Amerika cabul konvensyen Geneva

|


Tamparan buat Amerika, tempias kebaculan pemerintahan Bush terkena pada legasinya, Obama. Akhirnya tenteranya sendiri mengaku bahawa mereka pernah mencabuli konvensyen Geneva. Ibarat dijangka, Kolonel Janis Karpinski yang mengetuai pentadbiran di penjara Abu Ghraib mengaku bahawa Amerika mengingkari Konvensyen Geneva di pusat tahanan itu, termasuk menyembunyikan tahanan daripada pertubuhan Palang Merah.

Dalih Amerika sebelum ini cukup menyakitkan hati. Mereka mendakwa bahawa tahanan bukan anggota tentera dari negara lain adalah 'musuh dalam peperangan' dan bukan 'tahanan perang'. Justeru tahanan tersebut tidak layak untuk menerima perlindungan dari konvensyen Geneva, kerana konvensyen itu hanya diperuntukkan untuk tahanan perang.

Apa sebenarnya konvensyen Geneva?
Secara mudahnya, ia merupakan garis panduan terhadap tahanan perang. Di sini disertakan beberapa protokol:
  • Tentera yang cedera, sakit & tidak bersenjata tidak boleh diserang. Kalau ditawan, mereka hendaklah dilayan sepertimana tentera musuh melayan anggota tentera sendiri.
  • Pasukan perubatan tidak boleh dianggap sebagai kombatan. Justeru, mereka tidak boleh diserang.
  • Tawanan perang tidak boleh didera dan diancam(seperti tidak diberi makan,mengurung) untuk mendapatkan maklumat
  • Tawanan perang mesti dilayan dengan baik. Mereka tidak boleh didera ataupun dijadikan bahan eksperimen sains.
Untuk maklumat lanjut, klik sini.
Sekali imbas, saya terus teringat pada pencabulan IsraeL terhadap konvensyen Geneva sepertimana yang dilaporkan media sebelum ini. Daripada semua poin yang disenaraikan, semuanya telah dilanggar. Israel memang pencabul undang-undang antarabangsa!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

©2009 .:[Biarlah pena mewakili bicara]:. | Template Blue by TNB