Avigdor Lieberman, Israel's Shame

|


Pagi ni saya terjumpa satu artikel yg agak menarik, lantas mendorong saya utk menterjemah dan mengeditnya utk perkongsian kita bersama.Artikel asal di sini: www.palestinechronicle.com

"Terima kasih kepada cita2 angkuh Netanyahu, negara Israel mempunyai seorang menteri luar yg merupakan keaiban kepada negara.


Bayangkan sebuah negara yg melantik seseorang yg didapati bersalah kerana menyerang seorang kanak2 12 tahun sebagai menteri luarnya. Selain masih disiasat atas tuduhan penipuan dan pecah amanah, dia merupakan org kepercayaan partiracist yg diharamkan kerajaan dan sedang memimpin parti politik yg mencanangkan ideologi fasis,Israel Our Home Party.

Walaupun gambaran tadi nampak aneh, Avigdor Lieberman sebenarnya memenuhi segala gambaran yg dinyatakan:
*Pd 2001, ekoran daripada pengakuannya, Lieberman telah didapati bersalah memukul seorang kanak2 12 tahun. Setelah proses rayuan, dia didenda sebanyak 17,500 shekel dan terpaksa berkirar tidak akan memukul kanak2 lagi

*Pada 2004, anak perempuan berumur 21 tahun Lieberman, Michal menubuhkan sebuah firma konsultansi, yang menerima 11 juta syekel daripada sumber-sumber luar negara tanpa nama. Lieberman, menurut polis, menerima lebih dari satu 2.1 juta wang gaji daripada syarikat itu untuk dua tahun bekerja. Seperkara lagi, menurut satu siasatan oleh Haaretz, dia dikatakan menerima gaji pemberhentian tambahan – berjumlah beratus-ribu syekel – pada 2006 dan 2007, semasa dia menyandang jawatan menteri hal ehwal strategik dan timbalan perdana menteri. Menurut undang-undang Israel, duit tersebut haram.

*Lieberman adalah bekas anggota parti Meir Kahane,Kach, yang telah diharamkan akibat pendiriannya yang bersifat perkauman secara terang-terangan. Lagipun, pendiriannya terhadap orang Arab tidak pernah berubah selama ini. Pada 2003, semasa memberikan reaksi untuk satu komitmen oleh Perdana Menteri Ariel Sharon, iaitu memberi pengampunan untuk kira-kira 350 banduan Palestin, Lieberman sebagai menteri pengangkutan ketika itu menegaskan bahawa,dia akan menjadi lebih daripada gembira untuk menyediakan bas-bas untuk mengambil banduan tersebut ke laut dan melemaskan mereka di sana.

*Pada Januari 2009, dia mengatakan bahawa:"IsraEL mesti meneruskan peperangan dengan HAMAS sebagaimana yg dilakukan oleh US ketika bertempur dengan Jepun pada perang dunia kedua.Dengan itu jua, penjajahan terhadap Palestin tidak perlu." Sebenarnya dia merujuk kepada pengguguran bom atom di Hiroshima dan Nagasaki.

*Lieberman tidak menetap di sempadan IsraEL sepertimana yg diiktiraf antarabangsa. Dia tinggal di penempatan HARAM bernama Nokdim. Keadaan ini ibarat Setiausaha US yg tinggal di Mexico dan Setiausaha Luar UK tinggal di Pulau Canary.

Namun,di sebalik kesalahan2 besar ni,PM baru Netanyahu tidak ragu2 melantik Lieberman untuk mewakili Israel dalam arena antarabangsa. Keghairahan Netanyahu terhadap kuasa telah mendorongnya utk melantik seorang lelaki yang merupakan satu ancaman serius kepada Israel.Kata2 dan stail Lieberman bukan sahaja kejam, tetapi turut mempamerkan unsur2 proto-fasis yg jelas. Sepertimana yg digambarkan oleh para pemerhati IsraEl,dia sememangnya berbahaya."

Neve Gordon,pengarang artikel ini merupakan pensyarah politik di universiti Ben-Gurion,Israel.Baca buku barunya Israel’s Occupation di sini: www.israelsoccupation.info

0 ulasan:

Catat Ulasan

©2009 .:[Biarlah pena mewakili bicara]:. | Template Blue by TNB