Karya: Hamba Allah
Tajuk: ----
"Bukan ana tak redha dengan takdirNya, tapi tiadakah org lain yg lebih layak dari ana?"
Demikianlah luahan ana kepada seorang senior selepas majlis perlantikan."Ana ni tak lain tak bukan hanyalah seorang hamba yg tak punyai kemahiran memimpin. Sedangkan diri pun tak terpimpin, inikan pula nak menuntun orang lain..?"tambah ana lagi. Senior itu diam seribu bahasa, entah apa yg bermain dlm benak fikirannya mendengar luahan hati ana.
Bukan ana nak merendah diri,tapi ana memang begini. Amanah kepemimpinan sangat berat,itulah yg mendorong penolakan tersebut. Apa akan jadi andai ana tak dapat memikul beban yg diamanahkan?Bolehkah ana salahkan senior yg melantik ana?
Mendengar kisah para sahabat dari institusi lain, timbul iri di hati kerana gerakan mereka dah mantap. Ana akui, keadaan ana di sini memang serba kekurangan, kekurangan amilin Islam yg kronik..Bagaimana nak bergerak andai situasi ini terjadi?
Mustahil utk buat gerakan solo dlm menjayakan visi dan misi yg besar ini!!
Bukan juga ana tak bersyukur dengan amilin yg sikit kini, tapi ana dah masak benar dengan perangai mereka..
Ya Allah,betapa beratnya ujianMu!!
Mesti para pembaca kalian telah menyarankan pelbagai penyelesaian!Memang mudah utk bertutur kata, namun dengan penuh kesedaran, ana akui ana tak mempunyai perawakan seorang murabbi.Tanpa perawakan itu,mustahil amilin2 baru dapat dibentuk, silap hari bulan amilin sedia ada akan turut angkat kaki meninggalkan kita.
Gangguan jiwa. Lagu 'Zamilooni' dendangan Native Deen dan Zain Bhika sering berkumandang di kotak pemikiran, umpama sebuah pemain mp3. Lagu itu yg mengisahkan keadaan Rasulullah stlh mendapat wahyu pertama dilihat amat sinonim dgn keadaan ana kini:"zamilooni, dathirooni, a mighty task has come before me,and I need you to be here with me..."
Hinggalah tiba suatu hari, lantaran terlalu lama menanggung gangguan jiwa gara2 perlantikan tersebut, ana melarikan diri dari tugas yang diamanahkan. "Biarlah ana menenangkan jiwa, bermuhasabah seketika.."demikianlah monolog ana.
Tak sangka kehendak Tuhan berbeza, ana tak terfikir pun akan dikunjungi sahabat lain yg memanggil ana utk bertugas seusai wuduk Maghrib ana.Setahu ana,arahan bertugas hanya diberi kepada ana sahaja oleh ketua..!Tiada org lain akan tahu!
Rupa2nya berlaku masalah dlm program yg sedang berlangsung & atas kesedaran bahawa ana adlh ketua, sahabat tersebut memanggil ana dlm nafas yg tercungap-cungap kerana berlari. Ana meminta izin utk menunaikan solat Maghrib dahulu. Kejadian tersebut mendorong ana berfikir dalam...
Sedarlah ana bahawa andai perlantikan itu adlh takdir Tuhan, maka kita takkan dapat lari daripadanya.Hadapilah ia dengan gagah, atau berpaling ibarat seorang pengecut.
"Ya Allah, kurniakan daku kekuatan utk memikul amanahMu ini!!"
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan