Kedamaian yang memudaratkan?

|

[Pasti ramai yang tertanya-tanya, tidak kurang juga dengan yang tidak bersetuju dengan tajuk posting kali ni. Mengapa sedemikian? Haha…kalau nak tahu, bacalah entri ni sampai habis. =p]

Bermuhasabah merupakan hobi saya terutamanya menjelang hujung semester. Segala macam aktiviti akan diimbau, untuk membuat justifikasi : Adakah semester ni lebih baik dari sebelumnya?

Hmm…semenjak tinggal di Murai Jaya ni, banyak pengalaman baru yang ditimba. Tidak kurang juga dengan insiden menarik yang berlaku sepanjang semester ni. Namun, posting kali ni bukanlah bertujuan untuk sharing dengan para pembaca kalian mengenai pengalaman tersebut. Saya ingin menyentuh mengenai kedamaian yang ‘tampaknya’ berbahaya kepada sesetengah mahasiswa di sini.

“ Di Murai Jaya ni terlalu damai sampai student malas nak keluar rumah,” demikianlah seloroh seorang junior, membuatkan saya tersenyum. Tersenyum dalam setuju tentunya. Ketika perbualan ini berlangsung, seorang teman yang merupakan anggota JAKSIS ( Jawatankuasa Kolej Kediaman Siswa Siswi) baru sahaja meluahkan ketidakpuasan hatinya mengenai kehadiran mahasiswa dalam program anjuran pihak universiti. Apa tidaknya, sering kali sesuatu program peringkat kolej kediaman dianjurkan, hanya muka yang sama sahaja muncul. Kalau jumlahnya ramai tidak mengapa, tetapi jumlahnya bisa dihitung dengan jari.

Mengapa saya setuju? Sebab saya sendiri pun merasa sedemikian. Suasana damai ala kampung di Murai Jaya membuatkan kaki susah melangkah keluar. Tambahan lagi dengan rumah yang begitu selesa. Mahasiswa prefer untuk stay dalam rumah berbanding keluar mengikuti program. Itulah antara sebab yang mampu saya senaraikan, yang menyumbang kepada kurangnya penyertaan mahasiswa dalam program.

Malangnya, menurut pemerhatian saya ada yang terlalu selesa dengan keadaan ini sehingga mendorong kepada pengabaian akademik. Ia tidak berlaku secara langsung, namun ia adalah penyakit sifat yang dibiar melarat. Bagaimana?

Lazimnya, kerja adalah kurang pada permulaan semester. Student memang agak relaks pada awalnya, ditambah lagi dengan ‘pemangkin’ Murai Jaya. Lama-kelamaan, beban kerja akan meningkat dan seterusnya memuncak di ambang peperiksaan akhir tahun. Yang malangnya sifat relaks student tersebut adalah malar, tidak berubah mengikut suasana. Lantas, akademik menjadi korban akibat penyakit sifat yang dibiar melarat tanpa ubat.

Saya agak bersimpati dengan student sedemikian, terutamanya melihatkan mereka terkapai-kapai dalam akademik. Kerja ditangguh, revision ditinggalkan, kuliah selalu skip, dan kebiasaannya mereka akan menderita pada kemuncak semester. Beban kerja pada klimaksnya membuatkan mereka terkejar-kejar membuat assignment, dalam masa yang sama sakit kepala memikirkan pasal revision untuk final exam. Akhirnya, bila result keluar, muka mencebik masam kerana pointer yang merudum. Aduhai…

Nasihat saya simple jer, hidup ni bukan untuk berhibur semata-mata. Bila ada keperluan, korbankanlah relaks tu. Bilamana tugasan habis, enjoylah seadanya. Marilah kita merenung firman Allah dalam kitab suci Al-Quran yang bermaksud:

“...Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.” (Q.s. Ali Imran: 185).

Memang keinginan untuk berhibur dan bersenang lenang adalah sebahagian daripada naluri manusia, tetapi jika dibiar berlebihan akan membawa mudarat. Sejarah telah mengajar kita, bahawa bangsa yang lena dibuai hiburan akhirnya menjadi lemah dan terjajah.

Jadi, adakah kedamaian itu yang memudaratkan?
TIDAK SAMA SEKALI !

Ia berpunca daripada diri sendiri, terlalu relaks lantaran damainya suasana. Sewajarnya kedamaian yang ada di Murai Jaya digunakan untuk pelbagai tujuan baik seperti study, menenangkan fikiran dsb. Fikir-fikirkanlah… =)

[posting ni mengingatkan saya pada kata-kata seorag ustaz: "Di Malaysia ni tak macam di Palestin, kita diuji Allah dengan kedamaian. Di Palestin, mereka dihimpit kesukaran dari segenap aspek hidup. Mengapa begitu? Supaya umat Islam Malaysia dapat membantu umat Islam lain yang dalam kesusahan, bukan sahaja di Palestin, malah di serata dunia. Damai yang kita kecapi ni bukan untuk relaks." INGAT !]

0 ulasan:

Catat Ulasan

©2009 .:[Biarlah pena mewakili bicara]:. | Template Blue by TNB