Tersenyum. Itulah respon saya sebaik sahaja selesai membaca salah 1 artikel akhbar online hari ni.
Apa kaitan antara kasut dan politikus? Kedua-dua entiti ni tampak seperti adik-beradik. Adakah kerana politikus mesti memakai kasut setiap kali keluar rumah? Atau ada definisi baru bagi mentakrifkan hubungan ni?
Pasca insiden wartawan Iraq, Muntazer al Zaidi yang melontar kasut kat Presiden Bush dalam satu sidang media bersama Nouri al Maliki, tindakan melontar kasut kat politikus seolah2 menjadi trend baru dalam meluahkan ketidakpuasan hati terhadap mereka, dengan cara yang amat efektif. :p
["Urgh..elak!!! "]
[Muka bangga Bush kerana berjaya mengelak]
[Kanak-kanak bermain dengan kasut milik Muntazer di luar apartmentnya.]
[Sebuah monumen didirikan khas sempena 'keperwiraan' Muntazer]
Sebelum saya pergi lebih jauh, ikutilah dulu sorotan berita ni(18 April):[Muka bangga Bush kerana berjaya mengelak]
[Kanak-kanak bermain dengan kasut milik Muntazer di luar apartmentnya.]
[Sebuah monumen didirikan khas sempena 'keperwiraan' Muntazer]
"NEW DELHI: Ahli politik India yang bertanding dalam pilihan raya meminta kawalan keselamatan lebih ketat dan kawat berduri bagi melindungi mereka daripada kemungkinan dicederakan atau dilempar kasut oleh pengundi. Calon perdana menteri daripada Parti Bharatiya Janata, (BJP) Lal Krishna Advani adalah ahli politik terbaru yang menjadi mangsa kemarahan pengundi kelmarin apabila seorang pekerja parti yang marah melemparkan selipar ke atas ketika mengadakan mesyuarat kempen di tengah negara itu.
Selipar berkenaan bagaimanapun tidak terkena Advani tetapi satu amaran pihak berkuasa supaya meningkatkan kawalan keselamatan ke atas semua pemimpin di seluruh negara. "
Di India, melontar kasut ke arah seseorang dianggap sebagai simbol penghinaan. Minggu lalu, seorang wartawan Sikh melempar kasut ke arah menteri dalam negeri India, P.Chidambaram dalam satu sidang akhbar selepas marah dengan jawapan yang diberikannya berikutan soalan beliau mengenai rusuhan 1984 yang menyebabkan ratusan penduduk Sikh terbunuh.
Tidak cukup dengan peristiwa tadi, 3 hari kemudian, seorang pesara guru melempar kasut ke arah ahli parlimen Kongres Naveen Jindal pada satu perhimpunan pilihan raya di negeri Haryana. Malangnya, 'tembakan' tersasar dan pesara guru itu ditahan kemudiannya.
PM China, Wen Jiabao turut menjadi mangsa ketika memberi ucapan di Universiti Oxford. Sambil melaungkan "Keluar dari Tibet !!", pengkaji patologi dari Jerman melontar kasut ke arah beliau. Peristiwa ni bukan yg terkini. Tak silap saya ia berlaku samada tak lama sebelum/selepas peristiwa Muntazer melontar kasut di Iraq.
[Martin Jahnke, 27 dihadapkan ke mahkamah majistret Cambridge namun didapati tidak bersalah atas tuduhan penghinaan pemimpin awam]
Pelbagai sumber di internet yg mengulas ttg isu ni dengan pendekatan yg tersendiri.Saya ingin memetik sumber yg berunsur humor, misalnya di sini, laman web ni 'menjual' kasut+boomerang. Dengan kata "Can’t think of the perfect way to disgrace your least favorite politicians? We humbly suggest the Shoe-Merang. Now, you can throw your Oxford at whomever you desire and be confidant that you’ll receive the shoe back, untouched by any Secret Service hands."
Kemudian, cuba fahami maksud komik di bwh:
Sekarang, tiba di tangan pembaca kalian utk menyimpulkan sendiri apakah kaitan antara kasut dan politikus.
Selamat Menyimpul !!
[p/s: Jangan sampai tersimpul sudahla..he..he.. :p]
0 ulasan:
Catat Ulasan