Surat untukmu TEMAN

|

Assalamu'alaikum warahmatullah.

"Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"

Tanpa disedari, telah 2 semester kita lalui bersama. Sepanjang tempoh itu, biarlah yg manis itu menjadi kenangan, yg buruk itu dijadikan sempadan. Semoga persahabatan kita ini berkekalan. Rasa kasih dan bimbanglah sebenarnya yg 'menulis' warkah ini, jari saya dan blog ni hanyalah medium perantara. Semoga kalian sudi mendengar kata hati hamba yg daif lagi lemah ni.

Teman,
Maafkan saya andai tak dapat menegur kesalahan kalian secara bersemuka. Bukan saya takut, tapi kerana saya menyedari kelemahan saya dlm menyusun kata2 on the spot. Itulah punca saya menulis: Biarlah pena mewakili bicara, moga2 kalian faham akan keadaan ni.

Saya akui saya bukanlah orang yg suci dari dosa. Saya bukanlah orang yg sempurna utk menegur kalian. Malah, kita semua sentiasa melakukan dosa. Hanya nabi dan rasul shj yg maksum, siapa yg tak tau? Menyedari keadaan sedemikian, usaha saling-mengingatkan spt dlm surah al-Asr ayat 3 & 4 tetap kena diteruskan. Kalaulah semua orang menantikan tahap kesempurnaan sblm melaksanakan tugas ni, nescaya kita semua bakal terjerumus ke dalam lembah kebinasaan.

Mesti kalian tertanya-tanya:"Kalau semua buat dosa, apalah beza antara kau dan aku?"
Jawapannya BANYAK.
Ada yg terus bertaubat..
Ada yg sentiasa memperbaiki diri..
Dgn sebab itulah, ada insan yg semalamnya kaki maksiat, namun hari ni dia org yg alim lg warak.

"Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam"

Semoga Tuhan memberikan kita kekuatan utk terus memperbaiki diri dan dijauhkan dari golongan yg tidak sedar2 akan dosanya.

Teman,
Diharapkan kalian membaca warkah ini dgn hati nurani, kerana penulisan saya ni bukanlah gosip liar ataupun merapu semata2. Izinkan saya utk membuat satu perumpaan mudah.

Anda berhajat utk melancong, namun seorang teman telah mengkhabarkan bhw tmpat itu mempunyai kadar kes jenayah yg tinggi.
Setelah mendengar berita itu, sanggupkah anda melancong di sana pd waktu malam secara bersendirian?
Sudah tentunya TIDAK!!
Kalau ada yg sanggup pun, sudah pasti dia takut2 dan sentiasa berwaspada!
Persolannya, mengapa saudara percaya?
Teman saudara sekadar memberitakan perkara itu!
Kalau tak percaya pun, cukuplah dgn sekadar khabar berita utk membuatkan saudara berjaga2, betul tak??

Persoalan yg lebih besar lagi, apa tindakan saudara andai al-Quran dan al-Amin Muhammad s.a.w yg mengkhabarkan berita ghaib sedemikian??
Adakah kita akan bertindak serupa?
Atau sekadar mendengar tanpa tindakan susulan?
Semoga saudara merenung perkara ini sedalam2nya.


#Solat
Teman,
Seorang petani akan mendapat hasil berdasarkan apa yg ditanam & usahanya.Begitulah jua keadaannya dgn amalan kita.
Amal baik, maka balasan baik.
Amal buruk pula?

Solat adalah perkara terpenting dalam agama. Janganlah saudara memandang ia sekadar suatu adat, iaitu perbuatan yg dilakukan oleh orang sekeliling yg mesti kita teruskan.
Janganlah pula kita solat gara2 ada teman yg menyuruh ataupun org yg memaksa, kerana kalau mereka tiada, ke mana solat kita??

Sebaliknya, solatlah kerana ia tanggungjawab kita. Kita semua dah baligh, dosa pahala kena pikul sendiri. Ketahuilah bahawa andai seluruh penduduk dunia beriman pun, nescaya ia tidak menambah sedikit pun kekuasaan Allah. Andai seluruh penduduk dunia kufur pun, ia tidak mengurangkan sedikit pun kekuasaan Allah.

Sedarilah teman, bahawa Tuhan tidak memerlukan kita. Dlm hadis Qudsi, Allah telah berfirman bahawa semua amalan anak Adam sebenarnya utk dirinya sendiri.
Sedarilah juga bahawa azab yg mengerikan sdg menantikan mereka yg tidak menunaikan solat.Cukuplah dua kisah ini sebagai pengajaran kita bersama:

#1
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W:

“Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

#2
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
“Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”
Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya:

  1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
  2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
  3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya”.
Sekian sahaja di sini. Rasanya warkah ni dah panjang berjela-jela, risau lelah mata kalian membaca. Sebenarnya, ada byk perkara lagi yang saya nak sentuh. Moleklah andai perkara tersebut dilanjutkan dalam perutusan warkah yg akan datang.

SELAMAT BERAMAL!!

Penderaan penyebab kematian ramai tentera

|

Seimbas pandang, posting saya kali ni nampak macam nak menunjukkan ramai tentera menemui ajal gara2 didera. Sebenarnya TIDAK. Posting ni agak berkaitan dgn posting saya sebelum ni - Sisi gelap CIA & Gitmo.

Penulis buku How to Break a Terrorist, Mejar Matthew Alexander merupakan penyiasat veteran Amerika yang pernah berkhidmat di Iraq. Beliau telah mengatakan bahawa penderaan zalim Amerika di Afghanistan, Iraq dan kem tahanan Teluk Guantanamo adalah punca kepada kematian rakyat negara itu(tentera) lebih banyak berbanding mangsa serangan 9/11.

Bercakap kepada akhbar The Independent kelmarin, beliau membuat kenyataan:

“Tindakan kita secara tidak langsung membantu al-Qaeda di Iraq kerana ia menunjukkan kita sebagai hipokrit apabila bercakap mengenai hak asasi manusia,”

Pada mulanya saya pun tertanya-tanya apakah kaitan antara penderaan kejam Amerika, al-Qaeda dan kematian ramai tentera.
Rupa2nya, skandal penjara tersebut mereka telah mendorong ramai pejuang menawarkan diri kpd al-Qaeda menjadi pengebom bunuh diri. Inilah yg menyumbang kepada kematian tentera Amerika yg ramai.

Alexander telah menyiasat lebih 1000 orang, dan mendapati bahawa kebanyakan mereka menyertai al-Qaeda bukanlah kerana menganut ideologi agama yg ekstrim.

“Alasan utama mereka menyertai al-Qaeda di Iraq ialah kerana penderaan di Teluk Guantanamo dan penjara Abu Ghraib, bukan ideologi Islam seperti yang dimaklumkan kepada saya,” katanya.

Nampaknya, Bush yg meluluskan teknik soal-siasat[baca: PENDERAAN] tersebut sepatutnya dipersalahkan atas kematian rakyatnya yg ramai. Sekarang, siapa pembunuh yg sebenarnya??
Al-Qaeda(konon2nya) atau Bush SemaK??

[p/s:Sebenarnya saya tak percaya bhw al-Qaeda adalah perancang 9/11. Kenapa YahUdI, dalang di sebalik semua insiden ni tak diserang BusH ye???Hmm...Baik minum Mil0 sambil memikirkan jawapannya!!]

Sisi gelap CIA & Gitmo

|

CIA(Central Intelligence Agency) sering ditonjolkan industri perfileman Amerika sebagai protagonis. ~Hero~
Rasanya tak perlulah saya menokok-tambah penceritaan syok-sendiri pengarah Hollywood tersebut.
Sebaliknya, saya ingin membawa pembaca sekalian menelusuri SISI GELAP CIA - kisah penderaan kejam di penjara Guantanamo, atau lebih dikenali sebagai Gitmo, yg bakal menyebabkan perspektif anda terhadap mereka berubah 180 darjah.

Bagi saya, kekerasan dlm soal siasat sebenarnya wujud di mana2, cuma ia jarang mendapat liputan. Biarlah mimpi ngeri itu menjadi igauan mangsa sahaja & pelaku keganasan itu terus dibiarkan bermaharajalela. Tanpa perlu melihat ke seberang, di Malaysia pun acap kali kedengaran laporan media mengenai mangsa kekejaman soal-siasat ni. Apatah lagi di Israel, bekas tahanan di penjara zalim tersebut mendedahkan pelbagai fakta yg merengggut perasaan. Misalnya, kedua belah lengan diikat lalu tali itu ditarik sehingga menyebabkan tahanan tergantung di udara, kemaluan dihiris2 dan mcm2 lagi...

Tampak macam babak dlm filem atau drama, namun itulah realiti. Keputusan Barack Obama mendedahkan semua ini tak lain tak bukan hanyalah utk menonjolkan legasi Bush kepada orang ramai. Cuma bagi saya, keputusan dia utk tidak mendakwa agen CIA yg melakukan keganasan tersebut, agak mengecewakan. Adakah ini strategi memancing lebih byk pengakuan dr pegawai CIA ataupun dia turut merestui jenayah kemanusiaan pegawai2nya?

Dokumen yang ditulis pegawai undang-undang pada 2002 hingga 2005, mendedahkan penggunaan pelbagai cara yang tidak hanya mendatangkan kesakitan fizikal dan mental, tetapi mampu meletakkan suspek itu di ambang maut.

Antara contoh penderaan tersebut:

  1. Waterboarding
  2. Walling
  3. Serangga(?)
  4. Dilarang tidur
  5. Dibogelkan secara paksa
  6. Dibiarkan kelaparan
Malas nak berceloteh panjang, biarlah saya menghuraikan secara ringkas penderaan yg menduduki carta 1-3.

#Waterboarding

Dalam kaedah ni, tubuh mangsa ditahan agar tidak bergerak, lalu air dicurahkan ke muka & laluan pernafasan. Ia berbeza dengan teknik merendam kepala suspek ke dlm air kerana teknik ni mendatangkan kesan serta-merta dan berpanjangan misalnya kesakitan melampau dan kerosakan paru-paru serta otak.

Dengan teknik ni, Khalid Sheikh Mohammed, perancang utama 11 September 2001 telah diseksa sebanyak 183 kali, manakala seorang lagi suspek pengganas, Abu Zubaydah, 83 kali, seperti dilaporkan media negara itu.

#Walling

Teknik yg tidak kurang zalim ni dinamakan sebagai 'Walling'. Tahanan dihentak ke dinding palsu, lalu menghasilkan bunyi hentakan bahu yang kuat. Tindakan ini melontarkan gambaran seolah-olah impak yang dialaminya itu lebih serius daripada sebenarnya. Utk pendetilan lanjut, klik sini.

Laman ni memaparkan memo yg meluluskan 10 kaedah penderaan terhadap suspek teroris, atau dlm ayat yg spesifik, 10 teknik seksaan zalim yg direstui BusH.

#Serangga

[Abu Zubaydah]

Kaedah penderaan mental yg digunakan terhadap Abu Zubaydah. Dia yg diketahui fobia terhadap serangga telah dikurung bersama makhluk itu, menyebabkan dia menghidap tekanan mental yg melampau. Sebuah kotak yg didakwa mengandungi serangga berbisa juga diletakkan dlm selnya, sekadar utk menakut2kannya walaupun hakikatnya serangga itu tidak berbahaya.

Kesimpulan

Di sebalik semua kekejaman tersebut, adakah teknik ni boleh mendapatkan maklumat yang diingini? Jawapannya, tidak. Mereka boleh melakukan apa shj utk membuatkan suspek bersuara. Mungkin suspek bersuara, namun, yang pasti, ia bukanlah maklumat yang diingini atau lebih tepat lagi, suspek mungkin berbohong semata-mata utk menghentikan penyeksaan itu. Kita sendiri menjadi saksi kepada tahanan yg telah dibebaskan, di mana sesetengahnya membuat pendedahan: Mereka terpaksa membuat pengakuan palsu gara2 tidak tahan diseksa.

Penyelidikan pada 2006 membabitkan sekumpulan saintis dan bekas pegawai perisikan sudah bersara yang bergabung tenaga telah mempertikaikan kaedah soal siasat yang keras itu. Laporan kajian tersebut turut menegaskan masyarakat secara saintifik tidak pernah mengiktiraf atau mengakui kaedah soal siasat yang kejam sebagai cara terbaik dan paling berkesan mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai atau diharapkan.
Persoalannya, mengapakah kaedah barbarik ni masih diaplikasikan di neGarA maJu Amerika??

Masih terlalu banyak jenayah CIA yg belum disingkap.
Posting ni hanya mencakupi isu terkini dan melibatkan CIA, belum lagi menyentuh isu terdahulu.
Masih ingat pada gambar ni?

[Penyiksaan Amerika di penjara Abu Ghraib]

Gambar2 penyiksaan kejam tentera Amerika pasti membakar hati setiap muslim yg masih normal imannya. Terlalu banyak gambar berunsur 18sx yg tak sanggup saya upload.
Lebih malang lagi bila penyangak2 ni tidak mendapat balasan setimpal. Hanya segelintir yg dihadapkan ke mahkamah.
Memadailah dengan gambaran ringkas yg saya berikan ni, moga2 para pembaca kalian mendapat manfaat dan membuatkan kalian berfikir sejenak:
Apa sudah jadi pada umat Islam??

Tutorial 'Port-forwarding'

|

.:|Sekalung penghargaan buat Dazn atas tunjuk ajar yg diberi|:.

Port-forwarding merupakan istilah yg tidak asing lagi dlm kalangan kaki torrent. Satu 'port' mesti dibuka dlm router utk memastikan kelajuan torrent pd kdr yg optimum. Port ni digunakan utk menghubungkan 'peers' dgn komputer anda.

Torrent mengaplikasikan konsep P2P(Peer-to-Peer) spt mn LimeWire, BearShare, Ares dsb.
Pertukaran data berlaku antara komputer secara langsung, yg dihubungkan bersama oleh internet dgn bantuan software2 tadi.
[Sebenarnya konsep & aplikasi P2P jauh lebih luas, cuma dlm posting ni, saya hanya ingin mengulas ttg TORRENT shj.]

Apa pentingnya Port-forwarding ni?
Kalau port-forwarding anda tak tepat, maka agak sukar bagi 'peers' di serata dunia utk berhubung dgn komputer anda, lantas proses pertukaran data berlangsung dlm keadaan kurang efisien. Maknanya, proses mendownload & mengupload anda kurang lancar.
OK la, mari mulakan tutorial ni:

#Langkah 1
Pastikan IP address anda statik. Klik pada 'Use the following IP address' dan nyatakan IP address anda. Biarkan kosong shj dlm ruangan 'Use the following DNS server address'
Satu peringatan penting buat mereka yang blm pernah melakukan setting ni: Anda tak blh meletakkan sebarang nilai dlm ruangan ip address. Terdapat pelbagai tutorial online, misalnya di sini. Maaf kerana tak dapat memberi penerangan, masa tak cukup. :-(

#Langkah 2
Sekarang buka internet browser anda(spt Mozilla, Internet Explorer dsb) & taip alamat ni -- 192.168.1.1 sblm menekan ENTER:

Ni merupakan cara utk mengakses router anda secara default. Kebiasaannya, anda akan ditanya ttg password sblm boleh mengakses router anda. Sila rujuk buku panduan mengenai router anda utk password tersebut. Kadang2 alamat turut berbeza mengikut jenis router. Kalau anda tidak dpt menggunakan alamat 192.168.1.1 , rujuk buku panduan sekali lagi utk alamat yg sebenarnya.

#Langkah 3
Pilih SERVICES, pastu dlm 'NAT Options' , pilih NAT Rule Entry.

[Interface berbeza mengikut router. Interface ni utk router RIGER. Utk senarai router lengkap beserta kaedah Port-Forwarding mereka, klik sini. Bagi saya, mungkin interface berbeza, yg penting kita tau konsep & mslh akan hilang!!]

#Langkah 4
Klik butang 'ADD' (Ni masih dlm menu yg sama, iaitu #Langkah 3 td). Perhatikan Rule ID yg tersenarai di situ & pilih satu nombor yg blm ada dlm list tersebut. Misalnya: 12(sebaik2nya nombor yg berturutan). Ingat nombor Rule ID yg anda pilih sbb lepas ni nak pakai !!

Lps tekan 'ADD', pop-up window akan muncul:

Dlm Rule ID, masukkan nilai yg anda pilih td.
Dlm 'LOCAL ADDRESS FROM' & 'LOCAL ADDRESS TO', isi address yg anda tetapkan spt dlm langkah 1 td.
Dlm 'DESTINATION PORT FROM','DESTINATION PORT TO' dan 'LOCAL PORT', isi nilai port yg anda sukai. Pastikan anda menggunakan 3 digit sbg nombor port anda, misalnya : 251@ 340 dll. Yg penting, nilai tu mesti sama dlm ketiga-tiga ruangan td.
Tekan 'SUBMIT'.

#Langkah 5

Dlm menu yg sblm ni, klik 'ADMIN'

Klik 'COMMIT & REBOOT', dan pilih Reboot dlm 'REBOOT MODE'.
Sekarang, pergi ke modem internet anda yg tercinta dan RESTART utk membolehkan perubahan setting td berlaku dgn jayanya.

#Langkah 6
Utk mengetahui samada Port-forward anda berjaya, lawati site ni .

Masukkan nilai port anda tadi dlm ruangan yg disediakan(lihat penunjuk), pastu check:



Lps ni, jgn lupa nombor port yg anda set td. Gunakan dlm software torrent anda, misalnya utk Utorrent:

Isi nombor port anda dlm ruangan 'CURRENT PORT[0:auto]'. Misalnya, saya tlh menggunakan 210.
Sekian tutorial ini, selamat mencuba !!!!

Israel bolot bekalan air Palestin

|

"BAITULMAQDIS: Penduduk Israel empat kali lebih mudah mendapatkan bekalan air berbanding penduduk Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, kata Bank Dunia dalam laporannya semalam."
[Berita Harian]

Nampaknya perjanjian damai sementara 1995 tidak membekalkan air yang mencukupi buat penduduk Palestin.

Namun, seorang pegawai Israel yang tidak berpuas hati mengatakan perbandingan tadi ibarat membandingkan epal dan tembikai, kerana IsRael mempunyai lebih banyak sektor industri maju berbanding Palestin dan ia boleh menjejaskan penilaian per kapita pemilikan air. "Laporan Bank Dunia itu ‘mengelirukan’, " katanya.

Hmm...bagi saya, tak kisahlah apa pun dakwaan mereka ataupun laporan Bank Dunia yang tidak tepat, sebab satu hakikat telah terbukti, iaitu YahUdi ZioniS bukan sahaja membina penempatan haram secara konsisten di Palestin, malah mencuri bekalan air bersih penduduk asal.
Sudahlah air sedikit, dicuri pula!

Masih segar di ingatan, betapa sebaknya hati saya tika membaca sorotan2 berita mengenai kesengsaraan penduduk Gaza ketika form 5 dahulu. Tahun 2006, HAMAS mengukir detik bersejarah apabila memenangi pilihan raya legislatif dan secara sahnya menjadi pemerintah Palestin. 'Polis dunia' telah menyeru dunia agar memboikot kerajaan pengganas ni, lantas pelbagai sekatan telah ditambah lagi ke atas penduduk Gaza yang telah cukup menderita sebelum ni.

Dalam kesesakan yang kian meruncing, saya bertambah sedih tatkala membaca berita mengenai penghuni setinggan Yahudi di Palestin yang mencuri air penduduk tempatan. Keadaan bertambah teruk kemudian hinggalah muncul laporan yang menyatakan bahawa terdapatnya penduduk Palestin yang terpaksa minum air kumbahan!!

[sekadar gambar hiasan]

Apakah perasaan anda andai disuruh minum air kumbahan?
Jerang air tu kemudian minum macam air masak biasa..
Tentunya jijik bukan?
Namun itulah realiti yang berlaku!

Tidak cukup dengan itu, selang beberapa lama kemudian saya disogokkan lagi dengan fakta bahawa IsraeL telah meletakkan sejenis bahan kimia yang tiada rasa, bau dan warna dalam bekalan air penduduk Palestin.
Saya tak ingat nama bahan tu, yang pastinya ia boleh memandulkan si peminumnya.
Di manakah rasionaliti tindakan ni?
Jelas sekali mereka sedang melakukan penghapusan suatu bangsa dan keturunannya secara sistematik.
Holocaust dalam diam
Perisitiwa ni turut dirakamkan dalam salah satu babak filem Paradise Now, di mana seorang pemandu teksi berborak dengan watak utama sambil mengatakan bahawa IsraeL meletakkan bahan memandulkan dalam air bekalan mereka.



[p/s:Siapa yang nak filem ni, maklumkan kt saya. Insya Allah saya cuba upload nanti]

"ISU PALESTIN ADALAH ISU UMAT ISLAM. PEDULIKAH KITA?"

Luahan Hati Penulis Yahudi: " Kita telah Kalah"

|

Satu akhbar Russia yang diterbitkan di Amerika ditarik balik pengeluarannya kerana seorang penulis yahudi telah membuat satu artikel mengenai kebenaran yang perlu mereka (Yahudi) terima. Berikut terjemahannya:


Sekiranya kita ke Gaza untuk membebaskan shalit (yang ditawan hamas sejak 2006). Kami pulang tanpanya.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menghentikan roket-roket, sesungguhnya bertambah jauh roket tersebut (sehingga hampir tel aviv) sehinggalah di hari terakhir dan semakin memberi ancaman.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menghapuskan Hamas, sesungguhnya Hamas semakin disayangi dan kita telah memberikannya pengiktirafan rasmi.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menjajahnya, sesungguhnya telah kami sebut bahawa pasukan tentera tidak mampu menguasai satu meter pun di dalam kawasan Gaza.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menunjukkan bahwa kita yang hebat, sesungguhnya peperangan telah berhenti setelah mana diputuskan oleh pejuang bukannya ketika kita buat keputusan.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk mempamerkan kekuatan kita, sesungguhnya cukuplah kita buat pertunjukkan ketenteraan di tel aviv.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk membunuh pemimpin Hamas, sesungguhnya kita hanya membunuh dua orang dari 500 pemimpin gerakan Hamas.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk mendapat simpati dari dunia, sesungguhnya pandangan alam telah merubah kepada memusuhi kami. Orang yang dulu bersama kami pun telah memusuhi kami.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk mengembalikan kepercayaan kepada tentera kita, sesungguhnya kita telah menambahkan kecut pada tentera kita dan telah menambahkan keyakinan kepada pejuang-pejuang hamas pada diri mereka.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menetapkan kekuatan pencegahan kita , sesungguhnya telah jelas bahawa senjata kita, tidak kita gunakannya dengan baik semasa di daratan dengan dua kali percubaan 2006 dan 2008. Ia tidak mencegah hizbullah dan tidak mencegah Hamas.
Malahan bertambah ancaman dan kesombongan pemimpin-pemimpin Hamas. Allah yang lebih mengetahui perkara yang akan datang selepas mana telah tersebar maklumat ini dikalangan penduduk setempat iaitu maklumat berkenaan dgn pejuang2 palestin dan kemampuan mereka untuk melawan kita. Kita tidak harus lupa ketika berlakunya pertemuan demi pertemuan untuk perdamaian.

Kita tidak pernah mendengar permintaan Hamas walau sekalipun untuk genjatan senjata sehingga kita yang memintanya. Biarlah aku bertanya "Siapa yang menakutkan siapa?" Allah lebih mengetahui, terdapat 800 ribu penduduk Israel di selatan yang mana mereka akan gementar dan bergegas ke tempat perlindungan apabila mendengar nama Hamas. "Siapa yang menakutkan siapa ?"

Dipetik daripada: pembina.com.my

Perhatikan Betul-betul !!

|

.:| Sungguhpun masa tak mengizinkan, tapi posting tetap diteruskan, takut klu menangguh lupa plk nanti. |:.

Agak2nya ada di antara kita yang pernah nampak gambar ni. Pertama kali melihat gambar ni, saya menyangkakan bahawa Ismail Haniyeh, PM Palestin sedang menoleh ke arah lain sebelum sujud sepertimana org lain. Juru kamera yang nampak situasi ni, segera mengambil gambar. (mcm org tak khusyuk solat plk! )Namun, saya tak sangka ada lagi gambar lain sebegini:

"Eh...nampaknya mcm bukan Ismail Haniyeh jer yg tak khusyuk !"

Baru saya tau, rupa2nya bukan sahaja gambar, malah rakaman video pun ada!
Hah..apa signifikan saya menimbulkan isu ni? Klu tak penting, lebih baik saya study.
Musuh HAMAS menggunakan gambar yang pertama tadi utk mengatakan bahawa Ismail Haniyeh ni HIPOKRIT!!

Sebenarnya, kesemua insiden ni dirakamkan ketika Ismail Haniyeh yg sdg dalam bussiness trip, singgah sebentar di masjid puak Syiah di Iran utk menunaikan solat.
Kesemua gambar tadi bukan menunjukkan beliau dan pengawalnya tak khusyuk solat, bahkan mereka tak join jemaah langsung!
Mengapa ini terjadi pula?
Dah duduk satu saff tapi tak solat bersama pula?

"Ismail Haniyeh masih duduk tika jemaah lain sdg iktidal@baca Qunut. Perhatikan kelibat pengawalnya di blkg."

Jawapan yang sebenar ada dlm video ni, saya rekomen anda menonton video ni sampai habis utk memahami kronologi peristiwa yang berlaku.
Namun, bagi sesiapa yang tak berkesempatan, cukuplah ini sebagai jawapannya:

"It's because they didn't sell their religion!"

Ringkas namun padat bukan?
[p/s: Jawapan bagi dakwaan beliau adalah hipokrit tak ditemui, Namun, saya menyimpulkan sendiri: tak salah duduk bersama Syiah, asalkan kita tak ikut dorang sudahlah! (sepertimana yg dilakukan PM Palestin) ]

GAMBAR 2#

Seimbas pandang, saya terkenangkan ceramah Ahmad Deedat yang pernah saya tontoni suatu ketika dahulu. Saya bukanlah seorang yang pakar dlm bidang interfaith, cuma saya teringat kata2 allahyarham dlm bukunya The Choice: perisitiwa penyaliban(crucifixion) pada hakikatnya adalah penghinaan yang besar terhadap 'anak Tuhan', mana tidaknya, Nabi Isa a.s (menurut penceritaan Bible) disalib, yakni tangan dan kakinya dipaku di atas palang kayu. Mukanya diludah dan kepalanya disarungkan gelung yang diperbuat daripada kawat berduri. Dihina beramai2 kemudian....
Sewajarnya, SALIB adalah objek yang paling dibenci oleh penganut Kristian, kerana itulah peristiwa 'Tuhan' mereka dihina !

Yang peliknya, itu pula yang menjadi identiti dan kebanggaan mereka. Lihat sajalah gambar di atas, pope tu meletakkan miniatur salib dengan penuh perasaan di dahinya!! Apa kes??
Artis2 Barat pula, terutamanya hip-hop dengan budaya bling-bling amat bangga sekali mempamerkan rantai salib mereka yang besar !!

Lagi menyedihkan lagi bilamana saudara muslim kita, hanya mengikut membabi buta budaya ni. Sibuk juga menggantungkan rantai di leher atau gelang di tangan, walaupun ianya bukan berbentuk salib!
????

Bagi sesiapa yang berkesempatan, layarilah blog sahabat saya, searching for the truth yg nampaknya mula menceburi bidang interfaith, sungguhpun pada hakikatnya dia bukanlah pelajar jurusan agama. Saya tak tahu siapa gurunya, cuma gerakan misionaris amatlah aktif dan reaktif sekali di negeri saya, dlm usaha mereka memurtadkan org Islam. Justeru, penglibatan syabab yang masih berminda segar amatlah diperlukan, sebagai resistance terhadap fenomena menyayat hati ni. Hah...sekarang siapa nak tampil membela Islam?? Kalau bukan anda yg bergelar muslim, siapa lagi?

Politikus dan Kasut

|

Tersenyum. Itulah respon saya sebaik sahaja selesai membaca salah 1 artikel akhbar online hari ni.
Apa kaitan antara kasut dan politikus? Kedua-dua entiti ni tampak seperti adik-beradik. Adakah kerana politikus mesti memakai kasut setiap kali keluar rumah? Atau ada definisi baru bagi mentakrifkan hubungan ni?

Pasca insiden wartawan Iraq, Muntazer al Zaidi yang melontar kasut kat Presiden Bush dalam satu sidang media bersama Nouri al Maliki, tindakan melontar kasut kat politikus seolah2 menjadi trend baru dalam meluahkan ketidakpuasan hati terhadap mereka, dengan cara yang amat efektif. :p


["Urgh..elak!!! "]

[Muka bangga Bush kerana berjaya mengelak]

[Kanak-kanak bermain dengan kasut milik Muntazer di luar apartmentnya.]

[Sebuah monumen didirikan khas sempena 'keperwiraan' Muntazer]


Sebelum saya pergi lebih jauh, ikutilah dulu sorotan berita ni(18 April):

"NEW DELHI: Ahli politik India yang bertanding dalam pilihan raya meminta kawalan keselamatan lebih ketat dan kawat berduri bagi melindungi mereka daripada kemungkinan dicederakan atau dilempar kasut oleh pengundi. Calon perdana menteri daripada Parti Bharatiya Janata, (BJP) Lal Krishna Advani adalah ahli politik terbaru yang menjadi mangsa kemarahan pengundi kelmarin apabila seorang pekerja parti yang marah melemparkan selipar ke atas ketika mengadakan mesyuarat kempen di tengah negara itu.

Selipar berkenaan bagaimanapun tidak terkena Advani tetapi satu amaran pihak berkuasa supaya meningkatkan kawalan keselamatan ke atas semua pemimpin di seluruh negara. "

Di India, melontar kasut ke arah seseorang dianggap sebagai simbol penghinaan. Minggu lalu, seorang wartawan Sikh melempar kasut ke arah menteri dalam negeri India, P.Chidambaram dalam satu sidang akhbar selepas marah dengan jawapan yang diberikannya berikutan soalan beliau mengenai rusuhan 1984 yang menyebabkan ratusan penduduk Sikh terbunuh.

[Perhatikan objek putih di awang-awangan..ia bukan Unknown Flying Object(UFO) tapi kasut!]

[Agak2nya kasut ni kena menteri tak?]

Tidak cukup dengan peristiwa tadi, 3 hari kemudian, seorang pesara guru melempar kasut ke arah ahli parlimen Kongres Naveen Jindal pada satu perhimpunan pilihan raya di negeri Haryana. Malangnya, 'tembakan' tersasar dan pesara guru itu ditahan kemudiannya.

[Kasut ni nmpak mcm akan kena, tapi rupanya tersasar]

PM China, Wen Jiabao turut menjadi mangsa ketika memberi ucapan di Universiti Oxford. Sambil melaungkan "Keluar dari Tibet !!", pengkaji patologi dari Jerman melontar kasut ke arah beliau. Peristiwa ni bukan yg terkini. Tak silap saya ia berlaku samada tak lama sebelum/selepas peristiwa Muntazer melontar kasut di Iraq.

[PM China dan kasut yang dilontarkan ke arahnya(gmbr kecil)]

[Martin Jahnke, 27 dihadapkan ke mahkamah majistret Cambridge namun didapati tidak bersalah atas tuduhan penghinaan pemimpin awam]


Pelbagai sumber di internet yg mengulas ttg isu ni dengan pendekatan yg tersendiri.Saya ingin memetik sumber yg berunsur humor, misalnya di sini, laman web ni 'menjual' kasut+boomerang. Dengan kata "Can’t think of the perfect way to disgrace your least favorite politicians? We humbly suggest the Shoe-Merang. Now, you can throw your Oxford at whomever you desire and be confidant that you’ll receive the shoe back, untouched by any Secret Service hands."


Kemudian, cuba fahami maksud komik di bwh:

[Ha..bagi sesiapa yg tak tau. ICBM bermaksud Inter Continental Ballistic Missile]

Sekarang, tiba di tangan pembaca kalian utk menyimpulkan sendiri apakah kaitan antara kasut dan politikus.
Selamat Menyimpul !!
[p/s: Jangan sampai tersimpul sudahla..he..he.. :p]

Mengenang 5 tahun kesyahidan...

|

::Untuk para mujahidin yang bertebaran di muka bumi Allah dan seluruh generasi al-Quran yang telah mewakafkan diri mereka utk Islam, sehingga bermandi keringat dan darah, semata-mata untuk meletakkan baja bagi perjuangan ini::

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah,(bahawa mereka itu) mati; Bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya." [Al Baqarah:54]

Zaman berlalu dan pejuang silih berganti. Zaman jualah saksi kepada insan2 yg menawarkan jiwa dan harta mereka di jln Allah, hingga sebahagian mereka gugur syahid dlm meneruskan rantai2 perjuangan ini.

Tanpa disangka, 5 tahun telah berlalu pasca kesyahidan dua tokoh besar HAMAS. Posting ini bukanlah untuk meratapi kehilangan mereka kerana yg pergi takkan kembali lagi. Akan tetapi, marilah kita bersama2 mengutip mutiara yg mereka tinggalkan, utk memacu perjuangan kita di tanah air yg tercinta ini. Mudah-mudahan ianya memberikan inspirasi dan menjadi tauladan kepada kita emua.

Tokoh 1# As-syahid Syeikh Ahmad Yassin
Nama ini tidak asing lagi bagi pemerhati isu Palestin. Beliau merupakan antara pengasas HAMAS pd Disember 1987 bersama tokoh Ikhwanul Muslimin cwgn Gaza yg lain. Dengan sifat warak, berani, lantang berpidato, sedia berkorban dan berdaya pimpin, beliau telah dipilih sbg pemimpin.

Sungguhpun lumpuh seluruh badan dan buta sebelah matanya, Syeikh Ahmad Yassin merupakan figura yg paling digeruni rejim Zionis. Kata2 yg terpacul di mulutnya adalah siraman kerohanian yg mampu membangkitkan semangat jihad penduduk Palestin. Kelumpuhan diri tidak menghalang beliau utk mendidik dan terus-menerus membina generasi Palestin yg tidak gentar dlm mempertahankan tanah isra' Rasulullah S.A.W.

Beliau bekerja sebagai guru Bahasa Arab dan Tarbiyah Islamiyah, kemudian bertugas sebagai khatib dan guru di masjid-masjid Gaza. Dalam masa penjajahan, beliau menjadi khatib paling popular di kalangan masyarakat Jalur Gaza karena kekuatan argumennya dan keberaniannya dalam al haq (kebenaran).

Telah beberapa kali keluar masuk penjara, dan pernah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Yahudi laknatullah, Syeikh Ahmad Yassin akhirnya dibebaskan Subuh 1 Oktober 1997 sebagai pertukaran tawanan antara PLO dan pihak rejim, setelah misi IsrAeL membunuh Khaled Meshaal gagal.

Seksaan dlm penjara telah menyebabkan Syeikh Ahmad Yassin lumpuh seluruh badan dan buta sebelah mata. Mata sebelah kanannya turut rabun. Pelbagai penyakit yg dideritai beliau sewaktu dlm tahanan telah menyebabkan beliau masuk Hospital Penjara beberapa kali. Setelah keluar penjara pun, IsraEL telah beberapa melakukan percubaan membunuh beliau. Namun, semua itu tidak melunturkan semangat juang di jiwa. Perjuangan tetap diteruskan.

Syeikh Ahmad Yassin syahid pada hening Subuh 22 Mac 2004, dlm perjalanan pulang dari masjid Akademi Islam yg diasaskannya seusai solat Subuh. 3 peluru berpandu yg digugurkan helikopter Zionis telah mengenai beliau dan 2 org pembantunya. Kerusi roda yang dinaiki beliau hancur lebur dan dipenuhi dengan darah.

"Aku tercari-cari di mana Syeikh Yassin selepas peluru berpandu pertama jatuh....(saya nampak) dia (Syeikh Yassin) terduduk di atas tanah dan kerusinya hancur....orang ramai tergesa-gesa ke kanan dan ke kiri. Kemudian, selepas itu jatuh 2 peluru berpandu yang lain."

"Saya lihat 3 helikopter berlegar-legar di udara selepas ketiga-tiga peluru berpandu itu, saya bersama orang ramai segera untuk menolong Syeikh dan mangsa yang cedera, akan tetapi ia telah bertukar menjadi cebisan-cebisan daging. Saya nampak mukanya, peluru berpandu mengena kepala beliau menyebabkan otaknya terhambur keluar ke atas tanah...saya menangis.... "
[saksi kejadian]

"Saya tidak takut mati syahid, bahkan saya sukakan mati syahid, ketika mereka inginkan daku, mereka boleh mendapatkanku di kerusi rodaku, saya tidak bersembunyi."
[Syeikh Ahmad Yassin]

Tragis tapi itulah hakikat.Kesyahidan Syeikh Ahmad Yasin bukan satu peristiwa yang berlalu begitu sahaja. Bahkan ia adalah peristiwa besar yang mendapat perhatian mereka yang berjiwa merdeka di seluruh dunia. Ia juga menjadikan umat Islam dan bangsa Arab menyedari tentang bahaya sebenar yang direncanakan oleh rejim Zionis terhadap bumi Palestin.

Tokoh 2# As-Syahid Dr.Abdul Aziz Rantissi

Tokoh HAMAS yang kedua juga merupakan salah seorang pelopor HAMAS, beliau dilihat sebagai tokoh rakyat Palestin mewakili golongan profesional. Nama sebenar beliau adalah Abdul Aziz Ali Abdul Hafiz al-Rantisi. Beliau menamatkan ijazah kedoktoran dlm Master di Univesiti Iskandariah, Mesir dan pulang utk berkhidmat di Hospital Nasir,Khan Yunus dengan membawa fikrah Ikhwanul Muslimin.

Semenjak pelajar lagi beliau amat aktif dengan kerja-kerja amal kebajikan dan dakwah apatah lagi semasa perkhidmatannya di Khan Yunus. Misalnya, selain terlibat sebagai jawatankuasa Mujamma Islami di Gaza,Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin(Ibnu Ismail), beliau juga berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Islam Gaza dan juga ketua Jabatan Pediatrik di Hospital Nasir.

Penjara adalah ibarat rumah kedua doktor ini. Terlalu rumit utk diceritakan, memadailah dengan meringkaskan bahawa beliau telah dipenjarakan sebanyak 14 kali oleh rejim Zionis. Kemudian, Palestinian National Authority (PNA) yang diketuai oleh Yasir Arafat pula memenjarakan beliau sebanyak 4 kali.

Jeriji besi ternyata bukanlah tempat asing bagi para pejuang agama. Inilah tempat mereka mencari kejernihan hati, selain bertindak sebagai institusi pengkaderan dan universiti tarbiah. Pada 1990, Abdul Aziz Rantissi & Syeikh Ahmad Yasin dikurung dlm sel yg sama. Kesempatan ini diisi dgn menyempurnakan hafazan Quran.


Abdul Aziz Rantissi juga pernah dibuang daerah, iaitu di kawasan perbukitan yg sgt sejuk. Seorang doktor yang sepatutnya boleh hidup mewah telah dipaksa tinggal dlm khemah tanpa alat pemanas dan alat keperluan yg lain. Namun, kesemua insiden tadi tidak melemahkan semangat juang yang kental yang dimiliki doktor ini. Maka namanya harum mewangi dalam kalangan masyarakat Palestin.

Menjadi org penting dalam HAMAS bermakna meletakkan diri dalam senarai pendek rejim Zionis untuk dibunuh. Israel pernah melancarkan percubaan membunuh beliau. 10 Jun 2003, Israel dengan taktik bacul dan biadapnya cuba membedilnya dengan roket dari helikopter Apache. Serangan itu menemui kegagalan apabila Dr.Rantisi dan anaknya yang masih kecil berjaya menyelamatkan diri mereka.


[ Gambar atas menunjukkan Rantissi yang menerima rawatan setelah serangan itu dan keadaan jalan di bandaraya setelah pengeboman tersebut.]

Beliau telah dilantik menerajui bahtera kepimpinan HAMAS saat rakyat sdg berduka dgn pemergian Syeikh Ahmad Yassin. Pelbagai demonstrasi awam telah berlangsung dan IsraEl terus meningkatkan operasi mereka utk menghalang rakyat Palestin membalas dendam terhadap kematian Syeikh kesayangan mereka.

Dr.Abdul Aziz Rantissi syahid pada petang 17 April 2004 bersama dua orang pengawal setia beliau(hari ni dah genap 5 tahun pemergian beliau). Jam 8.30 ptg, mereka berada dalam kereta Subaru putih di utara Gaza apabila helikopter Apache isRAeL melancarkan peluru berpandu. Tindakan itu menyebabkan kesyahidan dua org pengawalnya serta merta di tempat kejadian. Beliau yg cedera parah di kepala, leher dan dada meninggal beberapa minit selepas dikejarkan ke bilik pembedahan Hospital as-Syifa.Sepertimana pejuang lain, jenazah pejuang ini diarak dgn penuh semangat yg membara, takbir dan laungan kalimah tayyibah ke pusara.

****************************************************************************
Kehilangan dua penggerak yang amat besar dalam tempoh begitu singkat merupakan mehnah yang besar buat HAMAS. Tidak lumpuh, namun terus mara menongkah arus, itulah tindakan HAMAS. Hasilnya, ujian demi ujian telah menjadikan perjuangan mereka lebih matang dan menyumbang kepada meningkatnya populariti HAMAS. Buktinya, mereka bukan sahaja memenangi pilihan raya legislatif di Palestin pada Januari 2006, 'Operation Cast Lead' baru-baru ni telah menyebabkan HAMAS mendapat sokongan yang lebih meluas. Dunia mula mengenali siapakah HAMAS yang sebenarnya. Mereka bukanlah pengganas seperti mana yang dicanangkan Barat, bahkan merekalah pembela tanah air daripada dicemari oleh rejim Zionis.

Ya Allah! Berikan kami semangat jihad yg ampuh sebagaimana darah yg mengalir dalam diri pejuang terdahulu daripada kami!
WALLAHU'ALAM.


[p/s: Sebenarnya HAMAS telah mengadakan peringatan 5 tahun pemergian ni di Palestin 23 Mac yang lalu. Akibat lupa, harap posting pada 17 April masih tidak terlewat] :D

Apa kata Rabi Yahudi?

|


Rabi tua dlm gmbr tu ada mesej bagi umat Islam nampaknya. Bagi sesiapa yg tak nampak, berikut adalah kata2nya:

"Janganlah umat Islam bermimpi utk mengalahkan Yahudi sehingga bilangan mereka yg solat Subuh berjemaah di masjid menyamai bilangan yg dtg utk solat Jumaat."

Bagi sesiapa yg konsisten berjemaah di masjid setiap Subuh, tahniah saya ucapkan. Bagi yg terlepas jemaah pertama, sekurang-kurangnya anda masih menunaikan kewajipan. Namun, bagi yg 'terlajak' mcm mn? Bagi yg tak solat langsung walaupun tak uzur pula? Nyatalah umat Islam masih bermimpi, tak kisahlah mimpi indah, mimpi ngeri, mimpi di kala Subuh, mengejar mimpi atau apa2 shj la..TEPUK DADA TANYA IMAN :)

Untuk info terkini tentang Palestin, layarilah site ni.
"ISU PALESTIN ADALAH ISU UMAT ISLAM.PEDULIKAH ANDA?"

Wartawan AS dibicarakan kerana MENGINTIP?

|


[Gambar atas: Roxana bersama bekas presiden Iran, Mohd Khatami]

TEHRAN: Setelah ditahan semenjak 31 Januari yg lalu, akhirnya Roxana Saberi, wartawan Amerika berbangsa Iran dibicarakan hari ni atas tuduhan mengintip bagi pihak Amerika.
“Semalam, sesi pertama perbicaraan diadakan dan beliau diberikan peluang untuk bercakap di depan mahkamah bagi mendengar pembelaannya,” kata jurucakap badan kehakiman negara berkenaan, Ali Reza Jamshidi.

Menurut sumber media dari Amerika, misalnya di sini, Roxana ditahan ketika membeli wain. Penjual tersebut kemudiannya melaporkan perkara itu dan Roxana telah ditahan.
"Mereka hanya membuat alasan utk menahan org. Pernah ada org lain turut ditahan atas alasan yg sama, tapi dia tak minum arak pun," kata Scott Simon, hos "Weekend Edition Sunday". Menurut sumber, dia ditahan di penjara Ivan, Tehran yg dilabelkan sebagai notorious.

Dari pihak lain pula, menteri luar Iran pernah membuat kenyataan bhw Roxana beroperasi mengumpul berita secara haram lantas mendorong penahanannya.

Apa2pun, tampak kontra antara dua pernyataan tadi.
Secara ilmiahnya, saya tak hairan andai kenyataan yg dikutip dari Amerika bersifat provokatif, kerana mereka sememangnya mengharap seluruh dunia memeluk pegangan mereka iaitu Iran pengancam keamanan sejagat ! Justeru, kenyataan media adalah medan "rekrutasi pengikut" yg sgt penting. Mereka cuba menanamkan idea mereka dlm minda setiap penonton berita.

Peliknya, tak diberi pula pendetilan mengenai PENGINTIPAN tersebut. Petikan berita tak menunjukkan sedikit pun perincian. Agaknya rahsia kerajaan Iran kot? :p

Sebenarnya berita ni tak menghairankan saya, sbb mmg terdapat perisik yg menyamar sebagai pelancong. Ada yg menyamar sbg pekerja awam, malah menjawat jawatan pegawai lagi! Misalnya kes pembunuhan warga asing dlm bas perlancongan yg pernah heboh suatu ketika dulu di Malaysia. Sampai hari ni pembunuhnya tak dijumpai. Dgr2 kata member, sbnrnya 'warga asing' tu adalah pengintip dan pembunuhan tu sbnrnya dilakukan oleh komando Malaysia. Sejauh mn kebenaran cerita ni, wallahu'alam. Persoalannya, siapa yg mengarahkan pembunuhan tersebut, andai cerita td benar?
MISTERI...

Jgn Terpedaya !!

|

Sakit jgk hati menonton, tapi itulah video2 buatan IsraEl dan KUTU2nya secara pasti, biarpun atas nama & site Arab. Para pejuang Palestin sekalian, buka mata anda BESAR-BESAR !!Inilah ekploitasi media massa oleh rejim zalim Zionis !!

Tips2 kejayaan Peperiksaan

|


Saya amat tertarik dgn tips2 kejayaan yg diberikan oleh penceramah smlm..Ringkas namun padat!Berikut adalah intisari ceramah itu:

"Barangsiapa yg bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya." [65:2-3]

Umar al-Khattab seringkali berwasiat dgn tenteranya sebelum melepaskan mereka di medan perang dng kalimah:"Bertakwalah kamu kepada Allah!"
Kenapa dgn takwa?Kenapa mesti bertakwa?Ha...merujuk kepada ayat tadi, semoga kita dapat jalan keluar bagi masalah kita. Siapa tak nak jalan keluar bagi masalahnya, atau dlm erti kata lain penyelesaian masalah??Kadang2 kita dibebani dgn masalah yg terlalu berat, sehingga kita buntu.
Fed up.
Putus asa.
Mesti kita girang andainya kita bertemu dgn formula utk menyelesaikan masalah tu kan? OK...cukup dgn berteori..Masuk ke bidang aplikasi.
Mesti anda tertanya2, apa pulak kaitan taqwa dgn exam ni?Macam mana taqwa boleh menyelesaikan masalah akademik saya?Adakah taqwa tu bermaksud saya kena duduk surau sepanjang exam ni, & tak payah study?
Ha...berkaitan dgn persoalan tu, ustaz telah membentangkan poin yg kedua.
Rasa2nya banyak yg tau pasal kisah ni:

Imam Syafie r.a pernah mengadu kepada gurunya Waqi' akan kesusahannya menghafal ilmu. Gurunya berkata, ilmu adalah cahaya Allah, dan cahaya Allah takkan berada pada hati org yg melakukan maksiat

Menurut ustaz penceramah, stlh nasihat itu, imam Syafie terus meninggalkan segala jenis maksiat. Kehebatan imam Syafie dlm bidang hafalan mmg tak dinafikan. Bayangkan beliau mampu menghafal 10 ribu hadis dlm tmpoh sehari jer!

Apa pulak kaitan poin 1 dgn poin 2? Senang jer, taqwa menyebabkan si pelakunya meninggalkan maksiat.
Tinggal maksiat == Hati bersih
Hati bersih == Senang masuk ilmu(menghafal)

Hah..klu hati kurang bersih, jadilah kita si pengadu dlm cerita imam Syafie tu!! Agak mudah utk difahami hakikat ini bukan?
SELAMAT BERAMAL!!

Kisah di belakang tabir: Erdogan, Abdullah Gul dan AKP

|

Posting ni merupakan revised edition bagi posting saya terdahulu.

Prinsip saya - cuba mengelakkan diri dari terpengaruh dgn dakwaan semberono, atas dasar menjaga kebenaran dan mengelakkan fitnah.Kalau anda benar, tampilkan bukti! Namun, perkara ni tampak terlalu jelas bagi saya hingga mendorong saya utk memberi amaran kepada anda semua: Berhati2 dgn permainan AKP!!
(Sudi2kanlah tinggalkan komen anda utk menegur kesilapan saya)

Faisal Tehrani dlm blognya menyatakan: "AKP adlh parti sekular-liberal maka tidak menghairankan jika ada orang tergila-gilakan strategi dan metodologi parti tersebut untuk diaplikasikan di sini. Parti yang memperjuangkan Islam di Turki tetaplah parti yang dipimpin Necmettin Erbakan."

Sungguhpun ada blogger lain yg meletakkan Faisal Tehrani dlm senarai blog perlu diawasi, misalnya dalam terus.terbang.tinggi namun hujah yg dibentangkan terlalu meyakinkan, lengkap dengan pengemukaan bukti yg kukuh.

Klu lah benar dakwaan golongan ini, agak2nya saya pun slh sorang yg terperdaya dgn 'silap mata' Erdogan. Misalnya, peristiwa Erdogan memalukan PM IsrAeL dlm WEF 2009 spt mn yg saya tunjukkan dlm posting dahulu. Melalui pembacaan saya dlm sini, perenggan 7 menunjukkan sokongan Erdogan terhadap Abbas dan Road Map yg zalim.


Saya tidak sangka rupa2nya Amerika mempergunakan AKP dlm:
1)Menjadi pemujuk Syria
2)Mengimbangi kuasa dan pengaruh Iran
3)Memberi suntikan besar untuk moderat dan liberalis di dunia Islam
'Kalau betullah mereka ni pejuang Islam, sudah lama kuasa BaRaT ghairah menghancurkannya spt mn yg terjadi kpd HAMAS'

Apa2pun, saya bersedih dgn sandiwara Erdogan. Dia mmg pernah 'mengetuk' IsrAEl namun kemarahannya tidak pula diterjemahkan dlm memutuskan hubungan diplomatik dgn negara HARAM tu.

Pernyataan seterusnya memberikan bukti menyayat hati mengenai perkara ini:
Januari 2000, Turki dan Israel menandatangani "Turkish Israeli free trade agreement" yang menjadikan Turki sebagai negara Islam pertama mempunyai perjanjian sedemikian dengan regim Zionis.

Turki adalah pembeli kepada sistem satelit Ofeq yang dihasilkan oleh Israel, ini termasuklah sistem 'Arrow missile air-defence'. Ini bermakna kemampuan militari dan perisikan Turki bergantung sepenuhnya kepada Zionis.

"AK Parti tidak ada agenda agama". Tidak hairanlah 24 Mei 2004 selepas Erdogan mengecam pembunuhan as Syahid Shaikh Ahmad Yassin, firma separa kerajaan Zorlu Group dari Turki menandatangani projek bernilai 800 juta dengan Israel.

Strategi 'makan dua' Parti Keadilan Turki ini lebih jelas apabila Menteri Luar Turki waktu itu Abdullah Gul (sekarang Presiden Turki) boleh menandatangani pembinaan zon industri dengan Palestin (kerajaan Abbas) dan Israel pada hari yang sama iaitu pada 31 April 2006.


Nampaknya begitulah, untuk mengimbangi emosi pengundi muslim Turki, AKP akan sekali-sekala 'menghentak' Israel tetapi kekal menjalinkan hubungan mesra di belakang. Sehinggakan di permukaan orang menyangka AKP adalah wira negara dan umat Islam, sedang di belakang keintimannya dengan Zionis tetap berjalan.

©2009 .:[Biarlah pena mewakili bicara]:. | Template Blue by TNB