Sisi gelap CIA & Gitmo

|

CIA(Central Intelligence Agency) sering ditonjolkan industri perfileman Amerika sebagai protagonis. ~Hero~
Rasanya tak perlulah saya menokok-tambah penceritaan syok-sendiri pengarah Hollywood tersebut.
Sebaliknya, saya ingin membawa pembaca sekalian menelusuri SISI GELAP CIA - kisah penderaan kejam di penjara Guantanamo, atau lebih dikenali sebagai Gitmo, yg bakal menyebabkan perspektif anda terhadap mereka berubah 180 darjah.

Bagi saya, kekerasan dlm soal siasat sebenarnya wujud di mana2, cuma ia jarang mendapat liputan. Biarlah mimpi ngeri itu menjadi igauan mangsa sahaja & pelaku keganasan itu terus dibiarkan bermaharajalela. Tanpa perlu melihat ke seberang, di Malaysia pun acap kali kedengaran laporan media mengenai mangsa kekejaman soal-siasat ni. Apatah lagi di Israel, bekas tahanan di penjara zalim tersebut mendedahkan pelbagai fakta yg merengggut perasaan. Misalnya, kedua belah lengan diikat lalu tali itu ditarik sehingga menyebabkan tahanan tergantung di udara, kemaluan dihiris2 dan mcm2 lagi...

Tampak macam babak dlm filem atau drama, namun itulah realiti. Keputusan Barack Obama mendedahkan semua ini tak lain tak bukan hanyalah utk menonjolkan legasi Bush kepada orang ramai. Cuma bagi saya, keputusan dia utk tidak mendakwa agen CIA yg melakukan keganasan tersebut, agak mengecewakan. Adakah ini strategi memancing lebih byk pengakuan dr pegawai CIA ataupun dia turut merestui jenayah kemanusiaan pegawai2nya?

Dokumen yang ditulis pegawai undang-undang pada 2002 hingga 2005, mendedahkan penggunaan pelbagai cara yang tidak hanya mendatangkan kesakitan fizikal dan mental, tetapi mampu meletakkan suspek itu di ambang maut.

Antara contoh penderaan tersebut:

  1. Waterboarding
  2. Walling
  3. Serangga(?)
  4. Dilarang tidur
  5. Dibogelkan secara paksa
  6. Dibiarkan kelaparan
Malas nak berceloteh panjang, biarlah saya menghuraikan secara ringkas penderaan yg menduduki carta 1-3.

#Waterboarding

Dalam kaedah ni, tubuh mangsa ditahan agar tidak bergerak, lalu air dicurahkan ke muka & laluan pernafasan. Ia berbeza dengan teknik merendam kepala suspek ke dlm air kerana teknik ni mendatangkan kesan serta-merta dan berpanjangan misalnya kesakitan melampau dan kerosakan paru-paru serta otak.

Dengan teknik ni, Khalid Sheikh Mohammed, perancang utama 11 September 2001 telah diseksa sebanyak 183 kali, manakala seorang lagi suspek pengganas, Abu Zubaydah, 83 kali, seperti dilaporkan media negara itu.

#Walling

Teknik yg tidak kurang zalim ni dinamakan sebagai 'Walling'. Tahanan dihentak ke dinding palsu, lalu menghasilkan bunyi hentakan bahu yang kuat. Tindakan ini melontarkan gambaran seolah-olah impak yang dialaminya itu lebih serius daripada sebenarnya. Utk pendetilan lanjut, klik sini.

Laman ni memaparkan memo yg meluluskan 10 kaedah penderaan terhadap suspek teroris, atau dlm ayat yg spesifik, 10 teknik seksaan zalim yg direstui BusH.

#Serangga

[Abu Zubaydah]

Kaedah penderaan mental yg digunakan terhadap Abu Zubaydah. Dia yg diketahui fobia terhadap serangga telah dikurung bersama makhluk itu, menyebabkan dia menghidap tekanan mental yg melampau. Sebuah kotak yg didakwa mengandungi serangga berbisa juga diletakkan dlm selnya, sekadar utk menakut2kannya walaupun hakikatnya serangga itu tidak berbahaya.

Kesimpulan

Di sebalik semua kekejaman tersebut, adakah teknik ni boleh mendapatkan maklumat yang diingini? Jawapannya, tidak. Mereka boleh melakukan apa shj utk membuatkan suspek bersuara. Mungkin suspek bersuara, namun, yang pasti, ia bukanlah maklumat yang diingini atau lebih tepat lagi, suspek mungkin berbohong semata-mata utk menghentikan penyeksaan itu. Kita sendiri menjadi saksi kepada tahanan yg telah dibebaskan, di mana sesetengahnya membuat pendedahan: Mereka terpaksa membuat pengakuan palsu gara2 tidak tahan diseksa.

Penyelidikan pada 2006 membabitkan sekumpulan saintis dan bekas pegawai perisikan sudah bersara yang bergabung tenaga telah mempertikaikan kaedah soal siasat yang keras itu. Laporan kajian tersebut turut menegaskan masyarakat secara saintifik tidak pernah mengiktiraf atau mengakui kaedah soal siasat yang kejam sebagai cara terbaik dan paling berkesan mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai atau diharapkan.
Persoalannya, mengapakah kaedah barbarik ni masih diaplikasikan di neGarA maJu Amerika??

Masih terlalu banyak jenayah CIA yg belum disingkap.
Posting ni hanya mencakupi isu terkini dan melibatkan CIA, belum lagi menyentuh isu terdahulu.
Masih ingat pada gambar ni?

[Penyiksaan Amerika di penjara Abu Ghraib]

Gambar2 penyiksaan kejam tentera Amerika pasti membakar hati setiap muslim yg masih normal imannya. Terlalu banyak gambar berunsur 18sx yg tak sanggup saya upload.
Lebih malang lagi bila penyangak2 ni tidak mendapat balasan setimpal. Hanya segelintir yg dihadapkan ke mahkamah.
Memadailah dengan gambaran ringkas yg saya berikan ni, moga2 para pembaca kalian mendapat manfaat dan membuatkan kalian berfikir sejenak:
Apa sudah jadi pada umat Islam??

0 ulasan:

Catat Ulasan

©2009 .:[Biarlah pena mewakili bicara]:. | Template Blue by TNB