Rangkuman berita hari ni

|

ISRAEL PENCURI !!


Rabu, 08/04/2009 - Yayasan al Aqsa menyatakan bahawa pihak Zionis-Israel telah mencuri batu masjid al-Aqsa dan di letakkan di Knesset. Terdapat bukti fotografi yang membenarkan kejadian itu. Selain itu, batu-batu yang dicuri telah di bawa ke tempat lain yang tidak diketahui. Seorang pemimpin Harakah Islamiyah, Syaikh Kamal al Khatib mengatakan, jelas sekali Zionis-Israel merupakan pencuri bahan sejarah, perosak geografi dan memutarbelit sejarah. Namun tidak mengejutkan kerana memang Zionis-Israel adalah “pakar” dalam kerja-kerja jijik itu.

Zionis-Israel telah mencuri khazanah Islam dan Arab. Hingga ini, mereka masih belum dapat membuktikan terdapatnya kuil yang mereka war-warkan.

Artikel asal

DOKTOR GAZA CALON HADIAH KEAMANAN NOBEL


BAITULMAQDIS: Seorang doktor Palestin yang kehilangan tiga anak perempuannya akibat dibunuh oleh askar Israel ketika tentera rejim Zionis menyerang Gaza, dicalonkan untuk Hadiah Keamanan Nobel.
Menteri Hal-Ehwal Minoriti Israel, Avishay Braverman mengucapkan tahniah kpd (Ezzedine) Abu al-Aish(gambar).Menurut berita, anak perempuannya terbunuh ditembak tentera IsraeL yg kononnya menyasarkan tentera HAMAS.Apa2pun, doktor ni mengatakan klu dia menang, ia adalah anugerah kpd Palestin dan IsraEL.Tahniah atas pencalonan tersebut!!Palestin Boleh!

'Barat perlu henti dasar boikot Hamas'

Inilah kata2 pemenang Nobel Keamanan, Marrti Ahtisaari yg mengatakan bhw Barat samada suka atau tak kena berunding dgn kumpulan itu.
"Tidak realistik bagi Barat menuntut Hamas mengiktiraf Israel, menamatkan keganasan dan menghormati perjanjian damai sebelum ia berbincang dengan kumpulan itu.
Ditanya jika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, boleh berdamai dengan Palestin, Ahtisaari berkata: "Bagaimana dengan Nixon dan Kissinger dan China?"

Bekas Presiden Amerika, Richard Nixon, dan Setiausaha Negaranya, Henry Kissinger, memecahkan dasar meminggirkan China selama suku abad dengan melawat Beijing pada 1972. "

[p/s:Sori tak dapat mengulas, hari ni busy sgt]

0 ulasan:

Catat Ulasan

©2009 .:[Biarlah pena mewakili bicara]:. | Template Blue by TNB