Konspirasi Social Network?

|

Marah..
Seram sejuk..
Ngeri..
Malah rasa terkena!!

Perasaan saya bercampur baur bila mengetahui betapa bahayanya Social Network seperti Facebook, Tagged dll... Punca?

[Video sama dalam bentuk Flash]
Saya rasa saya agak terlambat..Ramai yang sudah tahu tentang perkara ni. Posting ni ditujukan buat mereka yang belum tahu lagi - BERHATI-HATILAH DENGAN SOCIAL NETWORK SITE !! Jangan mudah memberi maklumat peribadi, atau lagi tepat lagi jangan terlalu jujur@skema, jika anda ingin memelihara privasi anda.

Bagi sesiapa yang tak sempat menonton video tersebut, site ni merumuskan sedikit sebanyak mengenai bahayanya Facebook, berdasarkan video tersebut. Penulisannya cukup baik hinggakan saya rasa tak perlu sebarang penambahan lagi.

Apa-apapun, mungkin ada yang kata semua ni sekadar teori KONSPIRASI. Sikap paranoia semata-mata. Tak berasas langsung untuk dipercayai. Namun, persoalannya, bukti sudah ada, apa lagi yang nak diragukan? Siapa tak kenal dengan sikap paranoia US dalam 'mengekalkan keamanan'?

Tentu semua masih ingat dasar pemantauan segala panggilan(phone call) rakyat Amerika yang dijalankan oleh Bush. Protes tercetus kerana ia merupakan suatu bentuk pencerobohan terhadap hak privasi individu. Seperti yang dijangkakan:"Ini semua utk mengekalkan keamanan kita", menjadi jawapan bekas presiden itu.

Lagi contoh, tahanan Guantanamo yang dizalimi. Ditangkap lalu dipenjara tanpa peluang dibicarakan, kemudian diseksa tanpa perikemanusiaan. Malangnya, setelah melalui semua penderaan fizikal & mental yang boleh menyebabkan gila, tahanan tersebut didapati tidak bersalah lalu dibebaskan. Bolehkah Amerika memulihkan trauma yang dialami tahanan tersebut, semudah mereka mengungkapkan MAAF kepada mangsa? Ini membuktikan sikap paranoia tahap ekstrim yang menyebabkan penahanan dilakukan gara2 kaitan dengan jaringan 'teroris' yang terlalu sedikit, lantas menjadikan kebanyakan mangsa adalah insan2 pemurah yang banyak terlibat dengan aktiviti kebajikan domestik. Layar perak Hollywood tidak sunyi daripada memaparkan sikap gila Amerika ni, misalnya dalam filem WarGames: The Dead Code.

Paranoia Amerika - bukan sekadar teori konspirasi !! Sekali imbas, kisah penahanan suspek tanpa diberi peluang untuk dibicarakan tak tumpah dengan sistem zalim ISA di Malaysia. Ibarat adik beradik, saya berasa sungguh hairan apabila sistem sebegini boleh wujud di negara ISLAM Malaysia. Pelik bin Ajaib!! Adakah orang yang dikatakan 'mengancam keselamatan negara' ni tidak layak untuk menerima walau sekelumit pun peluang untuk dibicarakan di mahkamah?? Atau sesetengah pihak memang menginginkan suspek itu dipenjarakan??Sila rujuk sini.

Sebenarnya, saya baru sahaja selesai menonton sebuah filem politik independent, Extraordinary Rendition.<
Extraordinary Rendition, ER merujuk kepada kaedah CIA menghantar suspek tahanan secara haram ke negara yang dikenal pasti mengamalkan sistem penyeksaan. Dalam keadaan suspek tidak tahu dirinya dihantar ke mana, mereka akan menyeksa suspek higgalah dia memberi maklumat. Semenjak September 2001, lebih 1100 orang telah 'dieksport' secara haram. Pendakwa raya Eropah telah mengeluarkan sebanyak 39 waran tangkap ke atas agen CIA yang melaksanakan ER.

Zaafir Ahmad, seorang muslim sekular yang mengajar subjek Hak Asasi Kemanusiaan diculik di jalanan ketika sedang bersenam. Dia dibawa ke tempat dan negara yang tidak dikenali untuk diseksa. Penderaan yang dahsyat menyebabkan dia terpaksa menandatangani borang pengakuan yang mengesahkan penglibatannya dengan aktiviti teroris, semata-mata untuk berhenti didera. Sungguhpun dibebaskan kemudian, insiden itu telah merubah diri Zaafir yang jelas mengalami gangguan jiwa. ER sedikit-sebanyak memaparkan teknik penyeksaan Amerika yang hangat diperkatakan kebelakangan ni. Misalnya waterboarding, pembogelan tahanan utk sesi fotografi dan sebagainya.Ulasan yang lebih terperinci boleh didapati di sini.

Sedar atau tidak sedar, suatu penjajahan senyap secara besar-besaran sedang berlaku melalui dunia maya. Percaya tak bahawa Amerika boleh menggenggam dunia melalui jaringan internet? Believe It or Not!?

0 ulasan:

Catat Ulasan

©2009 .:[Biarlah pena mewakili bicara]:. | Template Blue by TNB