.:| Sungguhpun masa tak mengizinkan, tapi posting tetap diteruskan, takut klu menangguh lupa plk nanti. |:.
Agak2nya ada di antara kita yang pernah nampak gambar ni. Pertama kali melihat gambar ni, saya menyangkakan bahawa Ismail Haniyeh, PM Palestin sedang menoleh ke arah lain sebelum sujud sepertimana org lain. Juru kamera yang nampak situasi ni, segera mengambil gambar. (mcm org tak khusyuk solat plk! )Namun, saya tak sangka ada lagi gambar lain sebegini:
Hah..apa signifikan saya menimbulkan isu ni? Klu tak penting, lebih baik saya study.
Musuh HAMAS menggunakan gambar yang pertama tadi utk mengatakan bahawa Ismail Haniyeh ni HIPOKRIT!!
Sebenarnya, kesemua insiden ni dirakamkan ketika Ismail Haniyeh yg sdg dalam bussiness trip, singgah sebentar di masjid puak Syiah di Iran utk menunaikan solat.
Kesemua gambar tadi bukan menunjukkan beliau dan pengawalnya tak khusyuk solat, bahkan mereka tak join jemaah langsung!
Mengapa ini terjadi pula?
Dah duduk satu saff tapi tak solat bersama pula?
"Ismail Haniyeh masih duduk tika jemaah lain sdg iktidal@baca Qunut. Perhatikan kelibat pengawalnya di blkg."
Jawapan yang sebenar ada dlm video ni, saya rekomen anda menonton video ni sampai habis utk memahami kronologi peristiwa yang berlaku.
Namun, bagi sesiapa yang tak berkesempatan, cukuplah ini sebagai jawapannya:
"It's because they didn't sell their religion!"
Ringkas namun padat bukan?
[p/s: Jawapan bagi dakwaan beliau adalah hipokrit tak ditemui, Namun, saya menyimpulkan sendiri: tak salah duduk bersama Syiah, asalkan kita tak ikut dorang sudahlah! (sepertimana yg dilakukan PM Palestin) ]
GAMBAR 2#
Seimbas pandang, saya terkenangkan ceramah Ahmad Deedat yang pernah saya tontoni suatu ketika dahulu. Saya bukanlah seorang yang pakar dlm bidang interfaith, cuma saya teringat kata2 allahyarham dlm bukunya The Choice: perisitiwa penyaliban(crucifixion) pada hakikatnya adalah penghinaan yang besar terhadap 'anak Tuhan', mana tidaknya, Nabi Isa a.s (menurut penceritaan Bible) disalib, yakni tangan dan kakinya dipaku di atas palang kayu. Mukanya diludah dan kepalanya disarungkan gelung yang diperbuat daripada kawat berduri. Dihina beramai2 kemudian....
Sewajarnya, SALIB adalah objek yang paling dibenci oleh penganut Kristian, kerana itulah peristiwa 'Tuhan' mereka dihina !
Yang peliknya, itu pula yang menjadi identiti dan kebanggaan mereka. Lihat sajalah gambar di atas, pope tu meletakkan miniatur salib dengan penuh perasaan di dahinya!! Apa kes??
Artis2 Barat pula, terutamanya hip-hop dengan budaya bling-bling amat bangga sekali mempamerkan rantai salib mereka yang besar !!
Lagi menyedihkan lagi bilamana saudara muslim kita, hanya mengikut membabi buta budaya ni. Sibuk juga menggantungkan rantai di leher atau gelang di tangan, walaupun ianya bukan berbentuk salib!
????
Bagi sesiapa yang berkesempatan, layarilah blog sahabat saya, searching for the truth yg nampaknya mula menceburi bidang interfaith, sungguhpun pada hakikatnya dia bukanlah pelajar jurusan agama. Saya tak tahu siapa gurunya, cuma gerakan misionaris amatlah aktif dan reaktif sekali di negeri saya, dlm usaha mereka memurtadkan org Islam. Justeru, penglibatan syabab yang masih berminda segar amatlah diperlukan, sebagai resistance terhadap fenomena menyayat hati ni. Hah...sekarang siapa nak tampil membela Islam?? Kalau bukan anda yg bergelar muslim, siapa lagi?
0 ulasan:
Catat Ulasan