PANAS !! Mossad rancang bunuh Erdogan?

|

Bagi pemerhati isu politik Islam global, sudah tentu nama Recep Tayyip Erdogan tidak asing lagi. Yalah, siapa tak tau betapa Mustafa Kamal Attartuk [baca: Mustafa Kamal Terkutuk] telah mensekularkan Turki, dan dari situlah wujudnya golongan sekular yang fanatik giler terhadap ideologi tersebut. Saya masih ingat lagi pd 2007, ketika golongan sekular Turki berkumpul di Dataran Mustafa Kamal Attartuk utk mengatakan bangkangan terhadap terhadap pertandingan Abdullah Gul (presiden Turki sekarang) dalam pilihan raya, gara2 isterinya yg bertudung. Konon2nya tudung isterinya "mengancam" kesekularan yg selama ini 'memajukan' Turki.

Sebenarnya saya pun kurang tau mengenai 'hitam' atau 'putih'nya Erdogan ni, cuma saya tahu dia adlh bekas Parti Islam Refah yg diharamkan kerajaan, lantas menubuhkan parti AKP, sebuah parti muslim moderat. Tindakan saya membaca artikel dari dua perspektif berbeza utk mendapatkan kesimpulan yg lebih adil telah memeningkan kepala sendiri. Apa tidaknya, selama ini saya hanya disajikan dgn artikel berpandangan positif terhadap kerajaan baru Turki. Minda saya telah diberitahu, bahawa parti AKP yg menerajui Turki kini bakal meruntuhkan kesekularan yg selama ni mencengkam Turki. Siapa tak gembira? Sebaliknya, ada pula yg mendakwa:
Kisah di belakang tabir Erdogan, Abdullah Gul dan AKP di Turki..

Ok, kembali ke topik utama. Klu nak cerita ttg isu Turki, nanti tak tercapai plk hasrat saya utk mengulas isu utama ni.He..he...nak tau lebih, carilah sendiri !

Ni la antara isu dunia dlm Berita Harian hari ni (1 April 09):

"Sumber akhbar Turki menyatakan pertubuhan bwh tanah Turki yg didakwa mengatur rampasan kuasa, Ergenekon menerima 3 e-mel dari wartawan IsraEL yg menyatakan kesediaan mereka membunuh Erdogan. E-mel tersebut menyatakan sokongan kepada sorang lelaki bernama 'Dugo' bagi menentang Erdogan selepas berunding dengan ketua Mossad, Meir Dagan.Sumber Turki mendakwa, Dugo adalah ketua Parti Buruh, Dugo Prinitchek, yang disyaki mengetuai pergerakan rahsia itu.

Berita dakwaan pembabitan Israel dalam plot itu timbul selepas laporan bulan lalu menunjukkan Tel Aviv mahu menukar pentadbiran di Turki sebagai reaksi kepada kritikan Ankara terhadap jenayah rejim Zionis itu di Semenanjung Gaza."


Samada ini semua satu konspirasi Amerika-IsraEL ataupun hakikat kejadian, satu perkara saja yg kita semua tau - IsrAeL takkan membenarkan sesiapa pun menentangnya terlepas begitu saja, hatta ahli politik di Amerika sekalipun. Ahli politik yg tidak menyokong agenda Yahudi di sana, samada mati tanpa sebab yg diketahui ataupun hilang tanpa khabar berita. Ada beberapa cth "pembunuhan profesional" Mossad yg tidak dapat saya sebutkan di sini. Terpulang pada anda utk mengkajinya sendiri.

Apa2pun, kesemua ni menunjukkan bahawa KEBENARAN sebenarnya tidak disukai sesetengah org, lebih2 lagi pemuja taghut. Adalah perkara yg sgt mencabar utk mengatakan kebenaran, lebih2 lagi bila memikirkan nasib yg bakal menimpa pendokong kebenaran.
"KATAKANLAH KEBENARAN WALAUPUN IANYA PAHIT"


[Video: Erdogan terus meningggalkan majlis stlh ucapan Presiden IsrAeL, Shimon Peres mendapat tepukan gemuruh di Forum Ekonomi Dunia(WEF 2009) yang berbunyi: “Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza.” Kesal dengan tepukan gemuruh para hadirin dan masa singkat itu menyebabkan Erdogan menempelak ; “Kamu bunuh mereka.Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah.Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri Israel berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus.”]

0 ulasan:

Catat Ulasan

©2009 .:[Biarlah pena mewakili bicara]:. | Template Blue by TNB