Manusia dan Amanah

|

Firasat menjadi kenyataan, biarpun merasakan diri ini tidak layak, namun mengenangkan kemungkinan inilah kehendak Ilahi, hati ini pasrah menerima 'perlantikan' tersebut.

Setelah mempelajari sedikit sebanyak ilmu agama, saya mula mempersoalkan kerenah manusia yg gila jawatan. Andai mereka tahu akibatnya, nescaya PANGKAT@JAWATAN adlh perkara yg paling ditakuti.

Sebelum pergi lebih jauh, renungilah firman Allah dlm surah al-Ahzab, ayat 72:
Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kpd langit,bumi dan gunung-gunung;tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tak akan melaksanakannya(berat),lalu dipikullah amanat itu oleh manusia.Sungguh manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh.

Pokoknya, jawatan bukanlah sesuatu yg menyeronokkan,bukanlah suatu keuntungan sepertimana yg dianggap sesetengah pihak.Kerana beratnya amanah yg dipikul, imam Malik telah menolak jwtn hakim yg ditawarkan kpdnya. Apa jadi kemudian? Dia disebat hingga patah tulang belakang. Ada lagi beberapa kisah imam2 famous yg menolak jawatan,tapi tak ingat dah.

Kalau diri sendiri pun tak boleh pimpin,jgn la berangan nak pimpin org lain.Terpikulkah anda bebannya nanti?Terjawabkah anda andai disoal di akhirat kelak?
Sama2 kita renungkan....

0 ulasan:

Catat Ulasan

©2009 .:[Biarlah pena mewakili bicara]:. | Template Blue by TNB