"Tuan-tuan sekalian, Islam datang untuk menghancurkan segala jenis penyembahan, segala jenis fahaman yang mengabdikan manusia. Kerana menjadi hamba itu hanyalah untuk Allah. Bahawa Allah tidak boleh disekutukan. Agama Allah jelas dan nyata. Itulah yang kami tawarkan. Kami datang untuk membebaskan tuan-tuan daripada diperhambakan atas nama demokrasi dan kapitalisme kepada suatu pembebasan transendental yang tinggi..."
"Berhala Moden", sebenarnya suatu istilah untuk mewakili ideologi ciptaan manusia, yang dapat dikenali dengan penggunaan-isme pada penghujung istilah.
Adakah saya yang mencipta istilah ni?Sudah tentunya tidak.
Sebenarnya saya mula mengenali istilah ni dalam novel Faisal Tehrani berjudul 1511H Kombat. Tak lama kemudian, saya menemui penggunaan istilah serupa dalam penulisan ilmiah di pelbagai sumber bacaan.
Pasca kekalahan memalukan dalam perang salib, musuh telah beralih arah kepada perang saraf. Hasilnya kita disogok dengan pelbagai fahaman sesat. Lihat sajalah betapa ramai remaja hari ni hanyut dalam keseronokan, hasil budaya HEDONISME?? Bagi yang berfikir pula(lebih pintar), mereka pula dimomokkan dengan falsafah sesat lagi menyesatkan misalnya PLURALISME.
Fahaman sesat ni yang dirujuk sebagai berhala moden! Mengapa pula?
Ideologi ni dianuti dan dipertahankan oleh pengikut setianya. Ia diberi ketaatan tidak berbelah bagi.Pelbagai debat ilmiah telah diadakan untuk menjelaskan kebenaran, namun para pendokong fahaman ni memang tak jemu mencari hujah bagi menegakkan benang yang basah. Debat2 ni boleh dicari dengan mudahnya secara dalam talian(online).
Ada yang memperjuangkan aplikasi fahaman dokongan mereka bukan sahaja di peringkat nasional, malah di peringkat dunia. Lebih dahsyat dari itu, siap dengan pemaksaan penerimaan ideologi mereka lagi, sepertimana yang Amerika lakukan. Tak cukup dengan itu, mereka sanggup berperang semata-mata mempertahankannya. Contoh mudah, perang demokrasi vs sosialis.
Perbuatan para penyokong ni menunjukkan pengabdian diri untuk ideologi itu, sedangkan hanya kepada Allah saja pengabdian total. "Hidup matiku hanya untuk ideologi sekian-sekian.."maka Tuhan2 palsu ni kemudiannya dirujuk sebagai berhala, macam Lata dan Uzza di zaman Nabi S.A.W. Itulah rasionaliti di sebalik penggunaan istilah ni.
Akhirul kalam, semoga pembaca kalian memperoleh manfaat. Faham kemudian memanifestasikannya dalam kehidupan. Lagi molek andai kefahaman itu dapat disebarkan kepada yang lain.
Semoga posting sedemikian mampu menjaga kemurnian akidah kita yang sedang cuba dikotori dengan rakusnya oleh tangan2 kafir. Ingatlah bahawa konsep akidah kita hanya satu, sepertimana yang dibawa oleh Nabi S.A.W. Islam yang dibawa oleh Nabi sahaja yang diiktiraf Allah sebagai suatu agama yang diredhai di sisi-Nya, dengan jaminan para penganutnya akan menghuni syurga yang kekal abadi, bukannya Islam liberal dll !!
Semoga Tuhan memelihara akidah dan agama kita. Ameen...
[p/s: Sedikit imbas kembali...
Minat mengkaji bidang ideologi mula timbul semenjak tingkatan 4. Alhamdulillah, saya telah bertemu dengan beberapa sahabat yang turut berkongsi minat sama, lantas menyuburkan lagi minat tersebut. Posting ni ditulis dengan ilmu dan hasil kajian saya yang tak seberapa. Harap para pembaca dapat menegur sebarang kekurangan.
Lagi satu, saya cuba meringkaskan penulisan saya sbb perincian ideologi tersebut memang memeningkan kepala. Bukanlah saya memandangkan rendah pada tahap pemikiran para pembaca, lantas merisaukan keboleh-cernaan kalian dalam sesuatu posting. Cuma saya secara peribadinya membenci perkara yang kompleks. Biarlah mudah tapi faham, tanpa menjejaskan isi penyampaian..]
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan