[Gambar atas: Roxana bersama bekas presiden Iran, Mohd Khatami]
TEHRAN: Setelah ditahan semenjak 31 Januari yg lalu, akhirnya Roxana Saberi, wartawan Amerika berbangsa Iran dibicarakan hari ni atas tuduhan mengintip bagi pihak Amerika.
“Semalam, sesi pertama perbicaraan diadakan dan beliau diberikan peluang untuk bercakap di depan mahkamah bagi mendengar pembelaannya,” kata jurucakap badan kehakiman negara berkenaan, Ali Reza Jamshidi.
Menurut sumber media dari Amerika, misalnya di sini, Roxana ditahan ketika membeli wain. Penjual tersebut kemudiannya melaporkan perkara itu dan Roxana telah ditahan.
"Mereka hanya membuat alasan utk menahan org. Pernah ada org lain turut ditahan atas alasan yg sama, tapi dia tak minum arak pun," kata Scott Simon, hos "Weekend Edition Sunday". Menurut sumber, dia ditahan di penjara Ivan, Tehran yg dilabelkan sebagai notorious.
Dari pihak lain pula, menteri luar Iran pernah membuat kenyataan bhw Roxana beroperasi mengumpul berita secara haram lantas mendorong penahanannya.
Apa2pun, tampak kontra antara dua pernyataan tadi.
Secara ilmiahnya, saya tak hairan andai kenyataan yg dikutip dari Amerika bersifat provokatif, kerana mereka sememangnya mengharap seluruh dunia memeluk pegangan mereka iaitu Iran pengancam keamanan sejagat ! Justeru, kenyataan media adalah medan "rekrutasi pengikut" yg sgt penting. Mereka cuba menanamkan idea mereka dlm minda setiap penonton berita.
Peliknya, tak diberi pula pendetilan mengenai PENGINTIPAN tersebut. Petikan berita tak menunjukkan sedikit pun perincian. Agaknya rahsia kerajaan Iran kot? :p
Sebenarnya berita ni tak menghairankan saya, sbb mmg terdapat perisik yg menyamar sebagai pelancong. Ada yg menyamar sbg pekerja awam, malah menjawat jawatan pegawai lagi! Misalnya kes pembunuhan warga asing dlm bas perlancongan yg pernah heboh suatu ketika dulu di Malaysia. Sampai hari ni pembunuhnya tak dijumpai. Dgr2 kata member, sbnrnya 'warga asing' tu adalah pengintip dan pembunuhan tu sbnrnya dilakukan oleh komando Malaysia. Sejauh mn kebenaran cerita ni, wallahu'alam. Persoalannya, siapa yg mengarahkan pembunuhan tersebut, andai cerita td benar?
MISTERI...
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan