Rugi rasanya kalau saya tidak berkongsi artikel ni. Ia merupakan wawancara akhbar Mesir al-Wafd ke atas Dr.Yusuf al-Qaradhawi, yang saya ulas dari majalah I.
Sepertimana yang kita semua tahu dan alami, umat Islam hari ni berada dalam kehinaan. Hanya satu sahaja yang menunjukkan umat ni masih hidup dan mempunyai hubungan dengan kehidupan, iaitu penentangan(muqawwamah) misalnya di Palestin dan Lubnan.
Selain dari itu - hanya menyerah sahaja terhadap apa yang berlaku. Perbuatan ini umpama telah menjadi darah daging terutama di kalangan pemimpin Arab. Tiadakah sesuatu yang mampu diikhtiarkan oleh pemimpin Arab yang menjadi jiran Palestin ataupun Lubnan?
Artikel ni telah sedikit-sebanyak menjawab persoalan saya terhadap kemandulan pemimpin Arab dalam menghadapi krisis di Asia Barat. Tindakan mereka mengecewakan. Mengapa agaknya?
Al-Qaradhawi telah menyenaraikan beberapa pegangan kerajaan Arab terhadap sesetengah perkara, seolah-olah perkara tersebut adalah tetap kekal. Mungkin juga mereka ingin menanam 'mind set' sedemikian di kepala orang ramai. Tak perlu saya ingatkan bahawa 'mind set' akan mempengaruhi tindakan seseorang.
#1
Israel mempunyai kekuatan yang tidak mungkin diatasi ataupun ditentang sama sekali. Lantaran itu, pertembungan dengannya haruslah dielakkan. Mereka menganggap muqawwamah yang dilakukan oleh HAMAS, Shuhada' al-Aqsa dan Solahuddin di Palestin serta Hizbullah di Lubnan sebagai sia-sia. Penentangan itu hanya menjerumuskan mereka ke kancah penentangan terbuka dengan IsraEL.
IsRaEL dianggap suatu kuasa yang tidak dapat ditumbangkan, sebagaimana dikatakan terhadap tentera Tartar dahulu:"Jika dikatakan kepada anda tentera Tartar telah kalah, janganlah percaya." Dengan sebab kelemahan umat ini, Tartar berjaya menawan Baghdad, memusnahkan tamadun Islam di sana dan membunuh 1 juta orang Islam.
Sehinggalah Allah mengurniakan kepada umat ni seorang pahlawan bernama beriman iaitu Saifuddin Qutz yang berjaya menumpaskan Tartar dan mendustakan 'mind set' tadi.
#2
Segala keinginan Amerika pasti akan berlaku, seolah-olah Amerika adalah tuhan alam yang tidak boleh dipersoalkan tindakannya.(??)
Kerajaan Arab tidak mampu bernafas dan berkata-kata menghadapi isu ini. Hinggakan salah seorang pemimpin pernah berkata:"Kami tidak mampu menghadapi IsraEL". Apa lagi yang mampu menghalang IsrAeL, bilamana pemimpin Arab sendiri telah memberi lampu hijau untuk mereka melakukan apa sahaja??
Kesimpulan
Kelemahan iman dan penyakit cinta dunia telah menyerang pemimpin Arab, itulah kesimpulan yang saya pilih berdasarkan pembacaan artikel2 terdahulu berkaitan isu sebegini. Kalau pemimpin tak boleh pakai, maka rakyat harus bertindak.
Malangnya, menurut al-Qaradhawi, api kemarahan dan semangat jihad membara tersebut menemui kebuntuan apabila tiada jalan ditemui untuk merealisasikan cita-cita tersebut. Jika benar negara kita mempunyai kebebasan, nescaya jutaan akan rela membantu semua penentangan di negara Arab dan Islam.
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan