Israel bolot bekalan air Palestin

|

"BAITULMAQDIS: Penduduk Israel empat kali lebih mudah mendapatkan bekalan air berbanding penduduk Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, kata Bank Dunia dalam laporannya semalam."
[Berita Harian]

Nampaknya perjanjian damai sementara 1995 tidak membekalkan air yang mencukupi buat penduduk Palestin.

Namun, seorang pegawai Israel yang tidak berpuas hati mengatakan perbandingan tadi ibarat membandingkan epal dan tembikai, kerana IsRael mempunyai lebih banyak sektor industri maju berbanding Palestin dan ia boleh menjejaskan penilaian per kapita pemilikan air. "Laporan Bank Dunia itu ‘mengelirukan’, " katanya.

Hmm...bagi saya, tak kisahlah apa pun dakwaan mereka ataupun laporan Bank Dunia yang tidak tepat, sebab satu hakikat telah terbukti, iaitu YahUdi ZioniS bukan sahaja membina penempatan haram secara konsisten di Palestin, malah mencuri bekalan air bersih penduduk asal.
Sudahlah air sedikit, dicuri pula!

Masih segar di ingatan, betapa sebaknya hati saya tika membaca sorotan2 berita mengenai kesengsaraan penduduk Gaza ketika form 5 dahulu. Tahun 2006, HAMAS mengukir detik bersejarah apabila memenangi pilihan raya legislatif dan secara sahnya menjadi pemerintah Palestin. 'Polis dunia' telah menyeru dunia agar memboikot kerajaan pengganas ni, lantas pelbagai sekatan telah ditambah lagi ke atas penduduk Gaza yang telah cukup menderita sebelum ni.

Dalam kesesakan yang kian meruncing, saya bertambah sedih tatkala membaca berita mengenai penghuni setinggan Yahudi di Palestin yang mencuri air penduduk tempatan. Keadaan bertambah teruk kemudian hinggalah muncul laporan yang menyatakan bahawa terdapatnya penduduk Palestin yang terpaksa minum air kumbahan!!

[sekadar gambar hiasan]

Apakah perasaan anda andai disuruh minum air kumbahan?
Jerang air tu kemudian minum macam air masak biasa..
Tentunya jijik bukan?
Namun itulah realiti yang berlaku!

Tidak cukup dengan itu, selang beberapa lama kemudian saya disogokkan lagi dengan fakta bahawa IsraeL telah meletakkan sejenis bahan kimia yang tiada rasa, bau dan warna dalam bekalan air penduduk Palestin.
Saya tak ingat nama bahan tu, yang pastinya ia boleh memandulkan si peminumnya.
Di manakah rasionaliti tindakan ni?
Jelas sekali mereka sedang melakukan penghapusan suatu bangsa dan keturunannya secara sistematik.
Holocaust dalam diam
Perisitiwa ni turut dirakamkan dalam salah satu babak filem Paradise Now, di mana seorang pemandu teksi berborak dengan watak utama sambil mengatakan bahawa IsraeL meletakkan bahan memandulkan dalam air bekalan mereka.



[p/s:Siapa yang nak filem ni, maklumkan kt saya. Insya Allah saya cuba upload nanti]

"ISU PALESTIN ADALAH ISU UMAT ISLAM. PEDULIKAH KITA?"

0 ulasan:

Catat Ulasan

©2009 .:[Biarlah pena mewakili bicara]:. | Template Blue by TNB