Pembunuh Marwa dipenjara seumur hidup

|

Dresden, Jerman - Pembunuh Dr. Marwa el-Sherbini, Alexander Wiens dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup di mahkamah daerah Dresden pada 11 November (Rabu).

"Dia membunuh Marwa bukan kerana takut tapi kerana dendam",kata ketua hakim Birgit Wiegand.
Marwa Sherbini bersama anaknya, Mustafa

Hukuman itu mendapati Alexander, 28 seorang penganggur bersalah atas pembunuhan Marwa dan cubaan untuk membunuh suami Marwa, Elwy Okaz. Elwy yang kini bertopang memberikan kenyataan menyayat hati dalam sesi perbicaraan. Beliau turut memaklumkan mengenai anaknya yang amat merindui ibunya, kini telah tinggal bersama keluarga di Mesir.

Elwy Okaz

Akhirnya pembunuh Marwa dikenakan tindakan undang-undang. Saya tumpang gembira buat keluarga Marwa. Si zalim Alexander dijatuhkan maximum possible sentence.Siapa tidak tahu mengenai kisah pembunuhan ni?
Kisah yang menunjukkan betapa Islam dipandang rendah oleh non-muslim.
Kisah yang mencetuskan kemarahan umat Islam sedunia.
Kisah yang mendapat reaksi perlahan dari ahli politikus Jerman dan media Barat sehingga mencetuskan tunjuk perasaan dari Cairo hinggalah ke Tehran.

Bagi sesiapa yang tidak sempat mengikuti isu ni dari mula, ingin saya nukilkan serba sedikit dalam entri kali ni, mudah-mudahan menjadi sesuatu yang bermanfaat buat kita semua.

Kisah pembunuhan tragis ni terjadi pada 1 Julai 2009. Seorang wanita hamil 3 bulan ditikam di hadapan hakim sebanyak 18 kali ketika perbicaraan sedang berlangsung. Suaminya tangkas menerpa untuk menyelamatkan isteri namun turut ditikam sang pembunuh. Malangnya suaminya pula ditembak oleh polis yang 'menyangkakan' dia adalah penyerang. Wanita itu mati di tempat kejadian, disaksikan anaknya sendiri yang baru berusia 3 tahun. Dialah Marwa Sherbini, yang kini digelar Hijab Martyr.

Yang peliknya, bagaimana si pembunuh Alexander boleh membawa pisau 18 sentimeter ke mahkamah?
Tambah membingungkan, bagaimana dia boleh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan dari pengawal & orang sekeliling? Adakah mereka sekadar menonton, macam di panggung wayang?
Lagi menyakitkan hati adalah alasan murahan oleh pihak polis - 'tersilap sangka' lantas menembak kaki Alwy Okaz.

Kisah ni bermula di sebuah taman di Dresden Park. Marwa yang membawa anaknya bersiar meminta izin untuk meletakkan anaknya di buaian, namun Alexander tidak membenarkan. Tidak cukup dengan itu, dia mengherdik Marwa dengan kata-kata "terrorist" & "Islam whore".
Sebagai seorang muslim yang punya maruah diri & sedar agamanya dihina, Marwa membela diri. Tercetusnya pertengkaran di situ.

Alexander, yang anti-Islam dan menaruh kebencian terhadap non-European diheret ke mahkamah dan didenda sebanyak 780 Euro. Namun dia membuat rayuan mahkamah, membolehkan dia bersua sekali lagi dengan Marwa di medan perbicaraan. Kala itulah insiden menyayat hati tersebut terjadi.

Berita ini lansung tidak dihebahkan dan disenyapkan oleh media barat khususnya. BBC senyap sunyi, sedangkan berita mahkamah Dubai yang menjatuhkan hukuman kpd 2 warga British yang mengadakan hubungan seks terbuka di pantai Dubai dihebohkan, dikritik seolah-olah melakukan satu tindakan jahat. Namun, kisah wanita Islam yang mengandung dan ditikam dalam sebuah mahkamah di hadapan hakim di sebuah negara membangun kononnya langsung tidak diambil endah..

[p/s : Nampak sangat bias media Barat yang dikuasai Yahudi. Kuasa media yang mampu membentuk pemikiran rakyat telah dimanipulasi oleh golongan berkepentingan. Trend ni nampaknya telah digunapakai di Malaysia. Oleh siapa agaknya? Hehe.. =p]

Kedamaian yang memudaratkan?

|

[Pasti ramai yang tertanya-tanya, tidak kurang juga dengan yang tidak bersetuju dengan tajuk posting kali ni. Mengapa sedemikian? Haha…kalau nak tahu, bacalah entri ni sampai habis. =p]

Bermuhasabah merupakan hobi saya terutamanya menjelang hujung semester. Segala macam aktiviti akan diimbau, untuk membuat justifikasi : Adakah semester ni lebih baik dari sebelumnya?

Hmm…semenjak tinggal di Murai Jaya ni, banyak pengalaman baru yang ditimba. Tidak kurang juga dengan insiden menarik yang berlaku sepanjang semester ni. Namun, posting kali ni bukanlah bertujuan untuk sharing dengan para pembaca kalian mengenai pengalaman tersebut. Saya ingin menyentuh mengenai kedamaian yang ‘tampaknya’ berbahaya kepada sesetengah mahasiswa di sini.

“ Di Murai Jaya ni terlalu damai sampai student malas nak keluar rumah,” demikianlah seloroh seorang junior, membuatkan saya tersenyum. Tersenyum dalam setuju tentunya. Ketika perbualan ini berlangsung, seorang teman yang merupakan anggota JAKSIS ( Jawatankuasa Kolej Kediaman Siswa Siswi) baru sahaja meluahkan ketidakpuasan hatinya mengenai kehadiran mahasiswa dalam program anjuran pihak universiti. Apa tidaknya, sering kali sesuatu program peringkat kolej kediaman dianjurkan, hanya muka yang sama sahaja muncul. Kalau jumlahnya ramai tidak mengapa, tetapi jumlahnya bisa dihitung dengan jari.

Mengapa saya setuju? Sebab saya sendiri pun merasa sedemikian. Suasana damai ala kampung di Murai Jaya membuatkan kaki susah melangkah keluar. Tambahan lagi dengan rumah yang begitu selesa. Mahasiswa prefer untuk stay dalam rumah berbanding keluar mengikuti program. Itulah antara sebab yang mampu saya senaraikan, yang menyumbang kepada kurangnya penyertaan mahasiswa dalam program.

Malangnya, menurut pemerhatian saya ada yang terlalu selesa dengan keadaan ini sehingga mendorong kepada pengabaian akademik. Ia tidak berlaku secara langsung, namun ia adalah penyakit sifat yang dibiar melarat. Bagaimana?

Lazimnya, kerja adalah kurang pada permulaan semester. Student memang agak relaks pada awalnya, ditambah lagi dengan ‘pemangkin’ Murai Jaya. Lama-kelamaan, beban kerja akan meningkat dan seterusnya memuncak di ambang peperiksaan akhir tahun. Yang malangnya sifat relaks student tersebut adalah malar, tidak berubah mengikut suasana. Lantas, akademik menjadi korban akibat penyakit sifat yang dibiar melarat tanpa ubat.

Saya agak bersimpati dengan student sedemikian, terutamanya melihatkan mereka terkapai-kapai dalam akademik. Kerja ditangguh, revision ditinggalkan, kuliah selalu skip, dan kebiasaannya mereka akan menderita pada kemuncak semester. Beban kerja pada klimaksnya membuatkan mereka terkejar-kejar membuat assignment, dalam masa yang sama sakit kepala memikirkan pasal revision untuk final exam. Akhirnya, bila result keluar, muka mencebik masam kerana pointer yang merudum. Aduhai…

Nasihat saya simple jer, hidup ni bukan untuk berhibur semata-mata. Bila ada keperluan, korbankanlah relaks tu. Bilamana tugasan habis, enjoylah seadanya. Marilah kita merenung firman Allah dalam kitab suci Al-Quran yang bermaksud:

“...Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.” (Q.s. Ali Imran: 185).

Memang keinginan untuk berhibur dan bersenang lenang adalah sebahagian daripada naluri manusia, tetapi jika dibiar berlebihan akan membawa mudarat. Sejarah telah mengajar kita, bahawa bangsa yang lena dibuai hiburan akhirnya menjadi lemah dan terjajah.

Jadi, adakah kedamaian itu yang memudaratkan?
TIDAK SAMA SEKALI !

Ia berpunca daripada diri sendiri, terlalu relaks lantaran damainya suasana. Sewajarnya kedamaian yang ada di Murai Jaya digunakan untuk pelbagai tujuan baik seperti study, menenangkan fikiran dsb. Fikir-fikirkanlah… =)

[posting ni mengingatkan saya pada kata-kata seorag ustaz: "Di Malaysia ni tak macam di Palestin, kita diuji Allah dengan kedamaian. Di Palestin, mereka dihimpit kesukaran dari segenap aspek hidup. Mengapa begitu? Supaya umat Islam Malaysia dapat membantu umat Islam lain yang dalam kesusahan, bukan sahaja di Palestin, malah di serata dunia. Damai yang kita kecapi ni bukan untuk relaks." INGAT !]

Selamat Aidiladha !

|

Bukanlah Aidiladha ni sekadar menumbangkan lembu, melapah beramai-ramai kemudian membahagikan bahagian korban, tetapi antara intipatinya adalah kesanggupan mengorbankan apa jua yang kita cintai. Sanggupkah kita mengorbankan benda kecintaan kita di jalan Allah? Yang lebih penting, andai keperluan agama bertembung dengan keperluan dunia, maka keperluan agamalah yang didahulukan.

Semoga kita semua menghayati semangat pengorbanan yang ditunjukkan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.

Selamat Menyambut Aidiladha !


Di tebing jurang mutassaqit (bhgn 2)

|

Malam itu A dikelilingi anak-anak muda. Melihatkan wajah mereka yang dahagakan pengisian agama, dia terharu. Usaha mendidik & membentuk jiwa Islami cuba digalas dengan sebaik mungkin, sungguhpun kini dia terkapai-kapai tanpa input. Tanpa input, bagaimana menghasilkan output? Bukan mudah mendidik manusia.

Sesekali, A terkenang pada seorang tokoh. Namanya harum mewangi dalam lipatan sejarah Turki. Kegigihannya dalam mencari lalu membentuk jiwa-jiwa Islam cukup memberi inspirasi kepada setiap pendidik pasca 1924. Tatkala tangan-tangan jahat sekularisme mengetuk setiap pintu rumah umat Islam Turki, beliaulah yang berusaha menyelamatkan anak-anak muda daripada hanyut dibawa arus duniawi, lantas mengusir sekularisme ibarat anjing kurap daripada hidup mereka.

Suleyman Hilmi Tunahan. Penghormatan A terhadap tokoh ini bukanlah semata-mata kerana gelaran sayyid ataupun sharif yang dimiliki beliau, lantaran nasab beliau yang bersambung dengan Rasulullah s.a.w. Akan tetapi semangat kental dalam mendidik yang mendorong penghormatan tersebut.

Katakan sahaja di mana. Kereta api? Teksi? Bas? Kebun? Semuanya menjadi tempat buat Suleyman hoca mencurahkan ilmu. Halangan dari pemerintah pimpinan Mustafa Kamal Attaturk mendorong beliau membawa anak muridnya bersiar dalam pengangkutan awam untuk pengajian Quran.

Suleyman hoca juga sering berkitar di pasar sambil menanyakan buruh yang wajar,’Beritahu aku duhai anak berapa yang kau mahu?’, ‘Satu lira memadai untuk hari ini’, ‘Mari ikut bersamaku untuk mempelajari Quran dan agama Islam, aku akan beri kamu 3 lira’.


Suleyman hoca. Suleyman Hilmi Tunahan…

Seakan-akan memahami keinginan hati yang mendesak, insan yang dirindui A muncul dalam lelap. Lelaki itu menyambutnya dengan senyuman di pintu madrasah.Mereka berdakapan. Ternyata ia sebuah pertemuan bermakna antara guru dengan anak muridnya. Di dalam, kelihatan beberapa kelibat insan sedang khusyuk menekuni kitab, di bawah bimbingan lelaki itu.

Pertemuan itu memang tidak lama. A terjaga daripada tidur. Dadanya terasa sebak menanggung rindu. Tanpa disedari, mata A bergenang. Sungguh, lelaki yang muncul dalam mimpi itu banyak mencurahkan ilmu kepada A. Dia sangat merindui tunjuk ajar seorang mu’allim seumpamanya. Seorang ustaz, seorang hoca

Dalam simpuhan sesudah tahajud malam itu, A menadahkan tangan kepada Yang Maha Kuasa. Lama dia bermunajat, mengharapkan agar Tuhan menemukannya dengan seorang mu’allim, dipermudahkan jalan mengikuti majlis ilmu. Semoga dengan proses islah tersebut akan meluruskan apa jua yang bengkok dalam diri dan memberi kekuatan untuk terus memikul beban dakwah agar tidak menjadi golongan mutassaqitun.

Benarlah ilmu itu umpama hujan yang dinanti-nantikan di tanah tandus. Tanah tandus milik A. Ia menghidupkan hati yang gersang dengan curahan cahaya dari langit. Hanya hati yang terang sahaja dapat membezakan haq dengan batil, lantas menuntun jiwa dalam meredah arus duniawi. Sementalahan jiwa yang tidak terbimbing akan hanyut. Kalau tidak diselamatkan, dibimbangi jiwa tersebut akan hanyut ke neraka. Na’uzubillah.

* hoca : Secara mudah, ia bermaksud guru (bahasa Turki)
* Untuk info yang lebih lanjut mengenai Suleyman Hilmi Tunahan, bolehlah rujuk sini.

~[Watak A hanyalah rekaan semata-mata. Fiksyen]~

Di tebing jurang mutassaqit (bhgn 1)

|

Hati yang gersang umpama gurun,
Menanti tibanya majlis ilmu;
Berkatnya bak hujan yang turun,
Menyegar lantas menghidup kalbu.

A merenung jurang itu. Dalam bagai tidak berdasar. Sesekali terdengar bisikan halus, mengelus gegendang telinga kanan: “Jomlah join kami… kita muda sekali jer. Bile lagi nak enjoy !” Belum sempat A membalas, muncul lagi bisikan. Kali ni dari kiri: “Gua tau lu suka enjoy. Prefer to be relax. So kenapa nak melawan naluri? Come on la beb.” “Tengok macam kami ni. Relax & enjoy! Kasihan diri kau. Sibuk terkejar ke sana ke mari, sampai tak ada masa relax.” ujar suara halus tu lagi.

Bisikan halus berupa hasutan sering bertandang, menambahkan celaru minda. A kehabisan bicara.Diam seribu bahasa. Malah mati akal. Tension mengundang murung. Kerja yang suatu masa dahulu dipikul kerana cinta, terasa amat menjerut diri sekarang.

Racun sekularisme semakin menular ke seluruh tubuh A. Bukan A tidak tahu gejala penyakit yang dihadapinya, cuma penawarnya sukar ditemui di kawasan perumahan baru itu. “Syaitan tu ibarat serigala. Dia akan menyerang kambing yang bersendirian,” suara ustaz terasa melantun dalam jiwa.

“Akukah kambing itu?” fikir A bersendirian. Jauh daripada sahabat yang boleh membimbing, dia terasa dirinya semakin hanyut. Leka dibuai arus dunia. Tenggelam dalam gelombang hedonisme sepertimana kawan-kawannya yang lain.

Hari-hari yang mendatang diisi dengan kegembiraan. Gurau senda dan hilai tawa. Semuanya palsu. Tuhan sahaja yg tahu jiwa A kosong. Dia tidak bahagia dengan hidup begini. Kedamaian suasana kampung di Megah Raya ternyata bukan ubat derita jiwa yang dihadapinya.

“Mutassaqit?Argh…tidak sesekali!”bentak A sendirian sebagai jawapan bisikan halus yang tidak henti mendatangi dirinya.

* mutassaqit : Orang yang keciciran dari jalan dakwah. Dalam kata yang mudah, orang yang mengikuti kerja-kerja dakwah namun kemudian meninggalkannya@ tercicir atas sebab-sebab tertentu.

~[Watak A hanyalah rekaan semata-mata. Fiksyen]~

5 careers for $60k+ salaries

|

[I'm writing this not because I don't have any idea on new entry, but merely because of I found out that this topic is too interesting to be shared with you all]

This is not the first time I read similar topic in Yahoo! news. Recently, I'm interested in making research about careers for computer science graduate (I'm care about my future of course!). However, these facts I'm gonna provide to you perhaps not valid in our country. You should already knew that employees are paid high in America.

As I said, this is only a sharing that I hope is beneficial for all readers.

1. Postsecondary Education Teacher

- Teachers that instruct in areas related to education, such as counseling, curriculum, guidance, and English as a second language. Some teach exclusively while others do a combination of teaching and research. A master's degree will likely be required for university teachers, while those teaching at career institutes will mostly need to demonstrate experience and expertise in their field.
-Mean annual salary: $60,080.

2. Registered Nurse
- Registered nurses help the sick and assist doctors and other medical professionals, usually in a hospital setting.
- Mean annual salary: $65,130



3. Network and Computer Systems Administrators
-Network and computer systems administrators can be found in offices, small businesses, and government organizations -- really, anywhere where a computer system is vital to business operations. In today's society, this is just about everywhere, perhaps explaining why this career is expected to see much faster than average growth over the next seven years. Network and computer systems administrators are responsible for designing, installing, and maintaining an organization's computer systems. They usually need a bachelor's degree in an area like computer science or information systems. Without a degree, prior experience in the field is considered essential.
- Mean annual salary: $69,570

4. Occupational Health and Safety Specialist
- These guys enforce the rules for health, safety, and environmental regulations in the workplace. Their job description is primarily concerned with keeping workers and the general public safe, and may include designing work spaces, testing air quality, or inspecting machinery
- Mean annual salary: $63,030

5. Technical Writer
- I firstly heard this term while following a Software Engineering talk recently. They actually putting technical or specialized information into understandable terms. hey make technical manuals, catalogs, and assembly instructions easily digestible for the general reader. Technical writers are mainly found in the information technology industry, planning and editing technical materials, and overseeing the layout of these publications.
- Mean annual salary: $64,210

©2009 .:[Biarlah pena mewakili bicara]:. | Template Blue by TNB