Posting ni merupakan revised edition bagi posting saya terdahulu.
Prinsip saya - cuba mengelakkan diri dari terpengaruh dgn dakwaan semberono, atas dasar menjaga kebenaran dan mengelakkan fitnah.Kalau anda benar, tampilkan bukti! Namun, perkara ni tampak terlalu jelas bagi saya hingga mendorong saya utk memberi amaran kepada anda semua: Berhati2 dgn permainan AKP!!
(Sudi2kanlah tinggalkan komen anda utk menegur kesilapan saya)
Faisal Tehrani dlm blognya menyatakan: "AKP adlh parti sekular-liberal maka tidak menghairankan jika ada orang tergila-gilakan strategi dan metodologi parti tersebut untuk diaplikasikan di sini. Parti yang memperjuangkan Islam di Turki tetaplah parti yang dipimpin Necmettin Erbakan."
Sungguhpun ada blogger lain yg meletakkan Faisal Tehrani dlm senarai blog perlu diawasi, misalnya dalam terus.terbang.tinggi namun hujah yg dibentangkan terlalu meyakinkan, lengkap dengan pengemukaan bukti yg kukuh.
Klu lah benar dakwaan golongan ini, agak2nya saya pun slh sorang yg terperdaya dgn 'silap mata' Erdogan. Misalnya, peristiwa Erdogan memalukan PM IsrAeL dlm WEF 2009 spt mn yg saya tunjukkan dlm posting dahulu. Melalui pembacaan saya dlm sini, perenggan 7 menunjukkan sokongan Erdogan terhadap Abbas dan Road Map yg zalim.
Saya tidak sangka rupa2nya Amerika mempergunakan AKP dlm:
1)Menjadi pemujuk Syria
2)Mengimbangi kuasa dan pengaruh Iran
3)Memberi suntikan besar untuk moderat dan liberalis di dunia Islam
'Kalau betullah mereka ni pejuang Islam, sudah lama kuasa BaRaT ghairah menghancurkannya spt mn yg terjadi kpd HAMAS'
Apa2pun, saya bersedih dgn sandiwara Erdogan. Dia mmg pernah 'mengetuk' IsrAEl namun kemarahannya tidak pula diterjemahkan dlm memutuskan hubungan diplomatik dgn negara HARAM tu.
Pernyataan seterusnya memberikan bukti menyayat hati mengenai perkara ini:
Januari 2000, Turki dan Israel menandatangani "Turkish Israeli free trade agreement" yang menjadikan Turki sebagai negara Islam pertama mempunyai perjanjian sedemikian dengan regim Zionis.
Turki adalah pembeli kepada sistem satelit Ofeq yang dihasilkan oleh Israel, ini termasuklah sistem 'Arrow missile air-defence'. Ini bermakna kemampuan militari dan perisikan Turki bergantung sepenuhnya kepada Zionis.
"AK Parti tidak ada agenda agama". Tidak hairanlah 24 Mei 2004 selepas Erdogan mengecam pembunuhan as Syahid Shaikh Ahmad Yassin, firma separa kerajaan Zorlu Group dari Turki menandatangani projek bernilai 800 juta dengan Israel.
Strategi 'makan dua' Parti Keadilan Turki ini lebih jelas apabila Menteri Luar Turki waktu itu Abdullah Gul (sekarang Presiden Turki) boleh menandatangani pembinaan zon industri dengan Palestin (kerajaan Abbas) dan Israel pada hari yang sama iaitu pada 31 April 2006.
Nampaknya begitulah, untuk mengimbangi emosi pengundi muslim Turki, AKP akan sekali-sekala 'menghentak' Israel tetapi kekal menjalinkan hubungan mesra di belakang. Sehinggakan di permukaan orang menyangka AKP adalah wira negara dan umat Islam, sedang di belakang keintimannya dengan Zionis tetap berjalan.
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan