Coretan di ambang Syawal

|



"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 20 Sept, 2009".

Esok 1 Syawal. Saya hampir tidak mempercayainya. 1 bulan sudah berlalu? Biar betul !!

Terasa sedih untuk meninggalkan Ramadhan, namun dalam masa yang sama saya berasa gembira menyambut ketibaan Syawal. Perasaan saya bercampur baur malam ni.

Sesekali saya terimbau kisah para sahabat mengenai Ramadhan. Mereka girang menyambut ketibaannya, dan mengalirkan air mata meninggalkannya. Sifat sedemikian kurang dimiliki generasi kini. Keadaan sudah terbalik. Syawal lebih dirai berbanding Ramadhan. Itukah juga sebabnya artis2 mainstream di Malaysia lebih ramai yang mendendangkan lagu Raya berbanding puasa? Bukankah puasa yang lebih layak untuk diraikan?

Apa2pun, saya merasakan Ramadhan tahun ni kurang bermakna berbanding tahun lalu. Ketiadaan elemen2 tertentu menyebabkannya puasa kali ni agak hambar. Tiada majlis ilmu sempena Ramadhan yang dapat diikuti, majlis tadarus Quran yang tidak berjalan lancar serta tidak mendapat sambutan, kesibukan melampau dengan pelbagai aktiviti sehingga menyebabkan saya terkejar2, dan macam2 lagi sebab....

Saya masih merindukan iftar meriah di kolej kediaman Bunga Raya pada tahun lalu.
Saya masih terkenang2 kuliah Ramadhan ustaz Sayuti di Kolej Matrikulasi Labuan 2 tahun lalu.
Saya masih lagi mendambakan tadarus Quran yang penuh dengan input sepertimana di MRSM Kota Kinabalu 3 tahun lalu.

Namun, di sebalik keadaan serba kekurangan ni, ataupun segala macam kebaikan yang kalian kecapi pada Ramadhan kali ni, tarbiah Ramadhan telahpun berlalu.
Madrasah Ramadhan tutup sementara hinggalah tahun depan.
Sekarang ni sesi praktikal.
Adakah anda mampu carry on & istiqamah dengan ibadah anda sehinggalah 11 bulan berikutnya?

Salam lebaran buat semua pembaca blog ni. Maaf zahir & batin saya pinta, tulus dari nurani insan daif ni. Manfaatkanlah masa kegembiraan ni dengan mengeratkan silaturrahim di samping memohon kemaafan sesama kita.

0 ulasan:

Catat Ulasan

©2009 .:[Biarlah pena mewakili bicara]:. | Template Blue by TNB