GAMBAR CCTV menunjukkan Mabhuh (tengah), menuju ke bilik hotel di Dubai bernombor 230 tempat beliau ditemui mati dibunuh pada 20 Januari lalu. Di belakang beliau adalah suspek ejen Mossad.
DUBAI: Ketua polis Dubai, Leftenan Jeneral Dahi Khalfan, berkata beliau yakin 99 peratus perkhidmatan perisikan Israel, Mossad, bertanggungjawab ke atas pembunuhan panglima Hamas, Mahmud al-Mabhuh, lapor akhbar The National, kelmarin.
"Siasatan kami menunjukkan Mossad terbabit dalam pembunuhan Mabhuh. Ia adalah 99 peratus, jika tidak 100 peratus bahawa Mossad melakukan pembunuhan itu," akhbar berbahasa Inggeris Abu Dhabi itu memetik Khalfan sebagai berkata.
Mabhuh, salah seorang pengasas sayap ketenteraan Hamas dijumpai mati di bilik sebuah hotel di Dubai pada 20 Januari lalu.
Ketua polis Dubai minggu ini mengeluarkan gambar dan nama 11 pemegang pasport Eropah: enam dari Britain, tiga dari Ireland, seorang dari Jerman dan seorang dari Perancis sebagai suspek kumpulan pembunuh itu.
Sementara itu di LONDON, Britain mahu Israel memberi penjelasan berhubung pasport palsu digunakan oleh pembunuh Mabhuh berikutan dakwaan yang menyatakan Mossad bertanggungjawab bagi pembunuhan di Dubai itu.
Duta Israel ke United Kingdom dipanggil ke Kementerian Luar di London kelmarin, beberapa jam selepas Perdana Menteri, Gordon Brown menjanjikan 'penyiasatan penuh' ke atas skandal pasport itu.
Peter Ricketts, ketua perkhidmatan diplomatik, mengadakan pertemuan dengan duta Israel, Ron Prosor bagi membincang isu penggunaan identiti enam warga Britain yang bermastautin di Israel, kata pihak kerajaan.
Pertemuan itu diadakan berikutan ketegangan semakin meningkat pada peringkat antarabangsa berkaitan persoalan siapa mengarahkan pembunuhan Mabhuh.
Ireland juga diheret ke dalam pertikaian itu, dan melahirkan kebimbangan mengenai penggunaan pasport palsu negaranya. Semua negara kecuali Jerman sudah mengeluarkan kenyataan bagi mengesahkan pasport mereka dipalsukan berhubung kejadian berkenaan.
"Pemalsuan pasport Britain adalah isu serius. Kerajaan akan terus mengambil semua tindakan perlu bagi melindungi warganya daripada penipuan identiti seperti ini," kata seorang jurucakap kerajaan Britain.
[Petikan daripada Berita Harian 17 Februari 2010]
***********************************************************************
Maaf sebab tak sempat ulas. Masa tak mengizinkan. Utk info lebih lanjut, bolehlah melawat ke alqassam.ps (laman web rasmi briged Izzudin al Qassam). Ada banyak gambar, cerita susulan dan ulasan di situ.
Di bawah ni saya publish beberapa gambar dari site tu :
Gambar-gambar ni diambil semasa sesi melawat allahyarham. Terharu juga melihat arwah yang tersenyum, jenazah beliau sama seperti keadaan para syuhada yang biasa kita lihat di web site tertentu. Semoga arwah (antara pengasas sayap ketenteraan Hamas) ditempatkan di sisi orang-orang soleh olehNya. Amin..
Al-fatihah..
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan