Setiap manusia yang dilahirkan di dunia telah dianugerahkan dengan bakat yang tersendiri. Variasi itulah yang memberi warna kepada masyarakat dunia, andai digabung bersama maka terhasillah sesuatu yang baru. Misalnya, bakat luar biasa dalam muzik akan memberi nafas baru, definisi baru kepada bidang muzik itu sendiri. Begitu jgk dgn org yg multi-talented, andai digunakan sebaiknya, mmg dia akan jadi innovator.
Lama jgk saya memikirkan bakat saya. Apa yang saya boleh buat dengannya? Apa boleh saya sumbangkan?Pernahkah anda memikirkan bakat anda?
Semester kedua bakal tamat tak lama lagi, begitulah jgk dgn kelas ko-ku saya sem ni- PIDATO. Mmg saya mempelajari sesuatu dlm kelas tu, namun yg paling tak disangka adalah saya mengetahui hakikat bahawa saya mmg tiada bakat langsung dlm bidang public speaking.
Bukan jgk saya tak mengamalkan apa yg diajar, namun itulah kesimpulan yg saya perolehi dari pengalaman saya berucap selama ini. (Bunyi mcm org berputus asa kan?MCM jak la)
Itulah saya menggunakan tajuk ini, sebab dari dulu lagi saya lbh baik dlm penulisan berbanding perckpn, tak kisahla bhs Melayu ataupun BI.
Biarlah pena sahaja yang mewakili isi hati yg tak dpt diluahkan melalui tutur bicara.
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan