Masa semakin SUNTUK !!

|

"Oh tidak! Masa cuti dah nak habis!"
Kesuntukan masa mula meresahkan saya, mengenangkan pelbagai urusan yang belum selesai lagi.
Tak lama lagi, saya kena pulang ke universiti, menyambut ketibaan 'junior-junior' baru.
Dikatakan 'junior-junior baru' kerana faham2 sajalah, memang akan ada yang lebih berusia bakal saya sambut.
Saya memang tak pandai berlakon sebagai 'abang'.
Agak2nya apa akan jadi nanti?Hmm....

Entah macam mana minggu ni dirasakan begitu cepat berlalu. Padahal minggu lalu terasa sangat lambat. Teori relativiti masa yang saya kenali melalui Harun Yahya dirasakan beitu dekat sekali.
Yalah, beliau mengatakan bahawa masa adalah persepsi. Lebih menarik, kewujudan konsep masa banyak dibantu oleh memori kerana manusia mengukur masa berdasarkan memori.

Apa2pun, waktu ni tv3 sedang menyiarkan Van Helsing. Dari segi hiburan, memang ia amat menarik. Dari segi ilmiah??
Hm..entah berapa kali dah perkataan ni berkitar di telinga saya: Tatkala umat Islam sedang mengecapi kegemilangan tamadun, Eropah masih berada dalam kegelapan. Penindasan pihak gereja, kejahilan melata, tenggelam dalam kepercayaan karut marut; sihir, vampire, werewolf dll..
Ha..itulah yang dipaparkan dalam muvi ni.
Memang seronok sebagai hiburan semata-mata, namun dari satu sisi yang lain ia memaparkan kebodohan orang Eropah. Cuma, nampaknya kini keadaan dah terbalik. Siapa tak setuju?

Langit malam berwarna kemerahan.
Awan mendung berarak kencang dibawa angin.
Hujan turun tak lama kemudian.
Bekalan elektrik yang putus seketika tadi menyebabkan posting saya tergendala.
Ketika saya sedang menekan butang Publish Post, masa terus mengalir deras, meninggalkan saya.
Persoalannya, sempatkah saya menyelesaikan segala urusan sebelum cuti berakhir??

0 ulasan:

Catat Ulasan

©2009 .:[Biarlah pena mewakili bicara]:. | Template Blue by TNB