Huh..posting ni ditulis bukanlah kerana masa yang senggang ataupun kerana tiada kerja untuk dibuat. Cuma sekadar pelepas rindu saya kepada bidang penulisan yang lama ditinggalkan gara-gara sibuk yang bermacam-macam. Kadang-kadang saya pun hairan, apa sebenarnya yang saya sibukkan ni?
Hm...
Sibuk sampai tak ada masa nak baca surat khabar :: banyak isu semasa yang saya tak tau sekarang
Sibuk sampai tak sempat nak baca buku :: Buku "induk penyucian jiwa" yang saya pinjam dari library selama hampir satu semester, saya pulangkan dengan jumlah muka surat yang dibaca tidak sampai 50 (padahal buku tu setebal 700++ m/s)
Sibuk sampai tak terfikir orang lain :: Entah brapa lama tak tanya khabar sahabat2 yang jauh di mata. Bila free, barulah terkenangkan mereka.
***macam2 lagi la busy, namun rasanya semua maklum tentang situasi yang sering berulang ni. Sekarang ni KEMUNCAK semester, time ni kena hantar project, assignment, group work dll. Tidak lama lagi exam akan tiba, sedangkan lecturer masih lagi memberikan projek untuk disiapkan. Kalaulah saya ni robot, saya tak kisahlah juga. Hm...
AGAK2NYA BILA LAGI KELAPANGAN MASA AKAN TIBA??***
Approximate time of writing this entry : 8 minutes ~ Express writing
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
6 bulan yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan