Pucuk pimpinan IsrAeL telah berubah stlh pilihan raya baru2 ni. Namun, adakah ia menjanjikan sinar baru buat penduduk Palestin? Setakat ni, suara media2 dari Palestin melaporkan sebaliknya. Kali ni, saya nak ulas skit ttg berita hari ni, ditambah dgn info dari peristiwa kebelakangan ni.
Bermula dgn laporan akhbar, Abbas meminta dunia memberi tekanan kpd Tel Aviv gara2 Benjamin Netanyahu,PM baru isRAEl hinggalah ke kenyataan khas yg dikeluarkan menteri pimpinan Ismail Haniyeh, semuanya membawa kepada kesimpulan mudah: Kerajaan baru IsraEl tidak bersungguh2 dalam mengadakan perdamaian kekal dgn Palestin.
[calon yg bertanding dalam pilihan raya lalu: Benjamin Netanyahu(gmbr 1) dan Lieberman(gmbr 4)]
"Benjamin Netanyahu tidak pernah menerima penyelesaian berdasarkan dua negara atau menerima perjanjian yang dimeterai sebelum ini. Beliau tidak akan menghentikan pembinaan kawasan pendudukan haram Yahudi,"demikianlah kata2 Abbas stlh majlis angkat sumpah kerajaan baru IsrAel. Ucapan Netanyahu telah menunjukkan permulaan yg tidak memberansangkan, lantas Abbas menggesa Obama memberi tekanan kepada Tel Aviv agar tunduk kepada perjanjian damai.
Agak2nya siapa yg akan tunduk?Obama atau Netanyahu?
Apa pula kata kerajaan HAMAS td? “Kami suka untuk memberikan peringatan tentang keperibadian dan ideologi melampau yang dianuti Lieberman. Beliau amat fanatik dengan fanatik yang tidak sihat serta menafikan hak orang lain dan berusaha untuk memusnahkan rakyat Palestin serta menafikan hak mereka sepenuhnya.Dunia hari ini juga telah mendengar bahawa dia hanya mengiktiraf pelan ‘jalan damai’ dengan menolak segala pelan-pelan damai yang lain sebelum ini.”
(Lieberman yang dimaksudkan adalah menteri luar IsraeL)
Setakat ni,kenyataan2 Lieberman dibuat dgn bongkak dgn mengatakan bhw inisiatif damai oleh Olmert adalah mainan dan sia-sia. Ttg Lieberman ni, sbnrnya semasa pilihan raya hari tu saya dah dengar mala petaka yg bakal menimpa penduduk Palestin andainya dia mentadbir. Sbg sorang yg paling radikal, Lieberman percaya tiada istilah usaha damai dgn penduduk Palestin--hanya kekerasan semata2. Bagi saya, semua pemerintah IsraEL sama jer.
Teringat lagi reaksi saya ketika membaca gelaran2 mulia yg diberi orang IsraeL kepada pemimpin mereka, iaitu gelaran yg berbaur keamanan.Ariel Sharon yg mendapat gelaran "wira perang" sebenarnya adalah The Butcher, dan ada lagi nama2 berbaur pejuang keamanan lain yg saya tak ingat dah, padahal sebenarnya merekalah yg paling teroris !! Agak2nya "bangsa Genius" Yahudi tidak tahu menilai apa itu keamanan kot?(dari satu segi, mmg konsep 'bias' tak dpt dielakkan,tp klu kita menilai sesuatu isu scr menyeluruh,kita takkan memberi gelaran baik kpd pemimpin Israel--gelaran menyumpah adalah!!)
Kenapa Sharon tidak layak utk gelaran tu?Terlalu banyak sebabnya..cuma secara ringkasnya dia adlh org bertanggungjawab terhadap penyembelihan 700-3500 lelaki, wanita dan kanak-kanak dlm tragedi Shabra-Shatila 1982. Kasualiti itu berlaku hanya dlm 40 jam shj, di mana kanak-kanak disembelih, wanita mengandung dibelah perutnya, bayi dibunuh dan dibuang ke dalam tong-tong sampah, wanita dirogol dan dibunuh. Tidak tergambar keadaan mayat mereka yang begitu menyayatkan.Yg saya sebutkan baru satu,kalau nak senaraikan semua..huh..ada yg tak sanggup baca nanti.
Apa2pun, tahniah diucapkan bagi sesiapa yg membaca posting ini sehingga ke penghujungnya. Bukan nak berleter, cuma nak berkongsi ilmu.Bagi sesiapa yg tahu kebenaran, pasti mereka ingin turut serta dlm perjuangan membebaskan bumi Palestin.
Bagaimana?Tak perlu beli tiket air Asia hari ini dan terbang ke sana utk berjihad, memadailah dgn buat apa yg termampu, misalnya melobi, berdoa, memboikot dll.
Netanyahu(kiri)dan Olmert(kanan)
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan