Mengenang 5 tahun kesyahidan...

|

::Untuk para mujahidin yang bertebaran di muka bumi Allah dan seluruh generasi al-Quran yang telah mewakafkan diri mereka utk Islam, sehingga bermandi keringat dan darah, semata-mata untuk meletakkan baja bagi perjuangan ini::

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah,(bahawa mereka itu) mati; Bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya." [Al Baqarah:54]

Zaman berlalu dan pejuang silih berganti. Zaman jualah saksi kepada insan2 yg menawarkan jiwa dan harta mereka di jln Allah, hingga sebahagian mereka gugur syahid dlm meneruskan rantai2 perjuangan ini.

Tanpa disangka, 5 tahun telah berlalu pasca kesyahidan dua tokoh besar HAMAS. Posting ini bukanlah untuk meratapi kehilangan mereka kerana yg pergi takkan kembali lagi. Akan tetapi, marilah kita bersama2 mengutip mutiara yg mereka tinggalkan, utk memacu perjuangan kita di tanah air yg tercinta ini. Mudah-mudahan ianya memberikan inspirasi dan menjadi tauladan kepada kita emua.

Tokoh 1# As-syahid Syeikh Ahmad Yassin
Nama ini tidak asing lagi bagi pemerhati isu Palestin. Beliau merupakan antara pengasas HAMAS pd Disember 1987 bersama tokoh Ikhwanul Muslimin cwgn Gaza yg lain. Dengan sifat warak, berani, lantang berpidato, sedia berkorban dan berdaya pimpin, beliau telah dipilih sbg pemimpin.

Sungguhpun lumpuh seluruh badan dan buta sebelah matanya, Syeikh Ahmad Yassin merupakan figura yg paling digeruni rejim Zionis. Kata2 yg terpacul di mulutnya adalah siraman kerohanian yg mampu membangkitkan semangat jihad penduduk Palestin. Kelumpuhan diri tidak menghalang beliau utk mendidik dan terus-menerus membina generasi Palestin yg tidak gentar dlm mempertahankan tanah isra' Rasulullah S.A.W.

Beliau bekerja sebagai guru Bahasa Arab dan Tarbiyah Islamiyah, kemudian bertugas sebagai khatib dan guru di masjid-masjid Gaza. Dalam masa penjajahan, beliau menjadi khatib paling popular di kalangan masyarakat Jalur Gaza karena kekuatan argumennya dan keberaniannya dalam al haq (kebenaran).

Telah beberapa kali keluar masuk penjara, dan pernah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Yahudi laknatullah, Syeikh Ahmad Yassin akhirnya dibebaskan Subuh 1 Oktober 1997 sebagai pertukaran tawanan antara PLO dan pihak rejim, setelah misi IsrAeL membunuh Khaled Meshaal gagal.

Seksaan dlm penjara telah menyebabkan Syeikh Ahmad Yassin lumpuh seluruh badan dan buta sebelah mata. Mata sebelah kanannya turut rabun. Pelbagai penyakit yg dideritai beliau sewaktu dlm tahanan telah menyebabkan beliau masuk Hospital Penjara beberapa kali. Setelah keluar penjara pun, IsraEL telah beberapa melakukan percubaan membunuh beliau. Namun, semua itu tidak melunturkan semangat juang di jiwa. Perjuangan tetap diteruskan.

Syeikh Ahmad Yassin syahid pada hening Subuh 22 Mac 2004, dlm perjalanan pulang dari masjid Akademi Islam yg diasaskannya seusai solat Subuh. 3 peluru berpandu yg digugurkan helikopter Zionis telah mengenai beliau dan 2 org pembantunya. Kerusi roda yang dinaiki beliau hancur lebur dan dipenuhi dengan darah.

"Aku tercari-cari di mana Syeikh Yassin selepas peluru berpandu pertama jatuh....(saya nampak) dia (Syeikh Yassin) terduduk di atas tanah dan kerusinya hancur....orang ramai tergesa-gesa ke kanan dan ke kiri. Kemudian, selepas itu jatuh 2 peluru berpandu yang lain."

"Saya lihat 3 helikopter berlegar-legar di udara selepas ketiga-tiga peluru berpandu itu, saya bersama orang ramai segera untuk menolong Syeikh dan mangsa yang cedera, akan tetapi ia telah bertukar menjadi cebisan-cebisan daging. Saya nampak mukanya, peluru berpandu mengena kepala beliau menyebabkan otaknya terhambur keluar ke atas tanah...saya menangis.... "
[saksi kejadian]

"Saya tidak takut mati syahid, bahkan saya sukakan mati syahid, ketika mereka inginkan daku, mereka boleh mendapatkanku di kerusi rodaku, saya tidak bersembunyi."
[Syeikh Ahmad Yassin]

Tragis tapi itulah hakikat.Kesyahidan Syeikh Ahmad Yasin bukan satu peristiwa yang berlalu begitu sahaja. Bahkan ia adalah peristiwa besar yang mendapat perhatian mereka yang berjiwa merdeka di seluruh dunia. Ia juga menjadikan umat Islam dan bangsa Arab menyedari tentang bahaya sebenar yang direncanakan oleh rejim Zionis terhadap bumi Palestin.

Tokoh 2# As-Syahid Dr.Abdul Aziz Rantissi

Tokoh HAMAS yang kedua juga merupakan salah seorang pelopor HAMAS, beliau dilihat sebagai tokoh rakyat Palestin mewakili golongan profesional. Nama sebenar beliau adalah Abdul Aziz Ali Abdul Hafiz al-Rantisi. Beliau menamatkan ijazah kedoktoran dlm Master di Univesiti Iskandariah, Mesir dan pulang utk berkhidmat di Hospital Nasir,Khan Yunus dengan membawa fikrah Ikhwanul Muslimin.

Semenjak pelajar lagi beliau amat aktif dengan kerja-kerja amal kebajikan dan dakwah apatah lagi semasa perkhidmatannya di Khan Yunus. Misalnya, selain terlibat sebagai jawatankuasa Mujamma Islami di Gaza,Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin(Ibnu Ismail), beliau juga berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Islam Gaza dan juga ketua Jabatan Pediatrik di Hospital Nasir.

Penjara adalah ibarat rumah kedua doktor ini. Terlalu rumit utk diceritakan, memadailah dengan meringkaskan bahawa beliau telah dipenjarakan sebanyak 14 kali oleh rejim Zionis. Kemudian, Palestinian National Authority (PNA) yang diketuai oleh Yasir Arafat pula memenjarakan beliau sebanyak 4 kali.

Jeriji besi ternyata bukanlah tempat asing bagi para pejuang agama. Inilah tempat mereka mencari kejernihan hati, selain bertindak sebagai institusi pengkaderan dan universiti tarbiah. Pada 1990, Abdul Aziz Rantissi & Syeikh Ahmad Yasin dikurung dlm sel yg sama. Kesempatan ini diisi dgn menyempurnakan hafazan Quran.


Abdul Aziz Rantissi juga pernah dibuang daerah, iaitu di kawasan perbukitan yg sgt sejuk. Seorang doktor yang sepatutnya boleh hidup mewah telah dipaksa tinggal dlm khemah tanpa alat pemanas dan alat keperluan yg lain. Namun, kesemua insiden tadi tidak melemahkan semangat juang yang kental yang dimiliki doktor ini. Maka namanya harum mewangi dalam kalangan masyarakat Palestin.

Menjadi org penting dalam HAMAS bermakna meletakkan diri dalam senarai pendek rejim Zionis untuk dibunuh. Israel pernah melancarkan percubaan membunuh beliau. 10 Jun 2003, Israel dengan taktik bacul dan biadapnya cuba membedilnya dengan roket dari helikopter Apache. Serangan itu menemui kegagalan apabila Dr.Rantisi dan anaknya yang masih kecil berjaya menyelamatkan diri mereka.


[ Gambar atas menunjukkan Rantissi yang menerima rawatan setelah serangan itu dan keadaan jalan di bandaraya setelah pengeboman tersebut.]

Beliau telah dilantik menerajui bahtera kepimpinan HAMAS saat rakyat sdg berduka dgn pemergian Syeikh Ahmad Yassin. Pelbagai demonstrasi awam telah berlangsung dan IsraEl terus meningkatkan operasi mereka utk menghalang rakyat Palestin membalas dendam terhadap kematian Syeikh kesayangan mereka.

Dr.Abdul Aziz Rantissi syahid pada petang 17 April 2004 bersama dua orang pengawal setia beliau(hari ni dah genap 5 tahun pemergian beliau). Jam 8.30 ptg, mereka berada dalam kereta Subaru putih di utara Gaza apabila helikopter Apache isRAeL melancarkan peluru berpandu. Tindakan itu menyebabkan kesyahidan dua org pengawalnya serta merta di tempat kejadian. Beliau yg cedera parah di kepala, leher dan dada meninggal beberapa minit selepas dikejarkan ke bilik pembedahan Hospital as-Syifa.Sepertimana pejuang lain, jenazah pejuang ini diarak dgn penuh semangat yg membara, takbir dan laungan kalimah tayyibah ke pusara.

****************************************************************************
Kehilangan dua penggerak yang amat besar dalam tempoh begitu singkat merupakan mehnah yang besar buat HAMAS. Tidak lumpuh, namun terus mara menongkah arus, itulah tindakan HAMAS. Hasilnya, ujian demi ujian telah menjadikan perjuangan mereka lebih matang dan menyumbang kepada meningkatnya populariti HAMAS. Buktinya, mereka bukan sahaja memenangi pilihan raya legislatif di Palestin pada Januari 2006, 'Operation Cast Lead' baru-baru ni telah menyebabkan HAMAS mendapat sokongan yang lebih meluas. Dunia mula mengenali siapakah HAMAS yang sebenarnya. Mereka bukanlah pengganas seperti mana yang dicanangkan Barat, bahkan merekalah pembela tanah air daripada dicemari oleh rejim Zionis.

Ya Allah! Berikan kami semangat jihad yg ampuh sebagaimana darah yg mengalir dalam diri pejuang terdahulu daripada kami!
WALLAHU'ALAM.


[p/s: Sebenarnya HAMAS telah mengadakan peringatan 5 tahun pemergian ni di Palestin 23 Mac yang lalu. Akibat lupa, harap posting pada 17 April masih tidak terlewat] :D

0 ulasan:

Catat Ulasan

©2009 .:[Biarlah pena mewakili bicara]:. | Template Blue by TNB