Tamparan buat Amerika, tempias kebaculan pemerintahan Bush terkena pada legasinya, Obama. Akhirnya tenteranya sendiri mengaku bahawa mereka pernah mencabuli konvensyen Geneva. Ibarat dijangka, Kolonel Janis Karpinski yang mengetuai pentadbiran di penjara Abu Ghraib mengaku bahawa Amerika mengingkari Konvensyen Geneva di pusat tahanan itu, termasuk menyembunyikan tahanan daripada pertubuhan Palang Merah.
Dalih Amerika sebelum ini cukup menyakitkan hati. Mereka mendakwa bahawa tahanan bukan anggota tentera dari negara lain adalah 'musuh dalam peperangan' dan bukan 'tahanan perang'. Justeru tahanan tersebut tidak layak untuk menerima perlindungan dari konvensyen Geneva, kerana konvensyen itu hanya diperuntukkan untuk tahanan perang.
Apa sebenarnya konvensyen Geneva? Secara mudahnya, ia merupakan garis panduan terhadap tahanan perang. Di sini disertakan beberapa protokol:
Tentera yang cedera, sakit & tidak bersenjata tidak boleh diserang. Kalau ditawan, mereka hendaklah dilayan sepertimana tentera musuh melayan anggota tentera sendiri.
Pasukan perubatan tidak boleh dianggap sebagai kombatan. Justeru, mereka tidak boleh diserang.
Tawanan perang tidak boleh didera dan diancam(seperti tidak diberi makan,mengurung) untuk mendapatkan maklumat
Tawanan perang mesti dilayan dengan baik. Mereka tidak boleh didera ataupun dijadikan bahan eksperimen sains.
Untuk maklumat lanjut, klik sini. Sekali imbas, saya terus teringat pada pencabulan IsraeL terhadap konvensyen Geneva sepertimana yang dilaporkan media sebelum ini. Daripada semua poin yang disenaraikan, semuanya telah dilanggar. Israel memang pencabul undang-undang antarabangsa!!
Saya rasa saya agak terlambat..Ramai yang sudah tahu tentang perkara ni. Posting ni ditujukan buat mereka yang belum tahu lagi - BERHATI-HATILAH DENGAN SOCIAL NETWORK SITE !! Jangan mudah memberi maklumat peribadi, atau lagi tepat lagi jangan terlalu jujur@skema, jika anda ingin memelihara privasi anda.
Bagi sesiapa yang tak sempat menonton video tersebut, site ni merumuskan sedikit sebanyak mengenai bahayanya Facebook, berdasarkan video tersebut. Penulisannya cukup baik hinggakan saya rasa tak perlu sebarang penambahan lagi.
Apa-apapun, mungkin ada yang kata semua ni sekadar teori KONSPIRASI. Sikap paranoia semata-mata. Tak berasas langsung untuk dipercayai. Namun, persoalannya, bukti sudah ada, apa lagi yang nak diragukan? Siapa tak kenal dengan sikap paranoia US dalam 'mengekalkan keamanan'?
Tentu semua masih ingat dasar pemantauan segala panggilan(phone call) rakyat Amerika yang dijalankan oleh Bush. Protes tercetus kerana ia merupakan suatu bentuk pencerobohan terhadap hak privasi individu. Seperti yang dijangkakan:"Ini semua utk mengekalkan keamanan kita", menjadi jawapan bekas presiden itu.
Lagi contoh, tahanan Guantanamo yang dizalimi. Ditangkap lalu dipenjara tanpa peluang dibicarakan, kemudian diseksa tanpa perikemanusiaan. Malangnya, setelah melalui semua penderaan fizikal & mental yang boleh menyebabkan gila, tahanan tersebut didapati tidak bersalah lalu dibebaskan. Bolehkah Amerika memulihkan trauma yang dialami tahanan tersebut, semudah mereka mengungkapkan MAAF kepada mangsa? Ini membuktikan sikap paranoia tahap ekstrim yang menyebabkan penahanan dilakukan gara2 kaitan dengan jaringan 'teroris' yang terlalu sedikit, lantas menjadikan kebanyakan mangsa adalah insan2 pemurah yang banyak terlibat dengan aktiviti kebajikan domestik. Layar perak Hollywood tidak sunyi daripada memaparkan sikap gila Amerika ni, misalnya dalam filem WarGames: The Dead Code.
Paranoia Amerika - bukan sekadar teori konspirasi !! Sekali imbas, kisah penahanan suspek tanpa diberi peluang untuk dibicarakan tak tumpah dengan sistem zalim ISA di Malaysia. Ibarat adik beradik, saya berasa sungguh hairan apabila sistem sebegini boleh wujud di negara ISLAM Malaysia. Pelik bin Ajaib!! Adakah orang yang dikatakan 'mengancam keselamatan negara' ni tidak layak untuk menerima walau sekelumit pun peluang untuk dibicarakan di mahkamah?? Atau sesetengah pihak memang menginginkan suspek itu dipenjarakan??Sila rujuk sini.
Sebenarnya, saya baru sahaja selesai menonton sebuah filem politik independent, Extraordinary Rendition.< Extraordinary Rendition, ER merujuk kepada kaedah CIA menghantar suspek tahanan secara haram ke negara yang dikenal pasti mengamalkan sistem penyeksaan. Dalam keadaan suspek tidak tahu dirinya dihantar ke mana, mereka akan menyeksa suspek higgalah dia memberi maklumat. Semenjak September 2001, lebih 1100 orang telah 'dieksport' secara haram. Pendakwa raya Eropah telah mengeluarkan sebanyak 39 waran tangkap ke atas agen CIA yang melaksanakan ER.
Zaafir Ahmad, seorang muslim sekular yang mengajar subjek Hak Asasi Kemanusiaan diculik di jalanan ketika sedang bersenam. Dia dibawa ke tempat dan negara yang tidak dikenali untuk diseksa. Penderaan yang dahsyat menyebabkan dia terpaksa menandatangani borang pengakuan yang mengesahkan penglibatannya dengan aktiviti teroris, semata-mata untuk berhenti didera. Sungguhpun dibebaskan kemudian, insiden itu telah merubah diri Zaafir yang jelas mengalami gangguan jiwa. ER sedikit-sebanyak memaparkan teknik penyeksaan Amerika yang hangat diperkatakan kebelakangan ni. Misalnya waterboarding, pembogelan tahanan utk sesi fotografi dan sebagainya.Ulasan yang lebih terperinci boleh didapati di sini.
Sedar atau tidak sedar, suatu penjajahan senyap secara besar-besaran sedang berlaku melalui dunia maya. Percaya tak bahawa Amerika boleh menggenggam dunia melalui jaringan internet? Believe It or Not!?
Israel melalui helikopternya telah menggugurkan fliers yang mengarahkan penduduk Gaza menjauhi sempadan Palestin-Israel sebanyak 300 meter atau mereka bakal ditembak tentera Zionis.
Fliers dalam bahasa Arab itu digugurkan dengan banyaknya. Seorang budak cedera ringan akibat terkena kotak yang digugurkan. Setelah menyepi seketika selepas gencatan senjata, fliers tesebut merupakan petanda bahawa IsrAEL akan mengganas lagi.
Dalam perkembangan lain, pasukan bantuan kemanusiaan Eropah - The Hope turut tidak terlepas dari kerenah kerajaan Mesir pimpinan Hosni Mubarak. Bermula dengan penghalangan total penggunaan Rafah sebagai pintu masuk ke Gaza, kini kerajaan Mesir pula mengenakan kuota kemasukan ke Gaza. Bagaimanapun kumpulan itu tidak bersetuju dan menyatakan mereka tetap ingin masuk ke Gaza secara kolektif. Rombongan kali ni bakal membekalkan peralatan perubatan khas khususnya buat mereka yang kurang upaya.
PNN pula melaporkan pasca operasi Cast Lead, terdapat sekurang2nya 75 tan sisa Uranium di bumi Gaza. Siapa tak kenal Uranium? Sisa radioaktif ni bakal menyebabkan kecacatan dan kanser buat penduduk Gaza yang terselamat tempoh hari. Penemuan mengejutkan(namun tak menghairankan bagi saya) itu dibuat oleh United Nations Environment Program (UNEP) yang bertandang ke Gaza pada April 2009 dengan bantuan badan hak asasi manusia Arab. Melalui penggunaan makmal canggih, sampel tanah dan debu yang diambil turut mengesahkan kehadiran:
Cesium: Bahan karsinogenik yang radioaktif
Asbestos: Bahan karsinogenik mudah meruap; penyebab masalah kesihatan kanak2, penghidap asma dan orang tua
George H.Bush dan George W.Bush yang gila perang telah menyebabkan ramai rakyat negaranya gila akibat peperangan. Perkaitan antara dua entiti tersebut sugguh jelas melalui ayat tadi bukan?
Setelah sekian lama tak dapat menonton rancangan kegemaran saya, akhirnya hari ni terlampias juga keinginan tersebut. Jam 11 TV1. Sesuai buat peminat isu2 dunia kontemporari kerana isu2 tersebut dibincangkan dengan agak mendalam.
Topik hari ni agak menarik. Seperti biasa, banyak pemanggil yang sepatutnya diminta berkongsi pendapat ataupun mengajukan soalan, telah memberi tazkirah. Kebanyakan tazkirah berkitar tentang khilafah dan sikap umat Islam kini. Terkebil-kebil pengacara wanita tersebut,Jessica Ong mendengarnya. Tidak kurang juga panggilan emo. Dahsyat, dahsyat... Maklumlah, isu yang dibincangkan adalah isu semasa melibatkan Amerika dan umat Islam.
Apa yang anda tahu pasal trauma?Pengalaman sendiri? Tak banyak saya tahu, cuma ada 1 fakta yang best untuk dikongsi: Trauma dialami oleh saksi tsunami misalnya telah menyebabkan seorang makcik ni pantang melihat riak air, hatta riak air dalam bekas/tong air akan menyebabkan dia menjerit macam histeria kerana takut tsunami sedang melanda.
Ha..situasi di medan perang pula boleh mencetuskan Post Traumatic Stress Disorder(PTSD). Kajian di Amerika semenjak tahun 60-an mendapati bahawa terdapat 4.4 juta tentera Amerika mengalami PTSD terutamanya yang terlibat dengan perang Vietnam. Suatu jumlah yang terlalu tinggi bagi saya. Mungkin angka ni tidak pelik bagi negara kaki perang tersebut. 70-80% peratus tentera terlibat dengan pertempuran di Iraq berbanding 33% di Afghanistan. Lantas lebih ramai mengalami PTSD di Iraq, yang berpotensi menyebabkan mereka berasa tercicir, mendapat gangguan mental, tindakan di luar batasan kemanusiaan dll..Gangguan mental ni boleh datang dari pengalaman ngeri sendiri, misalnya mengusung mayat komrad.Lagi teruk, ada tentera yang telah mengalami gangguan mental sebelum dihantar ke negara2 tersebut.. Justeru Jabatan Pertahanan Amerika mewajibkan kaunseling mental sebelum, semasa dan selepas perang.
Apa yang saya faham, PTSD telah menyebabkan drug abuse, overdose alcohol consumption dan salah laku tentera. Ada yang bunuh diri gara2 tak tahan dengan tekanan. Dari sisi lain, nampaknya perang psikologi mujahidin di sana telah berjaya. Serangan hendap, suicide bomber dan sudah pastinya pembaca kalian boleh menyenaraikan lebih dari apa yang saya tahu.
Namun, persoalannya, tak pernah pula dibuat kajian mengenai kesan PTSD ke atas penduduk Iraq dan Aghanistan, kerana jika dibandingkan dengan tentera penjajah, rakyat awam lebih terdedah kepada kesan peperangan... Agak2nya macam mana pula kesan PTSD di Palestin??
Apa2pun, saya memang teramat setuju dengan pendapat profesor jemputan mengenai tentera Islam yang kurang mendapat gangguan mental gara2 pegangan agama mereka. Quran dan hadis merupakan motivator tentera Islam dalam menghadapi peperangan. Cewah...I'm proud to be a muslim!!!
"Oh tidak! Masa cuti dah nak habis!" Kesuntukan masa mula meresahkan saya, mengenangkan pelbagai urusan yang belum selesai lagi. Tak lama lagi, saya kena pulang ke universiti, menyambut ketibaan 'junior-junior' baru. Dikatakan 'junior-junior baru' kerana faham2 sajalah, memang akan ada yang lebih berusia bakal saya sambut. Saya memang tak pandai berlakon sebagai 'abang'. Agak2nya apa akan jadi nanti?Hmm....
Entah macam mana minggu ni dirasakan begitu cepat berlalu. Padahal minggu lalu terasa sangat lambat. Teori relativiti masa yang saya kenali melalui Harun Yahya dirasakan beitu dekat sekali. Yalah, beliau mengatakan bahawa masa adalah persepsi. Lebih menarik, kewujudan konsep masa banyak dibantu oleh memori kerana manusia mengukur masa berdasarkan memori.
Apa2pun, waktu ni tv3 sedang menyiarkan Van Helsing. Dari segi hiburan, memang ia amat menarik. Dari segi ilmiah?? Hm..entah berapa kali dah perkataan ni berkitar di telinga saya: Tatkala umat Islam sedang mengecapi kegemilangan tamadun, Eropah masih berada dalam kegelapan. Penindasan pihak gereja, kejahilan melata, tenggelam dalam kepercayaan karut marut; sihir, vampire, werewolf dll.. Ha..itulah yang dipaparkan dalam muvi ni. Memang seronok sebagai hiburan semata-mata, namun dari satu sisi yang lain ia memaparkan kebodohan orang Eropah. Cuma, nampaknya kini keadaan dah terbalik. Siapa tak setuju?
Langit malam berwarna kemerahan. Awan mendung berarak kencang dibawa angin. Hujan turun tak lama kemudian. Bekalan elektrik yang putus seketika tadi menyebabkan posting saya tergendala. Ketika saya sedang menekan butang Publish Post, masa terus mengalir deras, meninggalkan saya. Persoalannya, sempatkah saya menyelesaikan segala urusan sebelum cuti berakhir??
"Tuan-tuan sekalian, Islam datang untuk menghancurkan segala jenis penyembahan, segala jenis fahaman yang mengabdikan manusia. Kerana menjadi hamba itu hanyalah untuk Allah. Bahawa Allah tidak boleh disekutukan. Agama Allah jelas dan nyata. Itulah yang kami tawarkan. Kami datang untuk membebaskan tuan-tuan daripada diperhambakan atas nama demokrasi dan kapitalisme kepada suatu pembebasan transendental yang tinggi..."
"Berhala Moden", sebenarnya suatu istilah untuk mewakili ideologi ciptaan manusia, yang dapat dikenali dengan penggunaan-isme pada penghujung istilah.
Adakah saya yang mencipta istilah ni?Sudah tentunya tidak. Sebenarnya saya mula mengenali istilah ni dalam novel Faisal Tehrani berjudul 1511H Kombat. Tak lama kemudian, saya menemui penggunaan istilah serupa dalam penulisan ilmiah di pelbagai sumber bacaan.
Pasca kekalahan memalukan dalam perang salib, musuh telah beralih arah kepada perang saraf. Hasilnya kita disogok dengan pelbagai fahaman sesat. Lihat sajalah betapa ramai remaja hari ni hanyut dalam keseronokan, hasil budaya HEDONISME?? Bagi yang berfikir pula(lebih pintar), mereka pula dimomokkan dengan falsafah sesat lagi menyesatkan misalnya PLURALISME.
Fahaman sesat ni yang dirujuk sebagai berhala moden! Mengapa pula? Ideologi ni dianuti dan dipertahankan oleh pengikut setianya. Ia diberi ketaatan tidak berbelah bagi.Pelbagai debat ilmiah telah diadakan untuk menjelaskan kebenaran, namun para pendokong fahaman ni memang tak jemu mencari hujah bagi menegakkan benang yang basah. Debat2 ni boleh dicari dengan mudahnya secara dalam talian(online).
Ada yang memperjuangkan aplikasi fahaman dokongan mereka bukan sahaja di peringkat nasional, malah di peringkat dunia. Lebih dahsyat dari itu, siap dengan pemaksaan penerimaan ideologi mereka lagi, sepertimana yang Amerika lakukan. Tak cukup dengan itu, mereka sanggup berperang semata-mata mempertahankannya. Contoh mudah, perang demokrasi vs sosialis.
Perbuatan para penyokong ni menunjukkan pengabdian diri untuk ideologi itu, sedangkan hanya kepada Allah saja pengabdian total. "Hidup matiku hanya untuk ideologi sekian-sekian.."maka Tuhan2 palsu ni kemudiannya dirujuk sebagai berhala, macam Lata dan Uzza di zaman Nabi S.A.W. Itulah rasionaliti di sebalik penggunaan istilah ni.
Akhirul kalam, semoga pembaca kalian memperoleh manfaat. Faham kemudian memanifestasikannya dalam kehidupan. Lagi molek andai kefahaman itu dapat disebarkan kepada yang lain.
Semoga posting sedemikian mampu menjaga kemurnian akidah kita yang sedang cuba dikotori dengan rakusnya oleh tangan2 kafir. Ingatlah bahawa konsep akidah kita hanya satu, sepertimana yang dibawa oleh Nabi S.A.W. Islam yang dibawa oleh Nabi sahaja yang diiktiraf Allah sebagai suatu agama yang diredhai di sisi-Nya, dengan jaminan para penganutnya akan menghuni syurga yang kekal abadi, bukannya Islam liberal dll !!
Semoga Tuhan memelihara akidah dan agama kita. Ameen...
[p/s: Sedikit imbas kembali... Minat mengkaji bidang ideologi mula timbul semenjak tingkatan 4. Alhamdulillah, saya telah bertemu dengan beberapa sahabat yang turut berkongsi minat sama, lantas menyuburkan lagi minat tersebut. Posting ni ditulis dengan ilmu dan hasil kajian saya yang tak seberapa. Harap para pembaca dapat menegur sebarang kekurangan.
Lagi satu, saya cuba meringkaskan penulisan saya sbb perincian ideologi tersebut memang memeningkan kepala. Bukanlah saya memandangkan rendah pada tahap pemikiran para pembaca, lantas merisaukan keboleh-cernaan kalian dalam sesuatu posting. Cuma saya secara peribadinya membenci perkara yang kompleks. Biarlah mudah tapi faham, tanpa menjejaskan isi penyampaian..]
[Saya harap belum terlalu lewat untuk posting ni. Cetusan idea banyak, namun jari belum tergerak untuk menaip. Masa bukan kekangannya, cuma baru2 ni saya ada masalah dalam pemilihan isu posting]
15 Mei lalu, telah genap 61 tahun peristiwa Nakbah di Palestin. Apakah peristiwa ni?
'Nakbah' bermaksud malapetaka. 15 Mei 1948 menyaksikan sekitar 800 ratus ribu penduduk Palestin kehilangan tempat tinggal. Puncanya tak lain tak bukan = IsraEL!!
Demi menyelamatkan iman, jiwa, dan harta yang masih tersisa, penghijrahan itu terpaksa dilakukan. Apa tidaknya, mereka diburu dan dibunuh sehinggakan yang terselamat terpaksa berlindung di negara jiran misalnya Lubnan, Syria, Jordan, Mesir dll...Nakbah telah mencipta kem pelarian Palestin di negara jirannya. 530 buah perkampungan telah musnah. Rumah dirobohkan. Harta dijarah. Tanah kebun dirampas. Hingga saat ini rakyat Palestin yang berada di luar tanah airnya dengan taraf pelarian berjumlah sekitar 4.830 juta orang(50.55 %).
Sudah jatuh ditimpa tangga, Nakbah merupakan satu lagi kronologi nasib malang penduduk Palestin yang sememangnya mengundang perasaan meluat amat kepada negara HARAM iSraEL.
Sebenarnya 35 hari sebelum berdirinya 'negara' IsraEl, tercetusnya pembantaian yang amat dahsyat di Deir Yassin, iaitu pembunuhan kejam militan Yahudi kumpulan Hajnah, Argun dan Stern Gang yang diketuai Manachem Begin ke atas 100 orang muslim tanpa mengira umur dan jantina. Malah sebahagian mereka ada yang dicincang dan diperkosa sebelum dibunuh. Yang masih hidup pula diangkut dengan trak & diarak di hadapan penduduk Jerusalem untuk dilontar dengan batu.
Orang Yahudi apalagi, datanglah berbondong2 ke Deir Yassin untuk merebut tanah dan rumah yang ditinggalkan pemiliknya kerana telah dibunuh atau lari menyelamatkan diri.
Banyak lagi peristiwa dahsyat mengenai Palestin, sehinggakan ia selayaknya menjadi perhatian kita selaku umat Islam. 'Perhatian' di sini bukanlah bermaksud pemerhatian dalam erti kata lain OIC, namun ia bermaksud apakah usaha kita untuk membela nasib saudara kita di sana. Gambar ekstra di sini dan sini. Kalau nak lagi, taip sahaja Nakbah@Nakba di search engine.
[p/s: Terdapat perbezaan fakta nombor. Saya mendapati terlalu banyak variasi sehingga mengelirukan. Lagi satu, ketua massacre Deir Yassin - Manachem Begin telah dilantik menjadi PM Israel 19 tahun setelah peristiwa tersebut. Memang pemimpin IsraEL adalah orang2 gila di kalangan mereka, contohnya Ariel Sharon yang mengetuai penyembelihan Shabra Shatila.]
Rugi rasanya kalau saya tidak berkongsi artikel ni. Ia merupakan wawancara akhbar Mesir al-Wafd ke atas Dr.Yusuf al-Qaradhawi, yang saya ulas dari majalah I.
Sepertimana yang kita semua tahu dan alami, umat Islam hari ni berada dalam kehinaan. Hanya satu sahaja yang menunjukkan umat ni masih hidup dan mempunyai hubungan dengan kehidupan, iaitu penentangan(muqawwamah) misalnya di Palestin dan Lubnan.
Selain dari itu - hanya menyerah sahaja terhadap apa yang berlaku. Perbuatan ini umpama telah menjadi darah daging terutama di kalangan pemimpin Arab. Tiadakah sesuatu yang mampu diikhtiarkan oleh pemimpin Arab yang menjadi jiran Palestin ataupun Lubnan?
Artikel ni telah sedikit-sebanyak menjawab persoalan saya terhadap kemandulan pemimpin Arab dalam menghadapi krisis di Asia Barat. Tindakan mereka mengecewakan. Mengapa agaknya? Al-Qaradhawi telah menyenaraikan beberapa pegangan kerajaan Arab terhadap sesetengah perkara, seolah-olah perkara tersebut adalah tetap kekal. Mungkin juga mereka ingin menanam 'mind set' sedemikian di kepala orang ramai. Tak perlu saya ingatkan bahawa 'mind set' akan mempengaruhi tindakan seseorang.
#1 Israel mempunyai kekuatan yang tidak mungkin diatasi ataupun ditentang sama sekali. Lantaran itu, pertembungan dengannya haruslah dielakkan. Mereka menganggap muqawwamah yang dilakukan oleh HAMAS, Shuhada' al-Aqsa dan Solahuddin di Palestin serta Hizbullah di Lubnan sebagai sia-sia. Penentangan itu hanya menjerumuskan mereka ke kancah penentangan terbuka dengan IsraEL.
IsRaEL dianggap suatu kuasa yang tidak dapat ditumbangkan, sebagaimana dikatakan terhadap tentera Tartar dahulu:"Jika dikatakan kepada anda tentera Tartar telah kalah, janganlah percaya." Dengan sebab kelemahan umat ini, Tartar berjaya menawan Baghdad, memusnahkan tamadun Islam di sana dan membunuh 1 juta orang Islam.
Sehinggalah Allah mengurniakan kepada umat ni seorang pahlawan bernama beriman iaitu Saifuddin Qutz yang berjaya menumpaskan Tartar dan mendustakan 'mind set' tadi.
#2 Segala keinginan Amerika pasti akan berlaku, seolah-olah Amerika adalah tuhan alam yang tidak boleh dipersoalkan tindakannya.(??) Kerajaan Arab tidak mampu bernafas dan berkata-kata menghadapi isu ini. Hinggakan salah seorang pemimpin pernah berkata:"Kami tidak mampu menghadapi IsraEL". Apa lagi yang mampu menghalang IsrAeL, bilamana pemimpin Arab sendiri telah memberi lampu hijau untuk mereka melakukan apa sahaja??
Kesimpulan Kelemahan iman dan penyakit cinta dunia telah menyerang pemimpin Arab, itulah kesimpulan yang saya pilih berdasarkan pembacaan artikel2 terdahulu berkaitan isu sebegini. Kalau pemimpin tak boleh pakai, maka rakyat harus bertindak.
Malangnya, menurut al-Qaradhawi, api kemarahan dan semangat jihad membara tersebut menemui kebuntuan apabila tiada jalan ditemui untuk merealisasikan cita-cita tersebut. Jika benar negara kita mempunyai kebebasan, nescaya jutaan akan rela membantu semua penentangan di negara Arab dan Islam.
Ungkapan tu sering saya ulang kepada diri saya sendiri. Kini, mengenang kembali detik2 kegagalan silam adalah benda yang saya paling benci.
"Yang sudah tu SUDAH.Biarkanlah ia berlalu"
Saya masih tidak memahami mengapa saya begitu sensitif bila mengimbau kisah akademik silam saya, padahal peristiwa itu telah berlalu lebih setahun yang lalu. Adakah saya masih tidak dapat menerima hakikat?? Bagi saya, bukan. Saya mula menerima takdir yang menimpa saya ni. Saya tak nak meratap lagi.
Mungkin kesan peristiwa itu yang sentiasa merenggut perasaan saya. Pelbagai insiden yang terjadi seiring dengan peristiwa gelap itu telah meninggalkan parut yang dalam di hati ni. Parut di hati ni yang susah nak pulih. Ia kerap kali berdenyut kesakitan umpama baru sahaja dihiris-hiris.
Saya terdorong untuk menulis posting ni gara2 peristiwa yang baru sahaja berlaku. Seorang sahabat tiba2 bertanyakan result matrikulasi. Entah macam mana saya menjadi 'emo' dalam merasionalkan tindakan saya untuk tidak memberi result matrik. Apa lagi, mulalah saya bercerita dengan penuh emosi, dengan dada yang sebak. Entah apa perasaan sahabat tu yang mendengar luahan hati ni. Peristiwa sedemikian telah berlaku beberapa kali sebelum ni. Agak2nya bila parut tu akan sembuh?
"Biar rebah, jangan berubah"
Walauapapun yang terjadi, saya bersyukur dengan nikmat iman yang dikurniakan. Biarpun hati sukar menerima hakikat, imanlah yang memaksa diri hina ini menerima segala takdir ilahi. Biarlah segala kesedihan itu saya telan, kerana sememangnya tiada kezaliman pada ketetapan-Nya. Semua ini mesti ada hikmahnya, demikianlah bisik hati saya..Rebah dengan teruk mana pun (sampai tergolek2) biarlah kita tidak berubah, itulah sms seorang sahabat yang terpahat di sanubari. "Berubah" dalam erti kata dia, adalah berpaling dari jalan dakwah.
"Kehebatan seseorang bukanlah terletak pada berapa banyak kejayaan yang dikecapinya, namun ia terletak pada berapa kali dia bangkit setelah jatuh"
Yang sudah tu sudah. Ratapan tidak akan membawa perubahan pada diri. Keluarlah dari belenggu kegelapan silam kerana masa depan penuh dengan sinar harapan. Manusia tidak akan selamanya gagal.
Memang hidup ini umpama roda. Kini saya berada di bawah, anda pula bagaimana?
"Globalisasi telah mencetuskan liberalisasi informasi."
Terserempak dgn pelbagai info - itulah yg sering terjadi bila saya melayari internet. Begitu juga petang tadi. Saya sedang 'bersiar-siar' di internet bila saya terjumpa blog yg dimiliki oleh pengarah COMOLOT: Amy Ikram Ismail. Memang inilah yang dikatakan sebagai liberalisasi informasi, iaitu semua orang berhak untuk mengakses maklumat yang mereka inginkan; semua orang berhak untuk tahu...
Niat saya bukanlah nak mengulas tentang filem pendek penuh kontroversi tu, kerana saya yakin para pembaca semua mampu menilai dengan akal waras sendiri.
Tindakan penulis mempersoalkan kewajaran kita menyertai kempen memboikot, biarpun dia menyatakan dia sebenarnya tidak berniat untuk berbuat demikian, telah menimbulkan perasaan kurang puas hati saya. Lebih menyedihkan bila dia berkata:
"Justeru, jangan kelirukan pembaca dengan statement atau kenyataan berkaitan kempen tersebut, kerana kajian terperinci perlu dilakukan oleh semua pihak atas jenama tersebut. Apakah pengaliran wang kita akan di beri kepada Israel seandainya kita tetap membeli produk tersebut?"
Adakah ini simptom kejahilan yang parah? Setahu saya, maklumat mengenai kempen ini dan kajian terperinci mengenai syarikat yg menyumbang dan menyokong Zionis telah bertebaran di jaringan internet gara2 globalisasi!! Ini cuma soal NAK ATAU TAK NAK TAHU sahaja!!
Saya akui saya bukanlah pakar ekonomi. Cuma apa yang saya tahu, orang yang membeli hak francais sesebuah produk akan membayar sejumlah wang kepada pemiliknya. Memang syarikat di Malaysia tak pernah membayar secara terus kepada Israel & penyokong agenda ZionIS yang menjadi pemilik syarikat2 berkenaan.
Namun, wang yang dibayar tu sebenarnya secara tidak langsung telah disalurkan ke IsraeL untuk membunuh saudara kita di Palestin & meng'kaya'kan negara HARAM tu. Atau dalam bahasa mudah, pembayaran wang tu telah menjadikan para pemiliknya kaya-raya, dengan kekayaan tu maka pelbagai operasi haram IsraeL dapat dibiayai dengan jayanya!!
Tidak semua syarikat mengisytiharkan penglibatan mereka membantu Israel tetapi jika Israel sendiri mengaku sumbangan mereka, seperti memberikan anugerah atau pengiktirafan misalnya kepada McDonalds, Coca-cola dan Starbucks, perlukah kita mencari alasan untuk terus bermuamalah dengan mereka?(klik sini utk pembacaan lanjut)
[p/s: Utk posting asal pengarah COMOLOT di blognya, klik sini. Jangan lupa baca komen utk artikel tersebut]