Nama sebenar beliau adalah Al-Habib Muhammad bin Husein Al-Idrus. Turut dikenali sebagai Habib Neon. Cahaya ilmu & akhlaknya menjadi ikutan buat pengikut ulama' salaf. Mengapa beliau mendapat julukan Habib Neon?? Jom ikuti kisahnya..
Suatu malam, beberapa tahun yang lalu, ketika ribuan jemaah ta'lim berada di tengah sebuah masjid di Surabaya, tiba-tiba bekalan elektrik terputus . Sudah tentu semuanya khuatir ketika itu. Mereka pun keluar dari masjid, satu persatu. Lebih-lebih lagi malam itu bulan purnama. Dari jauh, kelihatan kelibat seseorang berjalan menuju ke arah masjid. Beliau memakai gamis & serban putih, dengan kain selendang hijau muda. Beliau adalah Habib Muhammad bin Husein bin Zainal Abidin bin Ahmad Alaydrus.
Setelah memasuki masjid, anehnya, masjid tiba-tiba disimbahi cahaya neon. Bahkan, habib Muhammad tidak membawa lampu suluh ataupun obor ketika itu. Seluruh jemaah terkejut. Apa yang terjadi? Yang jelas, simbahan cahaya itu berpunca daripada tubuh Habib Muhammad..sungguh ajaib..Subhanallah. Setelah kejadian itu, beliau mendapat julukan habib Neon.
Habib Muhammad bin Husein lahir di Tarim, Hadramaut, Yaman pada tahun 1888. Meskipun beliau seorang wali Allah, karamah beliau kurang dikenali masyarakat umum. Hanya para ulama atau wali yang bijaksana saja boleh mengenali karamah Habib Neon. Sejak kecil, beliau mendapat didikan agama daripada ayah beliau, Habib Husein bin Zainal Abidin Alaydrus. Menjelang dewasa, beliau mengembara ke Singapura selama beberapa bulan kemudian berhijrah ke Palembang, Sumatera Selatan. Kemudian, beliau menikahi sepupunya, Aisyah binti Musthafa Alaydrus. Beliau dianugeri tiga orang putera & seorang puteri.
Tidak lama setelah itu, beliau berhijrah bersama keluarganya ke Pekalongan, Jawa Tengah untuk membantu dakwah Habib Ahmad bin Tholib Al-Atthas. Kemudian, beliau berhijrah lagi ke Surabaya. Semasa Singapura terkenal sebagai tempat perhimpunan ulama' & awliya' seperti Habib Muhammad bin Ahmad al-Muhdhor, Habib Muhammad bin Idrus al-Ethiopia dan Habib Abu Bakar bin Umar bin Yahya.
Selama tinggal di Surabaya, Habib Muhammad berziarah ke makam wali dan para ulama di Kudus, Jawa Tengah, dan Tuban, Jawa Timur. Dalam amalan berziarah tersebut, tampaknya beliau tidak pernah bertemu dengan seorang wali yang berkarisma pada ketika itu, iaiut al-Allamah Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf, Gresik.
Sepertimana wali-wali yang lain, beliau sangat kuat dalam beribadah. Beliau memanfaatkan setiap saat untuk berzikir & berselawat. Dan yang paling menakjubkan, beliau tidak pernah menolak undangan fakir miskin. Beliau selalu memikirkan dan berbicara tentang hal-hal yang berkaitan dengan kebenaran agama, dan tidak pernah membicarakan perkara yang tidak berguna.
Beliau juga prihatin terhadap perkara yang menimpa orang lain. Maka, setiap hari dari jam 10 pagi hingga waktu Zohor, beliau sentiasa membuka rumahnya untuk menemui tetamu dari segenap pelosok negeri, bahkan dari luar negara. Para tetamu beliau mendapati bahawa beliau merupakan seorang yang senang untuk dibawa berbicara. Waktu antara Maghrib & Isyak pula sering beliau pergunakan untuk mengkaji buku amal ibadah & akhlaq para salaf. Setiap hari Jumaat, beliau akan membaca Burdah bersama jemaahnya.
Jiran beliau sering meminta nasihat daripada beliau, khususnya dalam masalah kehidupan harian, masalah rumah tangga, dan masalah kemasyarakatan amnya. Kesemuanya beliau lakukan dengan gembira & tangan terbuka. Antara mujahadah yang pernah dilakukan beliau adalah berpuasa selama 7 tahun & hanya berbuka dengan 7 biji kurma. Bahkan pernah sekali beliau berpuasa selama setahun, sepanjang tempoh itu beliau bersahur & berbuka hanya dengan gandum yang sedikit.
Habib Neon meninggal dunia pada 30 Jamadil Awal 1389 Hijrah bersamaan dengan 22 Jun 1969 Masihi pada usia 71 tahun. Jenazahnya dimakamkan di Taman Pemakaman Umum Pegirikan, Surabaya, bersebelahan kuburan mentua dan pak ciknya, Habib Mustafa Alaydrus, sesuai dengan wasiatnya. Dakwah beliau diteruskan oleh anak ketiga, Syekh Muhammad Alaydrus dengan pembukaan dalam Majlis Burdah Ketapang Kecil, Surabaya. Haul Habib Neon diadakan pada hari Khamis, penghujung bulan Jamadil Awal.
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
6 bulan yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan