Yang sudah tu SUDAH!!

|

"Usah dikenang pada yang lalu"

Ungkapan tu sering saya ulang kepada diri saya sendiri.
Kini, mengenang kembali detik2 kegagalan silam adalah benda yang saya paling benci.

"Yang sudah tu SUDAH.Biarkanlah ia berlalu"

Saya masih tidak memahami mengapa saya begitu sensitif bila mengimbau kisah akademik silam saya, padahal peristiwa itu telah berlalu lebih setahun yang lalu. Adakah saya masih tidak dapat menerima hakikat?? Bagi saya, bukan. Saya mula menerima takdir yang menimpa saya ni. Saya tak nak meratap lagi.

Mungkin kesan peristiwa itu yang sentiasa merenggut perasaan saya. Pelbagai insiden yang terjadi seiring dengan peristiwa gelap itu telah meninggalkan parut yang dalam di hati ni. Parut di hati ni yang susah nak pulih. Ia kerap kali berdenyut kesakitan umpama baru sahaja dihiris-hiris.

Saya terdorong untuk menulis posting ni gara2 peristiwa yang baru sahaja berlaku. Seorang sahabat tiba2 bertanyakan result matrikulasi. Entah macam mana saya menjadi 'emo' dalam merasionalkan tindakan saya untuk tidak memberi result matrik. Apa lagi, mulalah saya bercerita dengan penuh emosi, dengan dada yang sebak. Entah apa perasaan sahabat tu yang mendengar luahan hati ni. Peristiwa sedemikian telah berlaku beberapa kali sebelum ni.
Agak2nya bila parut tu akan sembuh?

"Biar rebah, jangan berubah"

Walauapapun yang terjadi, saya bersyukur dengan nikmat iman yang dikurniakan. Biarpun hati sukar menerima hakikat, imanlah yang memaksa diri hina ini menerima segala takdir ilahi. Biarlah segala kesedihan itu saya telan, kerana sememangnya tiada kezaliman pada ketetapan-Nya. Semua ini mesti ada hikmahnya, demikianlah bisik hati saya..Rebah dengan teruk mana pun (sampai tergolek2) biarlah kita tidak berubah, itulah sms seorang sahabat yang terpahat di sanubari. "Berubah" dalam erti kata dia, adalah berpaling dari jalan dakwah.
"Kehebatan seseorang bukanlah terletak pada berapa banyak kejayaan yang dikecapinya, namun ia terletak pada berapa kali dia bangkit setelah jatuh"

Yang sudah tu sudah. Ratapan tidak akan membawa perubahan pada diri. Keluarlah dari belenggu kegelapan silam kerana masa depan penuh dengan sinar harapan. Manusia tidak akan selamanya gagal.

Memang hidup ini umpama roda. Kini saya berada di bawah, anda pula bagaimana?

0 ulasan:

Catat Ulasan

©2009 .:[Biarlah pena mewakili bicara]:. | Template Blue by TNB