melalui ayat tadi bukan?

Setelah sekian lama tak dapat menonton rancangan kegemaran saya, akhirnya hari ni terlampias juga keinginan tersebut. Jam 11 TV1. Sesuai buat peminat isu2 dunia kontemporari kerana isu2 tersebut dibincangkan dengan agak mendalam.

Topik hari ni agak menarik. Seperti biasa, banyak pemanggil yang sepatutnya diminta berkongsi pendapat ataupun mengajukan soalan, telah memberi tazkirah. Kebanyakan tazkirah berkitar tentang khilafah dan sikap umat Islam kini.
Terkebil-kebil pengacara wanita tersebut,Jessica Ong mendengarnya. Tidak kurang juga panggilan emo. Dahsyat, dahsyat...
Maklumlah, isu yang dibincangkan adalah isu semasa melibatkan Amerika dan umat Islam.

Apa yang anda tahu pasal trauma?Pengalaman sendiri?
Tak banyak saya tahu, cuma ada 1 fakta yang best untuk dikongsi:
Trauma dialami oleh saksi tsunami misalnya telah menyebabkan seorang makcik ni pantang melihat riak air, hatta riak air dalam bekas/tong air akan menyebabkan dia menjerit macam histeria kerana takut tsunami sedang melanda.

Ha..situasi di medan perang pula boleh mencetuskan Post Traumatic Stress Disorder(PTSD). Kajian di Amerika semenjak tahun 60-an mendapati bahawa terdapat 4.4 juta tentera Amerika mengalami PTSD terutamanya yang terlibat dengan perang Vietnam. Suatu jumlah yang terlalu tinggi bagi saya. Mungkin angka ni tidak pelik bagi negara kaki perang tersebut.
70-80% peratus tentera terlibat dengan pertempuran di Iraq berbanding 33% di Afghanistan. Lantas lebih ramai mengalami PTSD di Iraq, yang berpotensi menyebabkan mereka berasa tercicir, mendapat gangguan mental, tindakan di luar batasan kemanusiaan dll..Gangguan mental ni boleh datang dari pengalaman ngeri sendiri, misalnya mengusung mayat komrad.Lagi teruk, ada tentera yang telah mengalami gangguan mental sebelum dihantar ke negara2 tersebut..
Justeru Jabatan Pertahanan Amerika mewajibkan kaunseling mental sebelum, semasa dan selepas perang.

Apa yang saya faham, PTSD telah menyebabkan drug abuse, overdose alcohol consumption dan salah laku tentera. Ada yang bunuh diri gara2 tak tahan dengan tekanan. Dari sisi lain, nampaknya perang psikologi mujahidin di sana telah berjaya. Serangan hendap, suicide bomber dan sudah pastinya pembaca kalian boleh menyenaraikan lebih dari apa yang saya tahu.

Namun, persoalannya, tak pernah pula dibuat kajian mengenai kesan PTSD ke atas penduduk Iraq dan Aghanistan, kerana jika dibandingkan dengan tentera penjajah, rakyat awam lebih terdedah kepada kesan peperangan... Agak2nya macam mana pula kesan PTSD di Palestin??

Apa2pun, saya memang teramat setuju dengan pendapat profesor jemputan mengenai tentera Islam yang kurang mendapat gangguan mental gara2 pegangan agama mereka.
Quran dan hadis merupakan motivator tentera Islam dalam menghadapi peperangan.
Cewah...I'm proud to be a muslim!!!

Masa semakin SUNTUK !!

|

"Oh tidak! Masa cuti dah nak habis!"
Kesuntukan masa mula meresahkan saya, mengenangkan pelbagai urusan yang belum selesai lagi.
Tak lama lagi, saya kena pulang ke universiti, menyambut ketibaan 'junior-junior' baru.
Dikatakan 'junior-junior baru' kerana faham2 sajalah, memang akan ada yang lebih berusia bakal saya sambut.
Saya memang tak pandai berlakon sebagai 'abang'.
Agak2nya apa akan jadi nanti?Hmm....

Entah macam mana minggu ni dirasakan begitu cepat berlalu. Padahal minggu lalu terasa sangat lambat. Teori relativiti masa yang saya kenali melalui Harun Yahya dirasakan beitu dekat sekali.
Yalah, beliau mengatakan bahawa masa adalah persepsi. Lebih menarik, kewujudan konsep masa banyak dibantu oleh memori kerana manusia mengukur masa berdasarkan memori.

Apa2pun, waktu ni tv3 sedang menyiarkan Van Helsing. Dari segi hiburan, memang ia amat menarik. Dari segi ilmiah??
Hm..entah berapa kali dah perkataan ni berkitar di telinga saya: Tatkala umat Islam sedang mengecapi kegemilangan tamadun, Eropah masih berada dalam kegelapan. Penindasan pihak gereja, kejahilan melata, tenggelam dalam kepercayaan karut marut; sihir, vampire, werewolf dll..
Ha..itulah yang dipaparkan dalam muvi ni.
Memang seronok sebagai hiburan semata-mata, namun dari satu sisi yang lain ia memaparkan kebodohan orang Eropah. Cuma, nampaknya kini keadaan dah terbalik. Siapa tak setuju?

Langit malam berwarna kemerahan.
Awan mendung berarak kencang dibawa angin.
Hujan turun tak lama kemudian.
Bekalan elektrik yang putus seketika tadi menyebabkan posting saya tergendala.
Ketika saya sedang menekan butang Publish Post, masa terus mengalir deras, meninggalkan saya.
Persoalannya, sempatkah saya menyelesaikan segala urusan sebelum cuti berakhir??

Intro: Berhala Moden

|

"Tuan-tuan sekalian, Islam datang untuk menghancurkan segala jenis penyembahan, segala jenis fahaman yang mengabdikan manusia. Kerana menjadi hamba itu hanyalah untuk Allah. Bahawa Allah tidak boleh disekutukan. Agama Allah jelas dan nyata. Itulah yang kami tawarkan. Kami datang untuk membebaskan tuan-tuan daripada diperhambakan atas nama demokrasi dan kapitalisme kepada suatu pembebasan transendental yang tinggi..."

"Berhala Moden", sebenarnya suatu istilah untuk mewakili ideologi ciptaan manusia, yang dapat dikenali dengan penggunaan-isme pada penghujung istilah.

Adakah saya yang mencipta istilah ni?Sudah tentunya tidak.
Sebenarnya saya mula mengenali istilah ni dalam novel Faisal Tehrani berjudul 1511H Kombat. Tak lama kemudian, saya menemui penggunaan istilah serupa dalam penulisan ilmiah di pelbagai sumber bacaan.

Pasca kekalahan memalukan dalam perang salib, musuh telah beralih arah kepada perang saraf. Hasilnya kita disogok dengan pelbagai fahaman sesat. Lihat sajalah betapa ramai remaja hari ni hanyut dalam keseronokan, hasil budaya HEDONISME?? Bagi yang berfikir pula(lebih pintar), mereka pula dimomokkan dengan falsafah sesat lagi menyesatkan misalnya PLURALISME.

Fahaman sesat ni yang dirujuk sebagai berhala moden! Mengapa pula?
Ideologi ni dianuti dan dipertahankan oleh pengikut setianya. Ia diberi ketaatan tidak berbelah bagi.Pelbagai debat ilmiah telah diadakan untuk menjelaskan kebenaran, namun para pendokong fahaman ni memang tak jemu mencari hujah bagi menegakkan benang yang basah. Debat2 ni boleh dicari dengan mudahnya secara dalam talian(online).

Ada yang memperjuangkan aplikasi fahaman dokongan mereka bukan sahaja di peringkat nasional, malah di peringkat dunia. Lebih dahsyat dari itu, siap dengan pemaksaan penerimaan ideologi mereka lagi, sepertimana yang Amerika lakukan. Tak cukup dengan itu, mereka sanggup berperang semata-mata mempertahankannya. Contoh mudah, perang demokrasi vs sosialis.

Perbuatan para penyokong ni menunjukkan pengabdian diri untuk ideologi itu, sedangkan hanya kepada Allah saja pengabdian total. "Hidup matiku hanya untuk ideologi sekian-sekian.."maka Tuhan2 palsu ni kemudiannya dirujuk sebagai berhala, macam Lata dan Uzza di zaman Nabi S.A.W. Itulah rasionaliti di sebalik penggunaan istilah ni.

Akhirul kalam, semoga pembaca kalian memperoleh manfaat. Faham kemudian memanifestasikannya dalam kehidupan. Lagi molek andai kefahaman itu dapat disebarkan kepada yang lain.

Semoga posting sedemikian mampu menjaga kemurnian akidah kita yang sedang cuba dikotori dengan rakusnya oleh tangan2 kafir. Ingatlah bahawa konsep akidah kita hanya satu, sepertimana yang dibawa oleh Nabi S.A.W. Islam yang dibawa oleh Nabi sahaja yang diiktiraf Allah sebagai suatu agama yang diredhai di sisi-Nya, dengan jaminan para penganutnya akan menghuni syurga yang kekal abadi, bukannya Islam liberal dll !!

Semoga Tuhan memelihara akidah dan agama kita. Ameen...

[p/s: Sedikit imbas kembali...
Minat mengkaji bidang ideologi mula timbul semenjak tingkatan 4. Alhamdulillah, saya telah bertemu dengan beberapa sahabat yang turut berkongsi minat sama, lantas menyuburkan lagi minat tersebut. Posting ni ditulis dengan ilmu dan hasil kajian saya yang tak seberapa. Harap para pembaca dapat menegur sebarang kekurangan.

Lagi satu, saya cuba meringkaskan penulisan saya sbb perincian ideologi tersebut memang memeningkan kepala. Bukanlah saya memandangkan rendah pada tahap pemikiran para pembaca, lantas merisaukan keboleh-cernaan kalian dalam sesuatu posting. Cuma saya secara peribadinya membenci perkara yang kompleks. Biarlah mudah tapi faham, tanpa menjejaskan isi penyampaian..]

61 tahun Nakbah

|

[Saya harap belum terlalu lewat untuk posting ni. Cetusan idea banyak, namun jari belum tergerak untuk menaip. Masa bukan kekangannya, cuma baru2 ni saya ada masalah dalam pemilihan isu posting]

15 Mei lalu, telah genap 61 tahun peristiwa Nakbah di Palestin. Apakah peristiwa ni?

'Nakbah' bermaksud malapetaka. 15 Mei 1948 menyaksikan sekitar 800 ratus ribu penduduk Palestin kehilangan tempat tinggal. Puncanya tak lain tak bukan = IsraEL!!

Demi menyelamatkan iman, jiwa, dan harta yang masih tersisa, penghijrahan itu terpaksa dilakukan. Apa tidaknya, mereka diburu dan dibunuh sehinggakan yang terselamat terpaksa berlindung di negara jiran misalnya Lubnan, Syria, Jordan, Mesir dll...Nakbah telah mencipta kem pelarian Palestin di negara jirannya.

530 buah perkampungan telah musnah. Rumah dirobohkan. Harta dijarah. Tanah kebun dirampas. Hingga saat ini rakyat Palestin yang berada di luar tanah airnya dengan taraf pelarian berjumlah sekitar 4.830 juta orang(50.55 %).

Sudah jatuh ditimpa tangga, Nakbah merupakan satu lagi kronologi nasib malang penduduk Palestin yang sememangnya mengundang perasaan meluat amat kepada negara HARAM iSraEL.

Sebenarnya 35 hari sebelum berdirinya 'negara' IsraEl, tercetusnya pembantaian yang amat dahsyat di Deir Yassin, iaitu pembunuhan kejam militan Yahudi kumpulan Hajnah, Argun dan Stern Gang yang diketuai Manachem Begin ke atas 100 orang muslim tanpa mengira umur dan jantina.
Malah sebahagian mereka ada yang dicincang dan diperkosa sebelum dibunuh. Yang masih hidup pula diangkut dengan trak & diarak di hadapan penduduk Jerusalem untuk dilontar dengan batu.

Orang Yahudi apalagi, datanglah berbondong2 ke Deir Yassin untuk merebut tanah dan rumah yang ditinggalkan pemiliknya kerana telah dibunuh atau lari menyelamatkan diri.

Banyak lagi peristiwa dahsyat mengenai Palestin, sehinggakan ia selayaknya menjadi perhatian kita selaku umat Islam. 'Perhatian' di sini bukanlah bermaksud pemerhatian dalam erti kata lain OIC, namun ia bermaksud apakah usaha kita untuk membela nasib saudara kita di sana.
Gambar ekstra di sini dan sini. Kalau nak lagi, taip sahaja Nakbah@Nakba di search engine.

[p/s: Terdapat perbezaan fakta nombor. Saya mendapati terlalu banyak variasi sehingga mengelirukan. Lagi satu, ketua massacre Deir Yassin - Manachem Begin telah dilantik menjadi PM Israel 19 tahun setelah peristiwa tersebut. Memang pemimpin IsraEL adalah orang2 gila di kalangan mereka, contohnya Ariel Sharon yang mengetuai penyembelihan Shabra Shatila.]

Pegangan kerajaan Arab

|

Rugi rasanya kalau saya tidak berkongsi artikel ni. Ia merupakan wawancara akhbar Mesir al-Wafd ke atas Dr.Yusuf al-Qaradhawi, yang saya ulas dari majalah I.

Sepertimana yang kita semua tahu dan alami, umat Islam hari ni berada dalam kehinaan. Hanya satu sahaja yang menunjukkan umat ni masih hidup dan mempunyai hubungan dengan kehidupan, iaitu penentangan(muqawwamah) misalnya di Palestin dan Lubnan.

Selain dari itu - hanya menyerah sahaja terhadap apa yang berlaku. Perbuatan ini umpama telah menjadi darah daging terutama di kalangan pemimpin Arab. Tiadakah sesuatu yang mampu diikhtiarkan oleh pemimpin Arab yang menjadi jiran Palestin ataupun Lubnan?

Artikel ni telah sedikit-sebanyak menjawab persoalan saya terhadap kemandulan pemimpin Arab dalam menghadapi krisis di Asia Barat. Tindakan mereka mengecewakan. Mengapa agaknya?
Al-Qaradhawi telah menyenaraikan beberapa pegangan kerajaan Arab terhadap sesetengah perkara, seolah-olah perkara tersebut adalah tetap kekal. Mungkin juga mereka ingin menanam 'mind set' sedemikian di kepala orang ramai. Tak perlu saya ingatkan bahawa 'mind set' akan mempengaruhi tindakan seseorang.

#1
Israel mempunyai kekuatan yang tidak mungkin diatasi ataupun ditentang sama sekali. Lantaran itu, pertembungan dengannya haruslah dielakkan. Mereka menganggap muqawwamah yang dilakukan oleh HAMAS, Shuhada' al-Aqsa dan Solahuddin di Palestin serta Hizbullah di Lubnan sebagai sia-sia. Penentangan itu hanya menjerumuskan mereka ke kancah penentangan terbuka dengan IsraEL.

IsRaEL dianggap suatu kuasa yang tidak dapat ditumbangkan, sebagaimana dikatakan terhadap tentera Tartar dahulu:"Jika dikatakan kepada anda tentera Tartar telah kalah, janganlah percaya." Dengan sebab kelemahan umat ini, Tartar berjaya menawan Baghdad, memusnahkan tamadun Islam di sana dan membunuh 1 juta orang Islam.

Sehinggalah Allah mengurniakan kepada umat ni seorang pahlawan bernama beriman iaitu Saifuddin Qutz yang berjaya menumpaskan Tartar dan mendustakan 'mind set' tadi.

#2
Segala keinginan Amerika pasti akan berlaku, seolah-olah Amerika adalah tuhan alam yang tidak boleh dipersoalkan tindakannya.(??)
Kerajaan Arab tidak mampu bernafas dan berkata-kata menghadapi isu ini. Hinggakan salah seorang pemimpin pernah berkata:"Kami tidak mampu menghadapi IsraEL". Apa lagi yang mampu menghalang IsrAeL, bilamana pemimpin Arab sendiri telah memberi lampu hijau untuk mereka melakukan apa sahaja??

Kesimpulan
Kelemahan iman dan penyakit cinta dunia telah menyerang pemimpin Arab, itulah kesimpulan yang saya pilih berdasarkan pembacaan artikel2 terdahulu berkaitan isu sebegini. Kalau pemimpin tak boleh pakai, maka rakyat harus bertindak.

Malangnya, menurut al-Qaradhawi, api kemarahan dan semangat jihad membara tersebut menemui kebuntuan apabila tiada jalan ditemui untuk merealisasikan cita-cita tersebut. Jika benar negara kita mempunyai kebebasan, nescaya jutaan akan rela membantu semua penentangan di negara Arab dan Islam.

Yang sudah tu SUDAH!!

|

"Usah dikenang pada yang lalu"

Ungkapan tu sering saya ulang kepada diri saya sendiri.
Kini, mengenang kembali detik2 kegagalan silam adalah benda yang saya paling benci.

"Yang sudah tu SUDAH.Biarkanlah ia berlalu"

Saya masih tidak memahami mengapa saya begitu sensitif bila mengimbau kisah akademik silam saya, padahal peristiwa itu telah berlalu lebih setahun yang lalu. Adakah saya masih tidak dapat menerima hakikat?? Bagi saya, bukan. Saya mula menerima takdir yang menimpa saya ni. Saya tak nak meratap lagi.

Mungkin kesan peristiwa itu yang sentiasa merenggut perasaan saya. Pelbagai insiden yang terjadi seiring dengan peristiwa gelap itu telah meninggalkan parut yang dalam di hati ni. Parut di hati ni yang susah nak pulih. Ia kerap kali berdenyut kesakitan umpama baru sahaja dihiris-hiris.

Saya terdorong untuk menulis posting ni gara2 peristiwa yang baru sahaja berlaku. Seorang sahabat tiba2 bertanyakan result matrikulasi. Entah macam mana saya menjadi 'emo' dalam merasionalkan tindakan saya untuk tidak memberi result matrik. Apa lagi, mulalah saya bercerita dengan penuh emosi, dengan dada yang sebak. Entah apa perasaan sahabat tu yang mendengar luahan hati ni. Peristiwa sedemikian telah berlaku beberapa kali sebelum ni.
Agak2nya bila parut tu akan sembuh?

"Biar rebah, jangan berubah"

Walauapapun yang terjadi, saya bersyukur dengan nikmat iman yang dikurniakan. Biarpun hati sukar menerima hakikat, imanlah yang memaksa diri hina ini menerima segala takdir ilahi. Biarlah segala kesedihan itu saya telan, kerana sememangnya tiada kezaliman pada ketetapan-Nya. Semua ini mesti ada hikmahnya, demikianlah bisik hati saya..Rebah dengan teruk mana pun (sampai tergolek2) biarlah kita tidak berubah, itulah sms seorang sahabat yang terpahat di sanubari. "Berubah" dalam erti kata dia, adalah berpaling dari jalan dakwah.
"Kehebatan seseorang bukanlah terletak pada berapa banyak kejayaan yang dikecapinya, namun ia terletak pada berapa kali dia bangkit setelah jatuh"

Yang sudah tu sudah. Ratapan tidak akan membawa perubahan pada diri. Keluarlah dari belenggu kegelapan silam kerana masa depan penuh dengan sinar harapan. Manusia tidak akan selamanya gagal.

Memang hidup ini umpama roda. Kini saya berada di bawah, anda pula bagaimana?

Pengarah COMOLOT:Wajarkah kita ikut kempen boikot?

|

"Globalisasi telah mencetuskan liberalisasi informasi."

Terserempak dgn pelbagai info - itulah yg sering terjadi bila saya melayari internet. Begitu juga petang tadi. Saya sedang 'bersiar-siar' di internet bila saya terjumpa blog yg dimiliki oleh pengarah COMOLOT: Amy Ikram Ismail. Memang inilah yang dikatakan sebagai liberalisasi informasi, iaitu semua orang berhak untuk mengakses maklumat yang mereka inginkan; semua orang berhak untuk tahu...

Niat saya bukanlah nak mengulas tentang filem pendek penuh kontroversi tu, kerana saya yakin para pembaca semua mampu menilai dengan akal waras sendiri.

Tindakan penulis mempersoalkan kewajaran kita menyertai kempen memboikot, biarpun dia menyatakan dia sebenarnya tidak berniat untuk berbuat demikian, telah menimbulkan perasaan kurang puas hati saya. Lebih menyedihkan bila dia berkata:

"Justeru, jangan kelirukan pembaca dengan statement atau kenyataan berkaitan kempen tersebut, kerana kajian terperinci perlu dilakukan oleh semua pihak atas jenama tersebut. Apakah pengaliran wang kita akan di beri kepada Israel seandainya kita tetap membeli produk tersebut?"

Adakah ini simptom kejahilan yang parah?
Setahu saya, maklumat mengenai kempen ini dan kajian terperinci mengenai syarikat yg menyumbang dan menyokong Zionis telah bertebaran di jaringan internet gara2 globalisasi!!
Ini cuma soal NAK ATAU TAK NAK TAHU sahaja!!

Saya akui saya bukanlah pakar ekonomi. Cuma apa yang saya tahu, orang yang membeli hak francais sesebuah produk akan membayar sejumlah wang kepada pemiliknya. Memang syarikat di Malaysia tak pernah membayar secara terus kepada Israel & penyokong agenda ZionIS yang menjadi pemilik syarikat2 berkenaan.

Namun, wang yang dibayar tu sebenarnya secara tidak langsung telah disalurkan ke IsraeL untuk membunuh saudara kita di Palestin & meng'kaya'kan negara HARAM tu.
Atau dalam bahasa mudah, pembayaran wang tu telah menjadikan para pemiliknya kaya-raya, dengan kekayaan tu maka pelbagai operasi haram IsraeL dapat dibiayai dengan jayanya!!

Tidak semua syarikat mengisytiharkan penglibatan mereka membantu Israel tetapi jika Israel sendiri mengaku sumbangan mereka, seperti memberikan anugerah atau pengiktirafan misalnya kepada McDonalds, Coca-cola dan Starbucks, perlukah kita mencari alasan untuk terus bermuamalah dengan mereka?(klik sini utk pembacaan lanjut)

[p/s: Utk posting asal pengarah COMOLOT di blognya, klik sini. Jangan lupa baca komen utk artikel tersebut]

Surat untukmu TEMAN

|

Assalamu'alaikum warahmatullah.

"Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"

Tanpa disedari, telah 2 semester kita lalui bersama. Sepanjang tempoh itu, biarlah yg manis itu menjadi kenangan, yg buruk itu dijadikan sempadan. Semoga persahabatan kita ini berkekalan. Rasa kasih dan bimbanglah sebenarnya yg 'menulis' warkah ini, jari saya dan blog ni hanyalah medium perantara. Semoga kalian sudi mendengar kata hati hamba yg daif lagi lemah ni.

Teman,
Maafkan saya andai tak dapat menegur kesalahan kalian secara bersemuka. Bukan saya takut, tapi kerana saya menyedari kelemahan saya dlm menyusun kata2 on the spot. Itulah punca saya menulis: Biarlah pena mewakili bicara, moga2 kalian faham akan keadaan ni.

Saya akui saya bukanlah orang yg suci dari dosa. Saya bukanlah orang yg sempurna utk menegur kalian. Malah, kita semua sentiasa melakukan dosa. Hanya nabi dan rasul shj yg maksum, siapa yg tak tau? Menyedari keadaan sedemikian, usaha saling-mengingatkan spt dlm surah al-Asr ayat 3 & 4 tetap kena diteruskan. Kalaulah semua orang menantikan tahap kesempurnaan sblm melaksanakan tugas ni, nescaya kita semua bakal terjerumus ke dalam lembah kebinasaan.

Mesti kalian tertanya-tanya:"Kalau semua buat dosa, apalah beza antara kau dan aku?"
Jawapannya BANYAK.
Ada yg terus bertaubat..
Ada yg sentiasa memperbaiki diri..
Dgn sebab itulah, ada insan yg semalamnya kaki maksiat, namun hari ni dia org yg alim lg warak.

"Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam"

Semoga Tuhan memberikan kita kekuatan utk terus memperbaiki diri dan dijauhkan dari golongan yg tidak sedar2 akan dosanya.

Teman,
Diharapkan kalian membaca warkah ini dgn hati nurani, kerana penulisan saya ni bukanlah gosip liar ataupun merapu semata2. Izinkan saya utk membuat satu perumpaan mudah.

Anda berhajat utk melancong, namun seorang teman telah mengkhabarkan bhw tmpat itu mempunyai kadar kes jenayah yg tinggi.
Setelah mendengar berita itu, sanggupkah anda melancong di sana pd waktu malam secara bersendirian?
Sudah tentunya TIDAK!!
Kalau ada yg sanggup pun, sudah pasti dia takut2 dan sentiasa berwaspada!
Persolannya, mengapa saudara percaya?
Teman saudara sekadar memberitakan perkara itu!
Kalau tak percaya pun, cukuplah dgn sekadar khabar berita utk membuatkan saudara berjaga2, betul tak??

Persoalan yg lebih besar lagi, apa tindakan saudara andai al-Quran dan al-Amin Muhammad s.a.w yg mengkhabarkan berita ghaib sedemikian??
Adakah kita akan bertindak serupa?
Atau sekadar mendengar tanpa tindakan susulan?
Semoga saudara merenung perkara ini sedalam2nya.


#Solat
Teman,
Seorang petani akan mendapat hasil berdasarkan apa yg ditanam & usahanya.Begitulah jua keadaannya dgn amalan kita.
Amal baik, maka balasan baik.
Amal buruk pula?

Solat adalah perkara terpenting dalam agama. Janganlah saudara memandang ia sekadar suatu adat, iaitu perbuatan yg dilakukan oleh orang sekeliling yg mesti kita teruskan.
Janganlah pula kita solat gara2 ada teman yg menyuruh ataupun org yg memaksa, kerana kalau mereka tiada, ke mana solat kita??

Sebaliknya, solatlah kerana ia tanggungjawab kita. Kita semua dah baligh, dosa pahala kena pikul sendiri. Ketahuilah bahawa andai seluruh penduduk dunia beriman pun, nescaya ia tidak menambah sedikit pun kekuasaan Allah. Andai seluruh penduduk dunia kufur pun, ia tidak mengurangkan sedikit pun kekuasaan Allah.

Sedarilah teman, bahawa Tuhan tidak memerlukan kita. Dlm hadis Qudsi, Allah telah berfirman bahawa semua amalan anak Adam sebenarnya utk dirinya sendiri.
Sedarilah juga bahawa azab yg mengerikan sdg menantikan mereka yg tidak menunaikan solat.Cukuplah dua kisah ini sebagai pengajaran kita bersama:

#1
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W:

“Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

#2
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
“Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”
Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya:

  1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
  2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
  3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya”.
Sekian sahaja di sini. Rasanya warkah ni dah panjang berjela-jela, risau lelah mata kalian membaca. Sebenarnya, ada byk perkara lagi yang saya nak sentuh. Moleklah andai perkara tersebut dilanjutkan dalam perutusan warkah yg akan datang.

SELAMAT BERAMAL!!

Penderaan penyebab kematian ramai tentera

|

Seimbas pandang, posting saya kali ni nampak macam nak menunjukkan ramai tentera menemui ajal gara2 didera. Sebenarnya TIDAK. Posting ni agak berkaitan dgn posting saya sebelum ni - Sisi gelap CIA & Gitmo.

Penulis buku How to Break a Terrorist, Mejar Matthew Alexander merupakan penyiasat veteran Amerika yang pernah berkhidmat di Iraq. Beliau telah mengatakan bahawa penderaan zalim Amerika di Afghanistan, Iraq dan kem tahanan Teluk Guantanamo adalah punca kepada kematian rakyat negara itu(tentera) lebih banyak berbanding mangsa serangan 9/11.

Bercakap kepada akhbar The Independent kelmarin, beliau membuat kenyataan:

“Tindakan kita secara tidak langsung membantu al-Qaeda di Iraq kerana ia menunjukkan kita sebagai hipokrit apabila bercakap mengenai hak asasi manusia,”

Pada mulanya saya pun tertanya-tanya apakah kaitan antara penderaan kejam Amerika, al-Qaeda dan kematian ramai tentera.
Rupa2nya, skandal penjara tersebut mereka telah mendorong ramai pejuang menawarkan diri kpd al-Qaeda menjadi pengebom bunuh diri. Inilah yg menyumbang kepada kematian tentera Amerika yg ramai.

Alexander telah menyiasat lebih 1000 orang, dan mendapati bahawa kebanyakan mereka menyertai al-Qaeda bukanlah kerana menganut ideologi agama yg ekstrim.

“Alasan utama mereka menyertai al-Qaeda di Iraq ialah kerana penderaan di Teluk Guantanamo dan penjara Abu Ghraib, bukan ideologi Islam seperti yang dimaklumkan kepada saya,” katanya.

Nampaknya, Bush yg meluluskan teknik soal-siasat[baca: PENDERAAN] tersebut sepatutnya dipersalahkan atas kematian rakyatnya yg ramai. Sekarang, siapa pembunuh yg sebenarnya??
Al-Qaeda(konon2nya) atau Bush SemaK??

[p/s:Sebenarnya saya tak percaya bhw al-Qaeda adalah perancang 9/11. Kenapa YahUdI, dalang di sebalik semua insiden ni tak diserang BusH ye???Hmm...Baik minum Mil0 sambil memikirkan jawapannya!!]

©2009 .:[Biarlah pena mewakili bicara]:. | Template Blue by TNB