Hati yang gersang umpama gurun,
Menanti tibanya majlis ilmu;
Berkatnya bak hujan yang turun,
Menyegar lantas menghidup kalbu.
A merenung jurang itu. Dalam bagai tidak berdasar. Sesekali terdengar bisikan halus, mengelus gegendang telinga kanan: “Jomlah join kami… kita muda sekali jer. Bile lagi nak enjoy !” Belum sempat A membalas, muncul lagi bisikan. Kali ni dari kiri: “Gua tau lu suka enjoy. Prefer to be relax. So kenapa nak melawan naluri? Come on la beb.” “Tengok macam kami ni. Relax & enjoy! Kasihan diri kau. Sibuk terkejar ke sana ke mari, sampai tak ada masa relax.” ujar suara halus tu lagi.
“Akukah kambing itu?” fikir A bersendirian. Jauh daripada sahabat yang boleh membimbing, dia terasa dirinya semakin hanyut. Leka dibuai arus dunia. Tenggelam dalam gelombang hedonisme sepertimana kawan-kawannya yang lain.
Hari-hari yang mendatang diisi dengan kegembiraan. Gurau senda dan hilai tawa. Semuanya palsu. Tuhan sahaja yg tahu jiwa A kosong. Dia tidak bahagia dengan hidup begini. Kedamaian suasana kampung di Megah Raya ternyata bukan ubat derita jiwa yang dihadapinya.
“Mutassaqit?Argh…tidak sesekali!”bentak A sendirian sebagai jawapan bisikan halus yang tidak henti mendatangi dirinya.
* mutassaqit : Orang yang keciciran dari jalan dakwah. Dalam kata yang mudah, orang yang mengikuti kerja-kerja dakwah namun kemudian meninggalkannya@ tercicir atas sebab-sebab tertentu.
~[Watak A hanyalah rekaan semata-mata. Fiksyen]~
0 ulasan:
Catat Ulasan